Chat here,darling.

Friday, April 4, 2014

Novel:Peluang - Bab 27

Dari jauh lagi Rafiq Zikri sudah menangkap kelibat Erin. Rambut Erin dikuisnya dengan jari lalu melabuhkan punggungnya sebelah Rafiq  Zikri. Rasa bahagia bila bersama dengan Erin. Tangan Rafiq Zikri diletakkan di pinggang Erin. Dia memperkemaskan untuk keselesaan Erin.
 "Tak sangka dapat jumpa you di sini." Erin tersenyum. "Tahu tak apa.You buat apa dekat pusat beli-belah ni?"
Rafiq Zikri membelai rambut Erin.Wangi. "Saja. Mana tahu dapat jumpa you." Erin tersenyum manis. Ah,hatinya sudah cair. "I tahu you rindukan I." Duga Erin dengan berani.  "Memang pun."
"Cantik tak I hari ini?"
Rafiq Zikri melihat personaliti Erin dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki. Perfect ! Pakaian Erin sedikit labuh berbanding sebelum ini. Dress yang dipakai oleh Erin menutup lututnya dan berlengan pendek. Tiada corakan tetapi menarik. "You sentiasa cantik,sayang."
Erin tertawa. Mata Rafiq Zikri melihat Erin dengan penuh minat."Jom makan. I lapar." Erin mencebik. Merenung mata Rafiq Zikri dengan penuh harapan. "Jom." Tangan Erin dicapai lalu digenggam erat.
***
    "Boleh saya masuk?"
Tanpa menoleh empunya wajah yang bertanya, Airish terus mempelawa pemuda itu duduk. Jarinya masih lagi mengetuk keyboard. Sesekali menatap skrin komputer yang bercahaya. Alunan lagu piano dimainkan. Tenang.
Airish mengangkat wajah. Dahi Haris berkerut. "Ada yang saya boleh bantu?" Airish melemparkan senyumannya. Terserlah lengsung pipitnya. Haris tertawa perlahan.
    "Sekarang sudah pukul 12 tengah hari. Kita lunch sama-sama,nak?"
Lambat-lambat Airish memberi jawapan. Direnung kertas kerjanya yang masih banyak belum disiapkan. Haris yang perasan renungan Airish terus mengetuk meja dengan pen. Terperanjat Airish. "Jangan risau. Saya boleh tolong. Lagipun, kita dah lama tak keluar." Haris merayu. Berharap agar Airish setuju keluar dengannya.
Airish menongkat dagu. Ditatap wajah Haris sekejap. "Lain kali ajelah. Kertas kerja saya banyak tak siap." 
  Haris mengeluh perlahan. "Sorrylah kalau I ganggu you...Tapi...."
 "Ops.... Haris, besok saja ye kita lunch sama-sama."
Haris tergamam. Akhirnya, permintaannya sudah pun ditunaikan. Tapi bukan hari ini, besok. Haris mengangguk laju. Ketawa Airish dibuatnya. "Macam budak-budak."
Sampai ke hari ini, rasa sayangnya pada Airish tetap ada. Langsung tak berubah. Bila dapat tahu Airish sudah berkhawin. Hatinya hancur berkecai. Hairan. Airish boleh terima lelaki seperti Rafiq Zikri tetapi dirinya ? Mungkin sudah terlambat. Berharap peluang tu ada untuknya ,sudah tentu makin tipis.
   "Airish..Haris masih sayangkan Airish." Airish tersentak.
"Sayang yang teramat....."

Bab 26