Chat here,darling.

Friday, April 4, 2014

Novel : Sahabat

Good night,Oyasumi,selamat malam,Wanshang hao! Hari ini, miss buat cerita seram. Tidak tahu menjadi ke tak. But I'll try my best. Sebenarnya, miss tidak reti sangat buat cerita seram ini, jadi terpaksalah guna pengalaman adik miss. Maklumlah, dia pernah nampak 'benda' tu sampai sekarang. Yang hairannya, dia langsung tak takut. Huih. Apapun harap kauorang suka. Nak sambungan, comment dan share ^^ :3 So, enjoy. Trust me, cerita ni, miss buat pendek saja.

  "Yay. Seronoknya dapat pindah rumah baru!"
Ariana menjerit sebagai tanda kegembiran. Ariana merupakan sahabat aku yang paling aku rapat. Yang paling aku sayang. Dia jugalah tempat ketiga untuk aku mengadu selepas Allah dan keluargaku.

  "Biasalah. Hasil titik peluh kita juga. Alhamdulillah,"kataku dengan ceria. Aku melabuhkan punggungku di sebelah Ariana.Tudung bawal yang berwarna hitam diletakkan di bakul. Aku menguraikan rambutku.

  "Tapi,kau tak takut ke.... Kalau-kalau rumah ni......"
Aku terus menepuk peha kanannya. Ish! Tak sayang mulut macam itulah. Cakap main lepas saja!

  "Aku kata benda yang betullah. Rumah ini dulu...."
" Ah, aku nak memasak dulu."

Aku bingkas bangun lalu meninggalkan Ariana di ruang tamu. Ariana memang begitu. Setiap kali bila nak pergi jalan-jalan, cerita hantunya, cerita karutnya, tidak sah kalau tidak diceritakan. Aku bukannya marah tapi aku tidak suka. Dia suka menakut-nakutkan aku.

  Hari semakin menjelang waktu malam. Langit sudah diwarnai dengan warna hitam serta dihiasi dengan bintang yang berkelipan. Aku membuka jendela lalu tersenyum seorang diri.
  Kau kata aku sahabat..
  Sahabat yang kau sayangi..
  Sahabat yang kau rindui..
  Kau pergi tanpa melihatku..
  Pergi jauh dariku..
  ITUKAH SAHABAT?!
Bahuku ditepuk kuat. Aku terkaku. Badanku menjadi batu. Tidak bergerak. Perlahan-lahan rambutku dibelai. Rasa ketakutan menyelubungi jiwaku ini.

  Sayang sekali.
  Kau dan aku tetap bersama.
  Kita sahabat kau tak perlu takut.
  Usah kau tangisi, aku di sini.
  Perlahan aku memandang ke arah belakangku. Hatiku menyebut nama "Allah." Biarpun hati masih ketakutan, aku terpaksa kuatkan diri. Wajah Damia aku tatap lama. Wajahnya sungguh elok dan tiada kesan cedera. Sedikit pun tidak ada. Aku hairan, bukankah Damia sudah tia....

  "Woi,Fash! Berapa juta kali kau nak aku menjerit hah?"herdik Ariana.

Kelibat Damia terus hilang dari pandanganku. Di manakah dia? Aku menoleh ke kanan dan ke kiri. Wajahku disentuh lembut oleh Ariana. "Aku ada di depan kau. Kau cari siapa?"soal Ariana.

  Mataku berkerdip berkali-kali. Aku sedang bermimpikah? "Tadi, aku nampak Damia. Kau ada nampak dia tak?"soalku dengan hairan. Ariana memandangku dengan hairan. Keluhan perlahan, dia lepaskan. Mungkinkah aku terlampau letih? Atau mungkin aku rindukan Damia.

 "Ish,kau ni Fash! Tak perlu cakap pasal orang dah tak ada. Sedekahkan Al-Fatihah. Jom makan. Sejuk masakan aku nanti kang."kata Ariana. Dia menarik tanganku dengan kasar. "Ouch! Sakitlah."


Aku melihat wajah Ariana yang kegelisahan. Kenapa dengan dia? Ada masalah ke? "Ariana, kau okay tak?"soalku.

  Ariana mengangguk.

Aku tersenyum manis. "Kau nak tahu tak. Aku ada crush baru. He's cute!"kataku dengan ceria. Aku tertawa kecil. "Siapa?"soal Ariana.

  "Fitri."

Ariana tergamam. Dia memandang wajahku dengan renungan tajam. Aku mengetap bibirku lalu menundukkan kepalaku. "Oh,Fitri. Dia memang comel pun!"kata Ariana. Tawanya didengariku. Aku tersenyum kelat.

  "Um.Fash."
  "Ye."
  "Betul ke kau nampak Damia?"

Aku mengangguk.

  "Oh."
  "Kenapa?"

"Dia kan dah tiada. Jangan disebut-sebut lagi."kata Ariana. "Tapi....Dia ada di belakang kau."kataku.

[ Bab 2 ]

4 comments:

impian said...

BACA CERITA SERAM DI WAKTU MALAM AHAHAHAHA :D

Unknown said...

best la cerita ni :)

Unknown said...

eeeeeeeeeeeeeeeeeee hahahaha. mampu teguk air liur je

wancrazykid said...

like like :) keep writing :D