Chat here,darling.

Wednesday, December 24, 2014

Novel 1437 - Bab 6

Airish Humaira berlari ke ruang tamu sambil membuat lompatan pelik di hadapan Puan Alia. mengurut dadanya sebelum mencubit lengan Airish Humaira. “Airish, apa nak jadi dengan kamu ini? Kalau iye pun kamu stres dengan SPM, perangai tu cuba baik sikit. Ini tidak, lompat macam monyet. Monyet bergayut pun ada sebab.”

            “Ibu, bergayut dengan melompat lainlah.”
            “Hah,menjawab-menjawab. Ibu cepuk nanti.”

Airish Humaira tersengih lalu mengatur langkahnya ke sofa. Telefon bimbitnya yang berada di atas meja dicapai. Walaupun keluarga dia taklah sporting macam keluarga lain, dia tetap berasa beruntung dengan apa yang ada. Tidak dilayan seperti puteri raja adalah lebih baik bagi Airish Humaira. Kalau dilayan manja sebegitu rupa, agaknya sampai sekarang dia menggedik nak itu nak ini. Ah,tolonglah. Masa untuk berdikari!

            “Cik Airish. Cerita apa yang best hari ini?”soal makcik Munirah.
Airish Humaira sekadar menjungkit bahu. “Running man,mungkin. I nak tengok Kwang Soo I yang handsome gila.”

Makcik Munirah tertawa kecil. “Kwang Soo cik Airish minat? Ah,yang zirafah tu? Walaupun makcik tak layan cerita cigitu, makcik taklah minat sangat.”

Airish Humaira terus memandang tajam ke arah makcik Munirah. Dia tahu bibiknya akan berkata begitu. Bukannya makcik Munirah layan sangat pun cerita itu malah buat tak endah saja bila cerita itu ditayangkan. “Bibik, kalau macam itu, apa kata bibik diam dan buat kerja bibik.”

Dentuman guruh memecahkan suasana sunyi. Siapa sangka hujan bakal membasahi bumi pada malam ini?  Siapa yang tidak suka bila hujan turun pada waktu malam? Sememangnya tidur akan jadi lebih lena dan mimpi akan menjadi lebih indah disertakan dengkuran akan bertambah kuat. Siapa tahu,kan? Airish Humaira memeluk erat bantal sofa sambil merenung ke arah telefon bimbitnya. Tidak mungkin dia menunggu panggilan daripada Aisy Zahrin ataupun Haris Syazwan.

Perasaan cinta yang tidak sepatutnya ada pada Airish Humaira perlu dibuang jauh sebelum menjadi lebih teruk. Dia tidak mahu gagal dalam pelajaran akibat gagal dalam percintaan. Kesakitan yang bakal dia rasai belum lagi tiba masanya malah belum lagi layak dia untuk bercinta. Moga-moga dia dapat lari daripada perasaan itu.

Airish Humaira menekan punat merah pada remote control. Televisyen yang mewarnai dengan pelbagai warna, kini diwarnai dengan warna hitam. Tiada siaran. Airish Humaira terus baring di atas sofa sambil menunggu kehadiran Fakhrul Ameer. Memang lamalah jawabnya kalau nak menunggu.

Baru beberapa saat dia memikirkan tentang abangnya, Fakhrul Ameer sudahpun berdiri tegak di hadapannya. Dia terus duduk tegak untuk memberikan ruang abangnya duduk. Takkanlah dia nak bercerita dengan orang yang tengah berdiri. Rasa macam tak sopan pula.

“Megelamun ke dik? Hah,ceritalah. Abang tak sabar nak dengar.”kata Fakhrul Ameer sebaik saja dia melabuhkan punggungnya.

Airish Humaira terus menepuk peha Fakhrul Ameer. Kemudian,dia menepuk tangan sebelum memulakan ceritanya. “Tadi, masa Rish pergi kedai makcik Maria. Ada seorang lelaki ini, nama dia Aisy Zahrin tapi pendekkanlah nama dia, Aisy. Then, tiba-tiba ajak Rish makan. Lepas itu, Rish cakaplah yang Rish nak balik. Dia boleh pula pijak kasut,Rish! Sakit doh hati ini.”

Fakhrul Ameer sekadar mengangguk.

“Lepas itu, dia kata dia nak nombor telefon Rish tau. Rish pun bagi ajelah. Rish baru aje keluarkan telefon,dia selamba aje rampas phone tu. Tu tak apa lagi. Dia malukan Rish pula lepas tu.”

            “Malukan Rish? Dia buat apa?”soal Fakhrul Ameer.

            “Dia buat Rish tersandung. Malu gila Rish. Nasib baik tak ramai orang tengok. Geram gila. Kalau ramai orang tengok, entah dekat mana muka ini nak letak. Tak silap-silap kalau newspaper , ‘seorang gadis terjatuh sambil mengayakan muka buruk.’ Malu tau.”

Fakhurl Ameer terkekek-kekek. Kalau adik dia sudah geram, cerita Airish Humaira sudah sampai melalut daripada tajuk asal. Cerita dia boleh buat karangan bercerita. Entah berapa muka surat untuk cerita Airish Humaira saja. Belum lagi dia masukkan cerita merepek yang sampai melalut ke laut. Fakhrul Ameer menggeleng.

            “Ah,kau! Tak adanya nak keluar dekat newspaper. Kau bukannya jutawan yang buat projek berbillion-billion. Kalau kau buat projek besar memang abang tak terkejut beruklah. Tapi, setakat jatuh. Alahai, macam apalah sangat. Gentlelah sikit,Airish oi.” Kata Fakhrul Ameer dengan selamba. Rambut Airish Humaira diusap perlahan. “Kau sebagai perempuan, kena kuat. Jangan lebih. Adab tu.. Jaga sikit, jangan nak berlagak jadi tomboy. Faham? Nanti mulalah kata ‘semua lelaki semua sama’ padahal diri sendiri tak reti nak kawal.”

            Airish Humaira mencebik. Itulah abang dia.. Baru saja cerita sikit, mulalah dekat sesi ceramah free dia. Bukannya dia nak dengar. Dia cuma nak luahkan dan mahu abangnya bagi pendapat, bukannya bagi ceramah panjang lebar macam itu. Airish Humaira menggosok telinga yang tidak gatal. “Ish, bingit tahu tak.”

            “Ah,itulah. Abang baru bagi ceramah sikit dah kata bingit. Kalau kau susah, siapa kau terhegeh-hegeh cari? Abangkan?”

            Airish Humaira menjeling. “Abang ini kan, adik baru aje –”

            “Hah, dah pukul berapa dah ini. Dah solat Isya’ ke belum? Esok sekolah,kan? Airish, kamu tu nak SPM. Berapa kali dah ibu cakap.. Belajar. Belajar. Takmau dengar. Nanti result hampeh, menangis tak berlagu. Ibu tahulah kamu dah belajar tapi belajar kuat sikit. Lainlah macam abang kamu ini. Dia sudah ada kerja. Ada duit sendiri. Yang kamu tu…Kalahkan abang kamu tu.”celah Puan Alia sambil bercekak pinggang.

            “Yelah,bu. Rish masuk tidur dulu.”
***

Selesai saja Airish Humaira menunaikan solat Isya’, dia meletakkan beg sekolahnya di sisi katilnya. Hari ini, Airish Humaira masuk tidur awal sikit, dia mengenakan baju pyjamasnya sebelum merangkak perlahan di atas katil yang dipenuhi dengan bantal-bantal yang bertaburan. Atas.Bawah.Kiri.Kanan. Semua ada bantal. Katil ini merupakan tempat kegemaran Airish Humaira. Dan, Airish Humaira mula bermain telefon bimbitnya.

 Nasib baiklah segala homeworknya sudah disiapkan. Kalau tidak siap pun, wajah dia yang tebal ini dengan selambanya minta nak tiru homework orang lain. Baik,bukan? Ah, itu perkara biasa yang dilakukan oleh ramai murid. Tipulah kalau Airish Humaira tidak pernah tiru homework orang lain. Ops, bukan tiru. Pinjam buku dan jawapan. Hehe.

            Malam. Gelap. Hanya dihiasi bintang di langit. Berkerlipan seolah-olah bintang-bintang itu sedang memerhatikan kita dengan riangnya. Bintang yang tidak terlalu gelap dan tidak terlalu terang itulah membantu pelayar-pelayar untuk berlayar,bintang Polaris,bintang utara. Kalau dia nak berfalsafah pasal bintang, cikgu sains pasti marah dia.

            Dia tidak tahu apa-apa pasal bintang.

            Lagu Promise you yang dinyanyikan oleh Sako Tomohisa atau dikenali sebagai Shounen-T memecahkan suasana sunyi di biliknya. Dia terlalu minat dengan lagu-lagu jepun. Sampaikan lagu korea pun, dia mencari versi jepun. Airish Humaira lebih selesa mendengar versi jepun. Sebelum tidur dia akan mendengar lagu-lagu kegemarannya. Tapi, jika dia tidak boleh tidur pun, dia tetap mendengar lagu-lagu.

 Bukan saja setiap gambar ada cerita. Tapi,setiap lagu ada ceritanya sendiri dan kenangan yang pernah seseorang rasai. Bagi dia, melayan perasaan yang boleh membunuh dirinya sendiri adalah membuang masa. Kerana dia tahu, jika dia bercinta pada waktu muda ini, dia tidak dapat apa-apa melainkan lakonan yang indah daripada kekasih hati.

Malam itu, tiada apa yang menarik melainkan tidur. Kemudian, telefonnya menjerit diminta untuk diangkat.

“Assalamualaikum.”sapanya menjawab panggilan.
“Waalaikummusalam,Airish Humaira.” Jawab seorang lelaki di hujung talian.
“Siapa ini? Ada apa ya?”
“Ah, cuba teka siapa aku. Aku bosan malam ini. Jadi, aku kacaulah kau.”
Airish Humaira mengeluh panjang. “Tak cukup lagi ke kau malukan aku, Aisy?”
“Aw, pandainya kau teka. Makin seronok aku nak kacau kau. Ala, kau jatuh pun sedikit saja,bukan? Kau cederakah?”

Airish Humaira diam. Geram dengan jawapannya. Kalau tak dilayan, entah apa yang jadi hari esok.
“Wei. Aku tak cakap dengan tunggul tau.”
“Aku letih. Aku penat. Aku nak tidur.Selamat malam.”

Airish Humaira menamatkan perbualan tersebut. Kemudian, dia simpan nombor telefon Aisy Zahrin dengan nama jangan jawab. ‘Well,at least, aku tak payah lagi nak angkat call kau lepas ini. Menyusahkan hidup dan jiwa aku aje.’omel hatinya.