Kawan. Adakah awak sayangkan kawan-kawan awak? Berapa banyak sayang awak dekat mereka? Apakah anggapan awak terhadap mereka? Kawan, kawan baik, kawan akrab atau guna kawan? Pernah tak rasa kena ignore dengan kawan kauorang? Apa kauorang rasa, gembira atau sedih? Boleh bayangkan tak, masa dia sedang gembira dia langsung tak cari kita.Mungkin juga ada untuk hilang kebosanan mereka. Tiba-tiba saja dia datang, dengan gaya yang tidak ada apapun yang berlaku.
Miss nak bercerita. Horaay.
Zarina ialah sahabat baik Rafidah dari sekolah rendah lagi.Segala masalah dan rahsia mesti dikongsi bersama. Tiada langsung keraguan antara mereka berdua. Tidak pernah lagi berlaku persilisihan faham. Keakraban mereka bagaikan isi dengan kuku. Di mana ada Zarina di situ ada Rafidah dan sebaliknya.
Suatu hari, hubungan mereka semakin renggang. Tidak menegur. Tiada sapaan antara mereka berdua. Diam membisu. Walaupun duduk bersebelahan. Pandang muka Rafidah pun tidak mahu apatah lagi memanggilnya.
"Hei,Zarina. Jom rehat dengan aku."kata Haira.
Zarina mengangguk lalu meninggalkan Rafidah seorang diri. "Eh,Za...Ak..." Kata-katanya terhenti apabila kawan baiknya pergi dengan kawan baru. Bukan cemburu tetapi dia langsung tidak mengajak dirinya.Habis saja rehat, Zarina mengatur langkah ke tempatnya manakala Rafidah langsung tidak berganjak dari tadi. Pembelajaran mereka masih diteruskan.
"Wei,Rafidah. Aku nak duduk dengan Haira tau. Kau duduklah dengan Najwa." kata Zarina lalu meninggalkan Rafidah seorang diri. "O...kay."
--------
Kini, mereka sekarang di kelas yang sama. Umur mereka sudahpun 17 tahun. Malang sekali, mereka tidak bertegur sapa antara satu sama lain. Apabila ibu bapa mereka bertanya, jawapan "okay aje." terbit di mulut Zarina tapi tidak bagi Rafidah.
Dia masih teringat akan janji-janjinya bersama Zarina ; apa yang berlaku, persahabatan kita jangan putus. Sebab aku sayang gila dengan hubungan ini. Kalau bukan kerana kau, kalau aku tak jumpa kau, mungkin aku dah hanyut dalam dunia ini. Thanks so much,darling. I'm so lucky to have you in my life. I won't let you go. Aku tak nak hubungan ini hancur berkecai.
Itu dulu.
Kini tidak lagi.
Selepas saja keputusan SPM mereka keluar, Rafidah mendapat keputusan yang baik begitu juga Zarina. Dia memeluk tubuh ibunya dengan erat. Sejurus itu dia mencari kelibat Zarina.Perlahan-lahan dia mendekati Zarina tetapi dia menghindari malah menjeling tajam ke arahnya. Gadis itu terus mendapatkan kawan barunya dan meninggalkan 'kawan baik'.
"Tahniah Zarina. Aku bangga dengan kau." bisik hati Rafidah lalu beredar dari situ.
Betapa sakitnya hati Rafidah. Secebis senyuman di bibir Rafidah masih lagi ada. Tiada langsung kesedihan yang ditunjukkan oleh Rafidah. Dia keluar dari perkarangan sekolah bersama ibunya.
Ibunya bertanya, "Kenapa dengan Zarina?"
Rafidah diam.
"Rafidah, tak payah pendam. Cerita dekat ibu."
"Dia sudah ada kawan baru ibu. Kawan dia lebih baik daripada Idah. Cantik, pandai dan semuanya lah ada pada dia. Rafidah tak ada apa pun ibu. Mungkin hanya peneman untuk si Zarina. Rafidah gembira ibu sebab Idah dengan Ina berjaya. Masa depan kitaorang mesti cerah."
Si ibu tadi memeluk anaknya dengan erat. "Jangan menangis sayang. Kuatkan diri. Itu bukan sahabat namanya. Itu kawan."
Rafidah mengangguk. Betullah kata ibu, tak semua orang mahu jadi sahabat kita dan tak semua orang tak suka jadi kawan kita. Semua orang suka berkawan dan payah nak cari orang yang setia bersama sahabat. Walaupun Zarina sudah mempunyai kawan baru, Rafidah tetap gembira kerana dapat membezakan antara kawan dan sahabat.
12 comments:
interesting story! .. betul tu ana setuju. itu bukan sahabat namanya.. tapi ana syukur sebab. 'walaupun setiap kali ada kawan baru, kawan lama tetap x dilupakan.. sentiasa bersama suka dan duka'. macam tu la ana dan kawan kawan ana :D
Pernah juga jadi kat saya dulu,tapi sabar je la dgn perangai dia,nanti lama2 kita ok,tapi sakitnye hati kita bila dia ade kwn baru.Betul la ckp akk,dia kwn je bukan sahabat. :)
Memang ade jenis cmtu kat dunia ni. Ramai pulak tu. Dulu sampai kene khianat ngan kawan sendiri.
Salam :)
menarik tapi mungkin zarina ada sebab buat macam tu.. kekadang kita perlu melihat dari semua sudut. Mungkin Rafidah betul tapi kita perlu mendengar jugak dari pihak yang satu lagi
pernah dah hadapi situasi macam ni. memang sedih sangat2 :')
kesian dia.
ramai yang buat macam tu,
susah nak cari sahabat yang betul2 dengan kita kan..
kawan berubah bila kita turut sama berubah haluan,
sahabat...lebih 1000 kawan, belum tentu wujudnya sahabat...
ohmy dont know what to say tapi situation ni mmng berlaku kat kite sekarang ni tsk tsk. diorang mmng dah lupa dgn kawan cehhh
waaa bagus bagus ley wat business editing blog hee :) saya tak berapa rajin mengedit huuhu
wah.. cerita ni menariklah. keep going ! ^^
awwww so sweet but poor her...
and to Zarina, tak patutlah buat mcm tu TT^TT (ok cakap2 jgak, takut terbuat dkt kwn sndri mcm tu dlm keadaan tak sdar)
hati manusia nih halus...
TT^TT
slalu bnda camni jadi dkat kalangan kita semua kan hurmm... sedih..
Post a Comment