Selamat pagi semua. Finally,cerita sahabat yang 'seram' sudah diupadate. Mungkin lepas ni, dah jarang update cerita :/ sebab exam nak dekat, jadi, kepada sesiapa yang nak saya update, sila comment dan sharelah dekat mana-mana. Biarlah komen dengan jujur supaya saya boleh perbaiki kesalahan saya :) Moga terhibur.
Sincerely,
Miss Fairytale XOXO
Aku menguraikan rambutku dengan jari-jemariku yang halus. Aku membiarkan diriku leka untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahku. Sesekali, perasaan hairanku menyelubungi jiwaku. Siapakah 'gadis' yang mengesot ke arahku tadi? Mengapa aku terasa masa berlalu terlalu pantas? Dup dap dup dap!
Sahabat,
Kau kata kau sayangkan sahabat kau.
Kenapa bila aku mendekati
Kau semakin jauh?
Bukankah kita sahabat?
Sempat aku mengerling ke arah jam dinding. Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Memang memakan masa yang lama untung menyiapkan
assignment yang diberikan oleh pensyarahnya.Apapun, tugasannya perlu disiapkan. Tidak baik ditangguh. Nanti makin melarat pula untuk disiapkan. Siapa yang tanggung? Tuan punya badan jugalah.
"Fash,kau dah sarapan?"tanya Ariana dengan ceria.
Aku menggeleng.
"Oh, makanlah dulu.
Assignment tu nanti boleh disiapkan. Tak baik seksa perut kau."ujar Ariana dengan lembut.
"Aku....Malas nak makan."balasku bersahaja.
"Hm... Yelah. Oh ya, aku nak tanya.Malam tadi, kenapa kau tidur di luar?"soal Ariana.
Aku tersentak. Tanganku secara automatik berhenti menaip.Aku memandang ke arah Ariana. Benarkah malam tadi, aku berada di ruang tamu? Bukankah aku tidur sekali dengan Ariana?
"Mana adalah. Aku tidur dengan kaulah semalam."balasku.
"Memanglah. Lepas tu, macam mana kau ada dekat luar? Ada cerita
running man ke? Tv tak bertutup."kata Ariana dengan hairan.
Aku menggeleng. "Tidak wei. Aku tidur dengan kau."
"Habis, pagi tadi yang kau meracau macam orang kena rasuk, kenapa?"
Aku terdiam.
"Kalau aku cakap, kau tak akan percaya."
"Apa dia?"
*****
Bunyi rengekan bayi kecil menyapa gegedang telingaku. Pantas aku menuju ke arah ruang tamu. Siapa pula yang datang? Setahu aku, Ariana belum berkahwin. Apatah lagi aku yang masih membujang.
Aku melihat ke arah sofa. Kelihatan Ariana sedang menonton televisyen. Perlahan aku mendekatinya lalu melabuhkan punggungku di sebelahnya.
"Kerja kau dah siap ke?"
Aku mengangguk.
"Oh,baguslah. Aku tak tahu nak buat apa sekarang."
"Petang-petang macam ini, rasanya elok pergi taman.
Jogging."
"
Jogging? Malaslah. Aku dah cukup kurus."
"Eleh, kuruslah sangat."
Sahabat..
Pandang aku.
Aku di sini.
Pandanglah aku.
Adakah kau sudah membenciku?
Aku memaling ke arah belakang, Seakan-akan ada orang yang sedang memerhatikanku. Menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiada kelibat 'benda' tu pun. Syukur. Aku menghembuskan nafas lega. Sesekali bayang hitam berjalan pantas ke arah dapur. Gulp! Jangan buat hal lah!
"Fash.. Termenung jauh nampak?"tegur Ariana.
"Um.. Kau nak pergi mana?"
"Kata nak pergi
jogging? Jom lah."
Aku terdiam seketika lalu kepalaku diangguk perlahan.
*****
Hampir setengah jam, aku dan Ariana meluangkan masa di taman. Air peluh mengalir laju ke pipiku. "
Confirm turun 5 kg ni."kataku dengan ceria.
"Ceh. Perasan. Tengok-tengok, 1 kg pun tak lepas."balas Ariana. Dia mengelap peluhnya dengan kain lap
mickey mouse miliknya.
Sesekali aku memandang ke arah tasik. Pemandangannya cantik. Aku menarik nafas dan kemudiannya dihembuskan dengan perlahan-lahan. Tiba-tiba ada seorang gadis menyapaku dan Ariana.
"Hai."
"Hai."balas Ariana manakala aku melemparkan senyuman.
"Boleh saya duduk sekali dengan kauorang?"
Ariana mengangguk. "Siapa nama awak?"
Gadis itu memandang ke arahku. Lama. Pantas aku membuang pandanganku ke arah tasik. Bulu romaku berdiri tegak, seakan-akan 'benda' itu, berada dekat denganku.
"Saya Dania. Kauorang?"
Aku menelan liur. Adakah ini jelmaan Damia atau memang ada kembarnya? Muka Dania seakan mirip sekali dengan mirip muka Damia, sahabatku dan Ariana. Perasaan tidak enak, menyelubungi jiwaku.
"Oh,Dania. Saya Ariana dan sebelah saya Fashilin."
Dania mengangguk perlahan lalu berjabat tangan dengan Ariana. Apabila tiba giliranku untuk berjabat tangan dengannya, hatiku mula resah. "Fash! Salamlah."
Tanpa melengahkan masa, aku terus berjabat tangan dengan Dania.
"Sebenarnya, saya sedang cari rumah kosong. Tapi, kebanyakannya rumah kena beli."kata Dania dengan nada yang perlahan.
Ariana memandang ke arahku. Aku berdengus perlahan. "Tidak mengapa, Nia boleh tinggal dengan kami."balas Ariana.
Aku terus menoleh ke arah Ariana. Biar betul Ariana ni? Ajak orang yang baru dikenali? Kalau terjadi apa-apa macam mana?
Usah kau risau sahabat.
Kini, kita kembali bersama.
Percayalah sahabat.
Aku rindukan kamu berdua.
Aku membisu.
Bab 2