Sebulan kemudian, miss dapat email daripada editor. Thank you atas respon saudari.
Salam Saudari Aida. (Bukan nama saya sebenar)
Saya Kamalia, Editor Adiwarna.
Berkenaan dengan tips penulisan, apa yang saya boleh beri adalah banyakkan
membaca. Jangan hadkan pembacaan saudari dengan satu genre saja. Luaskan
pembacaan saudari. Kadang-kadang untuk hasilkan satu karya yang baik,
penulis perlu membaca banyak buku.
Selain daripada itu, saya galakkan penulis untuk menulis kisah yang dekat
dengan mereka. Tak kira daripada pembacaan, pengalaman sendiri atau
pengalaman orang lain. Sebab, tulisan yang dekat dengan kita akan senang
ditulis. Lagipun, bagi pembaca yang peka, mereka akan tahu sama ada penulis
mahir atau tidak dengan tema yang ditulis.
Saudari boleh merangka secara kasar dulu cerita apa yang saudari hendak
tulis. Boleh rangka watak dan perwatakan supaya tak lari karakter untuk
bab-bab yang seterusnya, jika menulis novel. Menulis novel merupakan satu
cabaran yang besar dan memenatkan. Ramai penulis yang tak mampu
menghabiskan menulis novel mereka. Tapi, ramai juga yang bersungguh-sungguh
dan akhirnya novel mereka dapat diterbitkan. Yang paling penting, kena
rajin buat kajian tentang tema yang saudari ingin tulis. Kerangka kasar ini
juga membantu saudari menulis plot cerita dengan lebih baik. Perlu ada
sesuatu yang 'umph' dalam cerita tersebut.
Di Adiwarna, kami tidak menyekat idea penulis asalkan tidak melanggar moral
dan agama Islam. Kami tidak kisah saudari ingin mengarang kisah fantasi,
magis-realisme, komedi gelap, thriller, komedi romantik atau sebagainya.
Kalau di Adiwarna, kami SANGAT GEMAR kalau ada penulis yang boleh menulis
tema yang lari daripada kebiasaan. Jalan cerita yang lain daripada lain dan
pada masa yang sama menarik minat pembaca. Kerana, selain daripada menarik
dan tanggungjawab sosial, kami juga mahukan keuntungan untuk meneruskan
penerbitan pada masa akan datang. Saudari boleh saja membaca beberapa karya
yang diterbitkan oleh Adiwarna untuk rujukan. Novel-novel kami memang ada
pelbagai genre.
Yang paling penting sekali, banyakkan berdoa kerana ilham semua datang dari
Allah :)
Selamat menulis.
4 comments:
yupp..memang betul tu..kalau nak jadi penulis,memang kena banyak explore.. :)
teruskn berusaha... :)
akk! akk buat novel seram bleh. jarang nmpk org buat novel yg seram + thriller. kebanyakkan novel fixi je byk.. tapi anis nk hasil tgn akk! novel genre seram satu! xD in sya allah u can do it
Dulu minat gk menulis,tp kesibukan mengehadkan semua...huhu
Post a Comment