Comment dan share kalau nak sambung :*
Tangan Airish kejap memaut stereng, terkebil-kebil mencari parkir. Puan Mariyam menjenguk ke arah kereta. 'Airish?' hati kecil bertanya 1001 soalan. Kenapa dia pulang ke rumah ni? Seorang diri pula tu. Mana suaminya?
"Assalamualaikum,ibu." Airish menyapa lalu mngucup tangan Puan Mariyam. "Waalaikummusalam."
"Kenapa Airish balik tidak beritahu ibu? Kalau Airish beritahu, ibu sudah masak makanan kegemaran Airish." Puan Marinyam mencubit pipi Airish yang tembam sedikit. "Eh, akak balik. Kenapa tak beritahu,Haira?" Haira terus memeluk kakaknya, Airish dengan erat. Lama juga tidak bersua.
"Eh,Airish.Masuklah. Kitaorang baru nak makan malam." Airish mengangguk perlahan. Tangannya dipimpin oleh adik kesayangannya,Haira.
"Yeay. Yeay. Mama balik. Papa mana mama?" Suhana memeluk patung beruangnya. "Papa kerja sayang." Airish terus mengucup kepala Suhana. Rindu. Tak boleh nak berjauhan dengan Suhana. Inipun ,Airish ambil kesempatan untuk pulang ke rumah ibunya. Kalau tunggu si Rafiq Zikri. Entah bila dia mahu pulang pun dia tidak pasti.
"Nenek masak sedap hari ini." Airish tersenyum lalu mendukung Suhana.
"Jemput makan semua." Encik Khairil menatap wajah Airish. Sejak mereka berkhawin, Airish memberi Suhana kepada mereka. Biasalah, kalau Suhana tidak ada di rumah mereka pasti sunyi bangat.
****
SELESAI saja mereka makan malam, Airish luangkan masa dengan Haira. Sejak mereka berdua sudah berbaik, hubungan adik-beradik sudah semakin akrab. Airish melihat Encik Khairil dan Puan Mariyam bermain dengan Suhana. Tersenyum seketika. Hati yang terluka dapat disembuhkan sementara waktu. Nanti bila dia pulang ke apartment semula, entah macam mana hatinya nanti.
"So,akak dengan Rafiq okay?" Haira sengaja mengorek rahsia. Mahu juga dia tahu hubungan kakaknya dengan Rafiq Zikri. Direnung wajah Airish dalam-dalam. Wajah Airish tidak seceria yang dia sangkakan. Ah,mungkin perasaan kau ,Haira.
"Okay sangat,Haira." Airish tersenyum lalu mencubit pipi Haira.
"Suhana tu bila Airish nak ambil?" Airish tergamam dengan soalan Haira. Tidak sukakah dia dengan Suhana? "Kenapa?" Airish hairan.
"Bukan apa, Suhana seronok sangat dekat sini.Dia kata, dia nak kakak dengan Rafiq duduk di sini. Dia nak main dengan atuk dan nenek." Haira memandang ke arah Suhana. Kalau ajak Rafiq Zikri, entah bila dia mahu berkata 'ya' pun tidak tahu bila.
"In Shaa Allah. Rafiq busy sikit. Doktor kan?" Airish mengeluh. "Sabarlah,kak. Selagi dia gembirakan hati akak, jangan mengalah!" Airish tertawa buat-buat.
"Baiklah,Haira.Awak tu bila nak khawin?"usik Airish. "Ish,akak ni. Adik tak habis enjoy lagi." Airish tersenyum. Seronoknya kehidupan Haira.
2 comments:
alahai awok dah tertinggal banyak nih... takpe2.. paham dah cerita nih..
gaduh dgn laki dia eik? ahahaha
Huhu. Gaduh manja xD
Post a Comment