My hubby , My Teacher is back!
Disebabkan ramai yang kata cerpen MHMT tu pendek sangat. Saya akan buat lebih panjang dan lebih mendalam. Cewah. Mendalamlah sangat. Moga terhibur. Adakah kauorang semua nak saya sambung cerita MHMT ? Novel atau cerpen yang akan awak pilih? Cover yang manakah kauorang akan pilih ? Sila ringankan tangan awak untuk komen. TQ. XOXO.
Cover number one |
Farisha melangkah malas ke arah sofa. Lantas dia menghempaskan tubuhnya di sofa.Empuk.Lena. Dia mengerling sekilas ke arah jam dinding yang berwarna coklat.
"Isha, mama nak kenalkan seseorang dekat Isha."
Puan Hajah Izati melabuhkan punggungnya di sofa. Mulutnya menguntum sebuah senyuman manis. Dipandang raut wajah Farisha dengan tenang. Rambutnya diusap lembut. Kini, Encik Haji Faizal melabuhkan punggung di sebelah Farisha.
"Mama.Papa. Isha masih muda."
Encik Haji Faizal mengangguk-angguk. "Papa tahu Isha masih muda. Tapi, apa salahnya kahwin muda?"
Farisha menggeleng laju. Kahwin muda okay? Nonono! Kahwin muda tak okay. Aku tak ready lagilah. Umur aku baru saja 19 tahun dan aku kena kahwin? Dengan siapa pun aku tak tahu. Handsome ke dia? Pandai ke dia? Kaya sangat ke dia sampai mama papa suruh aku kahwin?
"Mama, papa tak nak Isha duduk sini lagi ke? Sebab tu ke kauorang nak Isha kahwin awal."duga Farisha.
Puan Hajah Izati tertawa kecil. Sejak bilalah Isha sudah pandai merepek? Tak padan dengan tempat pula tu. "Apa yang Isha merepek ni? Mana adalah. Elok apa kahwin muda? Elak daripada sosial yang makin berleluasa tu?"kata Puah Hajah Izati.
Farisha mencebik. Sejak bila aku pandai bersosial? Duduk terperap dekat rumah pun dipanggil sosial? Hello, i don't have facebook, twitter and etc. OK. Pelik betul. Mesti diaorang salah sangka. "Mama,papa. Isha duduk rumah aje pun. Bukannya merayau bagai nak rak."kata Farisha.
Cover number 2 |
"Isha,Isha. Papa tahu, anak papa ni pandai. Cerdik. Cantik. Kalau Isha sayang kami, Isha kahwin dengan pilihan kami ye,nak. Lagipun, dia tu baik orangnya. Bergaya. Berkerjaya."kata Encik Haji Faizal. Melambung-lambung pujian ayahnya kepada si dia.
Farisha terdiam. Ini yang aku tak suka ini. Macam mengugut saja. Nanti kalau aku reject lelaki tu, kecewa pula ibu ayah aku. Apa yang perlu aku buat ini?
"Ma, Isha sudahlah tak pandai masak, menjahit. Mama pun tahu kan? Papa?"kata Farisha. Dia berharap agar mereka memahaminya.
"Isha, semua tu nanti boleh belajar dengan suami Isha."jelas Datin Hajah Izati.
"Sayang, abang dah balik."kata seorang lelaki. Pintu utama ditutup. Briefcase diletakkam di atas meja. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Farisha.
"Sayang, abang laparlah. Nak makan."kata lelaki itu lagi.
Zaaaaaaaap! Farisha menelan liurnya. Dipandang sekilas ke arah meja makan. "Isha dah masak. Pergilah makan."kata Farisha. Lelaki itu memandang ke arah Farisha. "Awak temankanlah saya."kata lelaki itu.
Farisha menggeleng. "Isha."
"Iye abang, Isha temankan."
"Iye abang, Isha temankan."
Farisha menyenduk nasi putih ke pinggan lelaki itu. Biarlah dia yang makan. Aku dah kenyang. Eh, alamak! Aku tak rasa lagi masakkan aku. Aduhhhh! Habislah aku macam ini.
Wajah lelaki itu dipandang sekilas. Matanya merenung ke arah Farisha. Diteguk air sirap beberapa kali.
"Awak, kenapa masakkan awak ni masin? Kenapa air ni manis sangat? Kenapa kuah ni tak cantik? Kenapa ikan ni macam tak masak?"
Membutang mata Farisha. Lantas dia menepuk pipinya berkali-kali. Mama,papa..... Isha tak nak kahwinnnnnn!
*****
Farisha menarik nafas panjang lalu menghembus dengan perlahan. Dia mengerling sebentar ke arah jam tangannya. Ibu kata, jumpa dulu. Kalau aku sendiri tak berkenan dengan dia, macam mana aku nak kahwin? Mom,dad. Why don't you understand me? Why.......? Aku tahu, aku tak boleh kecewakan kedua ibu bapaku. Mahu tak mahu, sama ada aku berkenan atau tak. Aku kena 'terima' dia. Ah, bolehkah begitu?
"Maaf lambat."
Tiada salam, tiada senyuman di bibir pada raut wajah lelaki itu. Lantas segera lelaki itu duduk di hadapan Farisha. Lelaki yang tidak tahu berfashion seperti lelaki sekarang. Berkemeja putih. Lelaki ini, bukankah cikgu Hakimi? Astagfirullahal'azim. Aku pasti sedang bermimpi ini.
Farisha meletakkan kepala di atas meja lalu memejam matanya dengan rapat. Tolonglah. Ini semua mimpi. Dia pejam dan pejam. Apabila dia membuka mata lalu mengangkat kepalanya. cikgu Hakimi masih lagi ada di hadapan.
"Awak okay tak,Isha?"
Oh boy,sejak bila cikgu ini, guna berawak saya ini; buat aku tak berasa janggal."C...Ci..Cikgu bu..buat apa dekat sini?"tanya Farisha. Aduh, kenapa aku tanya soalan bodoh dekat dia?
"Hah? Kenapa tanya soalan macam tu?"
"Eh, tak ada apa-apalah.cikgu,"
Bersambung ~
11 comments:
cover no 2 !
@IolaHihihi :)
Best! *two thumbs up* Cover no 2 lagi cantek! :)
hi,singgah follow awak :)
you memang study sastera ke? best.
Tidaklah. Sekolah i tak ada aliran sastera :|
Hihi. Baiklah ^^ best? Haha
Alright dear ;)
cover no 2 cantik akak :)
ahaha XDDD lawak lah bila baca novel cinta yg ni XDD
rasa mcm ada rama2 dlm perut haiyaaa... :3
this is nice ! sambung lagi !
Post a Comment