Chat here,darling.

Saturday, May 3, 2014

STOP BLOGGING


Hola. Nampak gayanya miss terpaksa berhenti blogging. So, miss nak minta maaf dekat kauorang semua kalau-kalau miss ada buat salah ke apa ke. Maaf ye. :( Lepas ini, miss dah tak ada masa nak berblogging. Berblog walking semua tu. Maklumlah, exam pun makin dekat bahkan SPM pun. Doakan miss ye :) Moga dapat result terbaik. Moga kauorang semua dirahmati oleh Allah. I love you all.

:D

Kepada silent reader dan semua,
Terima kasih kerana sudi menunggu  miss update cerita. Maaf sebab tak dapat diteruskan. In Shaa Allah, kalau ada masa lapang, miss update. Kalau adalah ye :'> So, jaga diri baik-baik semua. Terima kasih kerana sudi singgah. Terima kasih kerana berblog walking. Terima kasih kerana sedekah di blog miss. Thank you. :) Harap kauorang semua tak berhenti melawat blog miss yang bakal berpenghuni (habuk).

Akan kembali apabila tiba cuti sekolah 2 minggu.

Jom klik link di bawah :) Tiada paksaan cuma tambahkan pengetahuan am saja. :)


 

Mr.Poyo Aku Punya akan diupdate nanti :) Nantikan!

Quote picture 1

Aku lari dari realiti tapi kau tetap di situ.
Aku kata benci tapi hati kata sayang.

Quote picture 2

Biarpun aku ego
Aku masih ada perasaan
Dalam diam aku suka
Dalam diam aku cinta.

Ini khas untuk semua orang :)
PELUANG BAB 30
Haris merebahkan dirinya ke atas katil. Direnung bingkai gambar yang berwarna coklat. Wajah Airish ditatap diiringi dengan keluhan yang sangat berat. Entah kenapa hatinya begitu sakit. Padahal, dia sendiri yang meninggalkan Airish. Tunggu punyalah dekat 2 tahun, dia sendiri yang buat hal. Ah, tak guna.
Pintunya ditolak perlahan. Haris cepat-cepat menekup mukanya dengan bantal. 
  "Haris, mama panggil." Haziq menggoncangkan tubuh Haris. "Nanti abang turun." 
  "Sekarang!"
Haris mengeluh perlahan lalu duduk tegak. Merenung wajah Haziq. Tangannya tiba-tiba rasa mahu mencekik leher Haziq tapi dia tidak berani berbuat sedemikian. Haris menuruni anak tangga satu demi satu. Punggungnya dilabuhkan sebelah ibunya. Tangannya disilangkan di belakang kepala.
 "Ada apa,ma?" Haris bertanya dengan malas.Matanya melihat gadis di depannya.
"Kenalkan. Ini Linda.Linda ini Haris." Puan Farah memperkenalkan anaknya kepada Linda. Linda melemparkan senyuman kepada Haris tetapi Haris langsung tidak membalas senyuman Linda. 
Perasaan tidak berminat mula timbul. "Dia buat apa di sini,ma?" Selamba saja Haris mengajukan soalan kepada Puan Farah. Puan Farah tersengih. "Mama nak Haris nikah dengan Linda."
  Membulat mata Haris memandang Linda. Khawin dengan perempuan depan dia? Walaupun Linda cantik pada pandangannya. Tapi, hatinya tetap mahukan Airish. "No way,mom. Haris nak Airish. Tak nak si Linda!" tegas Haris.
Wajah Linda bertukar menjadi masam mencuka. Airish? Kenapa Airish juga yang Haris pilih ? Cantik sangat ke Airish tu? Linda mengetap bibirnya. Malu pula rasanya bila kena reject awal-awal.
"Tapi,Haris. Awak tu dan 28 tahun. Tak lama lagi nak masuk 30 tahun."Puan Farah menepuk bahu Haris sambil melirik mata ke arah Linda. "No. Haris tetap nak dengan Airish. Selagi Haris tak nampak kebahagiaan Airish, selagi tu Haris tunggu." tegas Haris. Suaranya perlahan.
  "Airish tu cantik sangat ke sampai tak boleh terima I ?"Linda bersuara sambil senyum sinis. Haris merenung tajam ke arah Linda. "Walaupun dia tidak secantik orang lain tapi aku tahu hati dia!" Bentak Haris. 
 "Airish. Tak silap I yang ada anak tapi tak ada suami tu eh?" Haris merenung tajam ke arah Linda. Matanya memandang ke arah reaksi Puan Farah.
   "Kalau betul pun kenapa?" Haris mengenggam tangannya sendiri. "Tak adalah cantik macam I.Lagipun dia tidak suci. Buat apa you pilih dia. I masih ada dara." Haris tertawa kecil.
 "Dara tak dara. Kalau perangai kau macam ni, memang confirm aku reject! Tak layak langsung jadi isteri aku!" Haris sudah mula perangainya. Panas barannya sudah ditonjolkan. "Haris, jangan bergaduh."
 "Mama, perempuan ni kena ajar." Haris tersenyum sinis lalu berdiri di hadapan Linda. "Airish tu dah ada suami. Yang you nak kejar dia lagi buat apa? Buang masa!" Linda mula berdiri tegak sambil bercekak pinggang. Haris merentap tangan Linda dengan kuat. Tangannya menarik rambut Linda.
   "Kau dengar sini. Kau jangan nak sibuk dengan kain aku. Kau jaga kain kau sendiri! Kau boleh berambus sekarang." Haris terus menolak Linda sehingga Linda terduduk di lantai. Renungan tajam Haris membuatkan Linda semakin gerun. "Fine! I balik." Linda menarik pintu dengan kuat lalu menghempas pintu.
  "Maafkan mama,Haris." Haris mengeluh perlahan. "Jangan cari perempuan yang macam tu." Haris cuba berlembut dengan Puan Farah. 
Aku tetap akan tunggu Airish selagi aku tak nampak kebahagiaan Airish! Kebahagiaan dia, kebahagiaan aku juga!
"Haris nak keluar."

7 comments:

Iola said...

will be missing you ^^ take care and goodluck

tashira sha said...

good luck & all the best ya ^^

Iylia said...

Good Luck akak!
Take care & all the Best! ^_^

Shiro Usagi said...

take care ye :3

Byzura Halifah (MB) said...

all the best dear... mesti rindu nak dtg blog ne n baca novel... :(

Time Traveller said...

Oh dah nak tutup sebab nak fokus SPM bagus la... moga semua usaha dipermudahkan.. dan menggenggam segulung kejayaan..

Baru nak blog walking kat sini tapi tak apa la Salam Kenal :D

http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-7-natural-history.html

Ayuni Sara said...

All the best k...