Chat here,darling.

Sunday, April 6, 2014

Novel : Sahabat - 2

Yay, cerita 'seram' kini kembali update ^^ Haih, miss macam tak boleh lepas pula dengan blog. Rindu sangat-sangat nak blogwalking blog orang :O Goshhhh. SPM pun makin dekat T_T  moga terhibur. 
P/S : Baca 'time' malam atau tengah malam :3 Kenapa? Sebab miss tak reti buat cerita seram T_T 
Jom like page saya :)
Sahabat,
Tika kau susah,
Ku sentiasa bersamamu.
Mengapa tika ku susah
Kau lari daripada aku?
Sampai hati kau,sahabat.

Ariana menongkat dagunya sambil memandang ke arahku. Hatinya menjadi resah gelisah. Adakah benar, 'Damia' berada di belakangku? Bukankah dia sudah tiada? Adakah ini realiti atau imaginasi semata-mata? Fash,tolong jangan takutkan aku!

  Perlahan-lahan Ariana memusing ke belakang. Betul ke apa yang Fash katakan? Entah-entah dia nak kenakan dirinya sendiri? Apabila dia berpaling ke belakang. Tiada orang."Fash! This is not funny."

  Aku mengangkat wajahku. Memang betul ianya tidak kelakar, tetapi aku betul-betul nampak Damia berdiri di belakang Ariana... Tak ada?

  Kini, pintu pula diketuk bertalu-talu. Aku dan Ariana tersentak. Kaku. Menggigil. Mataku bertembung dengan mata Ariana. Berkomunikasi dengan bahasa mata.

  "Pergilah buka."arah Ariana kepadaku.

Aku menggeleng. "Tak naklah."

  "Fash!"
  "Iye.Iye. Aku buka!"Getusku.

Aku cuba memberanikan diri untuk membuka pintu. Tanganku diletakkan di tombol.Aku menarik nafas kemudian hembus. 1..2..3...

  Pintu dibuka. Aku memandang ke arah luar. Tiada orang.Hanya angin yang dingin saja yang menampar wajahku. Aku mengusap tanganku lalu menutup pintu cepat-cepat. Bulu romaku berdiri tegak. Tiba-tiba aku menggigil.

  "Wei,siapa?"
  "Tiada siapa."

Ariana diam. Aku mengatur langkah ke arah sofa. Remote control dicapai lalu televisyen dipasang. Siaran kartun disiarkan di kaca tv. Ariana melabuhkan punggungnya di sebelahku. "Wei, aku rasa tak sedap hatilah."kataku.

  "Aku pun."
  "Kau lah ni, mulut cabul!"

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata, engkau binasa.
Jangan takut. Jangan menyesal.
Aku datang untuk menganggu.
Bunyi derapan kaki mengganggu tidurku. Sempat aku mengerling ke arah jam dinding. Langit semakin hitam. Ditemani bintang yang berkelipan. Ariana pula, lena tidur dibuai mimpi. Tidak dengarkah dia?

  Tersarung selipar hello kitty berwarna pink di kakiku. Aku berjalan malas ke arah pintu. Pintu dibuka. Suasana sunyi dan sepi. Gelap gelita. Tiada cahaya lampu yang dinyalakan. Aku mengatur langkah ke dapur. Aku meraba-raba mencari suis lampu. Zaaaaaaaaaaaaaaap!

  Tanganku disentuh oleh seseorang. Lantas aku memegang tanganku sendiri.

Aku ada di sini.
Menemani malam mu setiap hari.
Jangan kau khuatir.
Aku di sini kerana rindukan sahabat.
Mataku yang tadinya hampir tertutup, dibuka seluas-luasnya. Cepat-cepat aku menyalakan lampu dapur. Lampu berkelip-kelip sebelum memancarkan cahayanya di dapur. Mataku tertumpu ke arah sesuatu 'benda' yang berwarna putih. Rambut yang panjang. Tika cahaya lampu dapur dibuka, 'benda' itu berada di hadapanku. Betul-betul di hadapan.

"Allahu Akbar!"

Aku terus terduduk di lantai. Aku menutup mulutku. Mataku dipejam rapat-rapat. 'Tolong pergi jauh! Jangan ganggu aku.' bisik hatiku.

  "Fash... Tolong angkatkan Mia.Mia lemah,Fash."

Suara itu merayu penuh lirih. Namun, suara itu boleh buat aku demam seminggu! Aku berharap agar 'benda' itu hanyalah khayalan atau mimpi semata-mata.

  "Fash...Kita sahabat Fash. Kenapa tak nak tolong aku,Fash?"

'Benda' itu mengesot ke arahku. Rambut yang menggerbang, mata yang merah. Aku memejam mata rapat-rapat. Jantungku berdegup kencang. "Tolong jangan ganggu aku! Pergi!"jeritku.

  "Fash....Kenapa kau dengan Riana jauh daripada aku? Kenapa tak nak tolong aku?"rintihnya. Kini tanganku diusap perlahan cepat-cepat aku menepis. Aku mahu larikan diri, entah kenapa aku tiada kekuatan untuk berlari. 'Allah,tolong aku.Ariana,bangunlah!'doaku dalam hati. Aku menggigil ketakutan. Aku memeluk kakiku sehingga rapat ke dada.

  "Fash."
  "Fash!"
  "Fash! Kau mengigau apa ni? Meracau tak tentu fasal kenapa?"tanya Ariana. Suara Ariana mengejutkan aku. Tanganku yang sejuk beku, memegang tangan Ariana.

  "Kenapa kau tidur di luar? Tv tak tutup. Bila kau bangun?"tanya Ariana dengan hairan.

Aku memeluk Ariana dengan erat. "Riana, aku takut."kataku.

  "Hesy, dahlah, jom solat Subuh."



[ Bab 1 ]

6 comments:

Bale said...

Adaw :3
Boleh lah novel ni diterbitkan kak :D

cherry said...

apak ah. berani gile hantu tu pegang tgn dia. pervert! xD anyway best..

Mastura said...

GILA SERAM...BOLEH ANTAR KT PENULISAN 2U NIE.KEKEKEKEE

Cekgu Norazimah said...

huuu..agak seram disitu..teruskan lagi !! ;)

Dalila Samsudin said...

pergh . caya ah buat cerita hantu hahaha :D kita nak try buat tapi tak start2 lagi. Baru berani buat cerita kes dera semua tapi bab seram hancur lol xD

tashira sha said...

aaaa seram juga. keep it up.
best juga baca ni. hihi