Chat here,darling.

Monday, December 15, 2014

Novel 1437 - BAB 1

Novel terbaru yang bakal saya tulis. Novel lain tu abaikan sebab lack of ideas. I'm sorry okay? Saya akan letak di sidebar saya :)
BAB 1
“Hairan betul aku dengan si Haris Syazwan tu. Dulu, bukan main rapat lagi dengan Aisy Zahrin tu. Uih, makin menjadi-jadi pula.”kata Muhammad Adam.

Ya,betul. Dulu, Aisy Zahirin dengan Haris Syazwan memang rapat sejak sekolah rendah lagi. Itu orang katalah.For your information, aku masih lagi `budak baru’ dekat sekolah ini. Terpaksa pindah sekolah lagi sekali yang entah kali yang ke-berapa. Bukan seronok pun tukar-tukar sekolah,tukar-tukar Negara. Ulang-alik macam orang gila. Bawa beg bagasi sana sini. Percayalah, daripada suka terus tak suka.

                “Ala,kau. Yang kau sibuk sangat pasal diaorang buat apa? Kau pergi belajar sana. Exam nak dekat dah. Kau tu budak tip-top, kalau dapat nombor tercorot – malulah wei!”kata Airish Humaira.

                “Kau ini pun, aku baru aje syok-syok nak bercakap dengan kau. Kau pula menghalau aku. Kurang asam,betul budak ini.”kata Muhammad Adam.

Muhammad Adam mula mencebik. Jelingan mautnya menyapa ke mata Airish Humaira. Geli hatinya tatkala Muhammad Adam menjeling ke arahnya. Sudahlah comel wajahnya, tambah pula dengan IQ yang best. Mana tak melting pelajar-pelajar perempuan dekat sekolah ini?

Muhammad Adam, sahabat karib Airish Humaira sejak dari tadika lagi. Sama tadika, sama sekolah rendah,sama sekolah menengah jangan kata sama universiti atau sama tarikh perkahwinan sudahlah. Walaupun Muhammad Adam budak yang tip top kata orang, tapi perangainya seperti kebudakkan apabila melayan karenah Airish Humaira. Tetapi bezanya dirinya di sekolah dan di rumah, Airish Humaira tahu lebih daripada kawan-kawan baik Muhammad Adam.

Amacam? Pelik,bukan?

                “Alahai,Adam. Kau macamlah tak tahu aku. Tak pasal-pasal girl –”
                “Adam! Awak buat apa dengan perempuan ni? Siapa dia ini?” soal Tengku Fakhira,teman wanita kepada Muhammad Adam.

Airish Humaira sudah tersenyum senget. Baru saja dia nak menyambungkan perkataan ‘girlfriend’ tetapi sudah muncul di depan matanya. Kalau dah jodoh tak ke mana. Sama-sama padanlah. Mata gadis itu menjeling ke arah Airish Humaira sambil bercekak pinggang.

                “Kan aku dah kata.”
                “Apa yang kau kata dekat boyfriend aku ni hah? Kau siapa?”soal Tengku Fakhira.

 Eh, budak ini. Suka hati aje dia ini. Aku tampar juga nanti kang. Omel hati Airish Humaira. Dia merengus kasar sehinggakan Muhammad Adam tertawa kecil. Entah apa yang kelakar pun tak tahu. Boleh pula dia ketawa masa girlfriend dia tanya. Bukan nak back up aku ke apa – tapi dia ketawa! Ish, tak boleh tahan aku dibuatnya.

                “Apa yang awak ketawa? Perempuan ini siapa?” soal Tengku Fakhira.

Muhammad Adam menggeleng. Dia sudah masak dengan perangai teman wanitanya. Busybody lagi. “Perempuan ini spare part girlfriend I. Nanti bila break up, saya cari dia ajelah. Nama dia Airish Humaira. Harap awak tak marah.”kata Muhammad Adam dengan selamba.

                “Apa?! Adam! Awak ini kan.. Hei,perem –”

                “Tak payahlah risaulah Tengku. Aku bukannya nak jadi spare part dia pun. Tak ingin aku. Aku, Airish Humaira. Kawan,Adam.”jelas Airish Humaira.

                “Kawan ke spare part?”soal Tengku Fakhira.
                “Kawan.”

Kemudian, mata Tengku Fakhirah melirik ke arah Muhammad Adam yang asyik tersengih seperti kerang busuk. Bibirnya sudah muncung ke depan seperti burung belatuk. Haih, mulalah drama romantik selepas tamat sesi persekolahan. Dekat mana? Depan mata aku ini hah. Terpaksalah aku melarikan diri sebelum ada pergaduhan berlaku.

                “Rish, nanti aku text kau.”

Airish Humaira mengangguk.

Gadis itu perlahan-lahan menuruni anak tangga lalu menuju ke arah loker buku. Disebabkan homework yang cikgu bagi itu banyak sangat, dia terpaksa membawa buku teksnya pulang ke rumah dan meletakkan beberapa buku untuk digunakan keesokkan hari.

“Hey,budak yang tak seberapa nak baru.”sapa seorang lelaki yang bersebelahan dengan lokernya.
Airish Humaira menjeling ke arah lokernya. Nak jelling dekat lelaki tu, pintu loker pula yang halang. Lagipun, jelingan aku ini ‘mahal’ dan ‘limited edition’ aje. Lelaki itu mengetuk-ngetuk pintu lokernya sebelum Airish Humaira menutup.

                “Kau nak apa?”soal Airish Humaira sebaik saja menutup pintu loker.
Lelaki itu merenung wajah Airish Humaira sebelum mengenyit mata. “Wow,wow. Jawablah elok-elok sikit. Kau kenal tak aku ini siapa,budak baru? Awak itu budak baru, bukannya budak yang dah lama sekolah sini. Poyo je.”

Airish Humaira membisu. Tidak sangka lelaki di depannya Aisy Zahrin. Terus tangannya menekup mulut. Jantungnya  berdengup kencang. Renunangan ‘harimau’  yang sememangnya layak untuk Aisy Zahirin, merenung ke arahnya.

                “Bukakan pintu loker untuk aku.”ujar Aisy Zahrin, kunci dicampakkan ke lantai.
Bibir diketap geram. Kau ingat aku ini bibik kau nak kena buatkan kerja untuk kau? Airish Humaira mengukir senyuman sinis. Belum sempat membuka mulut, buku matematik di tangannya dirampas lalu dicampak ke lantai.

                “Ish, kau..”Airish Humaira berdengus kasar.

                “Aku dah kata, tolong bukakan pintu loker untuk aku. Susah sangat ke? Haish, kau memang cari masalah kan,budak baru?”

Merah padam, merah menyala dibuatnya kedua-dua belah gadis itu. Hatinya langsung tidak tertarik dengan senyuman manis milik Aisy Zahrin malah lelaki itu sudah memalukan Airish Humaira di khayalak pelajar.Senyuman yang sengaja dibuat-buat membuatkan hati Airish Humaira membuak-buak melawan amarahnya.

                “Hei, budak baru. Kau itu, tak lama lagi nak SPM. Apa kata kau dengar saja cakap aku.”
Airish Humaira berdengus kasar lalu menurut perintah lelaki itu. Macam dungu,macam orang bodoh,macam hamba yang tidak rasmi. Gadis itu terus membukakan pintu loker untuk Aisy Zahrin. Dia terpaksa menahan sebak di dada serta menahan amarahnya. Kalau tidak, makin parah situasinya. Pelajar-pelajar lain hanya 
membuat tidak endah dan ada juga melihat aksi drama kami. Entah genre apa yang sesuai, I’m not sure.

                “Hah,kan elok macam itu. Kau layak jadi kuli aku,budak baru.”
Airish Humaira mendiamkan diri.

                “Buku teks awak ke?” suara garau milik seorang lelaki yang berada di belakangnya.
Airish Humaira menoleh ke arah belakang. Matanya tidak berkelip. Terkedu. Mulutnya separuh terbuka .Matanya bertaut dengan lelaki dan jelas mukanya  menunjukkan riak wajah terkejut. Wajahnya,matanya, gayanya,renungannya. Lelaki itu sangat familiar pada suatu ketika dulu. Lelaki  itu pernah menerjah ke hatinya. Lelaki itu menguntum senyuman manis buat Airish Humaira.

                “Airish?”
                “Haris?”

Semua orang tahu bahawa mereka berdua tidak lagi mempunyai hubungan ‘kawan baik’ atau ‘sahabat’. Ramai juga yang tertanya-tanya sebab-sebabnya. Aisy Zahrin menepuk-nepuk tangannya. Sempat lagi dia melemparkan senyuman sinis ke arah Haris Syazwan. “Cinta pandang pertama sudah berputik ya? Ah,sudahlah. Menyampah pula aku tengok budak baru bercinta dengan Haris Syazwan. Macam bermimpi pula aku.”

                “Aisy, kau buli orang lagi?”soal Muhammad Adam.

                “Ish, apa ni,Aisy! Cukuplah! Kau selalu kacau line kitaorang. Sudah-sudahlah.”celah Tengku Fakhirah.

                “Budak baru pun kau nak buli jugakah?” soal Haris Syazwan.

                “Ramainya pahlawan yang nak selamatkan kau. Kelakarnya.”sindir Aisy Zahrin.

Kaki Airish Humaira terus bergerak keluar dari situasi itu. Dia rasakan dunia seperti tidak adil. Baru beberapa minggu pindah di sini,sudah ada yang buat hal dengannya. ‘Ah, bencinya jadi diri aku ini kadang-kadang. Rasa macam tak adil. Baru saja nak lupakan ‘cinta monyet’ aku dengan Haris Syazwan tapi kenapa? Kenapa dia sama sekolah dengan aku? Kenapa aku dengan dia? Kenapa Adam tak beritahu aku?! Aku stress sangat-sangat’. Rungutnya dalam hati.

Sebuah keluhan berat terbit dari mulut Airish Humaira. Dia ingatkan kes buli membuli sudah tidak wujud apabila dia berpindah semula ke tanah air. Jangkaannya salah. Kes buli membuli tidak akan pernah luput malah mungkin akan berterusan jika pihak kuasa tidak mengambil tindakan yang tegas. Gadis itu mengambil keputusan mendiamkan diri sepanjang perjalanannya untuk sampai ke rumah.

Ramai kata ‘seronok’ bila jadi dirinya. Ada juga yang teringin nak jadi dirinya. Kalau dirinya sudah tidak sanggup menghadapi cabaran apatah lagi si pengganti. Mungkin kadang dia membenci dirinya kerana istilah ‘peluang’ tidak pernah ada untuknya. Ada saja sebab-sebab yang munasabah untuk dirinya. Jika dia mengelat sekalipun, sedikit pun tidak mengubah.

                “Airish!”

Langkah Airish Humaira automatik berhenti dan menoleh ke belakang. Airish terus memandang ke arah wajah gadis yang ‘kurang sopan’ terhadapnya tadi. Tengku Fakhirah ialah seorang gadis yang kuat membebel dan boleh dikategorikan ‘mulut murai’.  Nak jadikan cerita ini lebih menarik, Airish Humaira dan Tengku Fakhirah bakal menjadi ‘kawan’ atau mungkin ‘lawan’.

                “Kau….Adam?”

Airish Humaira tersenyum. “Ada apa? Aku tak bawa pun teman lelaki kau. Tak payahlah risaulah.” Airish Humaira tersenyum nakal. “Oh, kau dengan Adam kawan sejak tadika?”soal Tengku Fakhirah untuk kepastian.

                “Ha’ah sebab tu kitaorang rapat. Lagipun, keluarga aku dengan dia sama-sama kenal. So.. Jangan risaulah.”

                “Oh.”

Diam. Senyap. Tidak bersuara. Hanya mata saja berbicara. Tengku Fakhirah menjeling ke arah Airish Humaira. “Jadi, kau kenal lah Haris Syazwan?”

Airish Humaira terpinga-pinga tatkala mendengar soalan yang ‘cuak’ untuk dirinya. Kenal atau tidak? Jawapannya bermain di minda. Kalau kata tidak kenal, mana mungkin Haris Syazwan menegurnya. Airish  Humaira mengangguk seperti mengiyakan. Jam tangan dikerling sekilas sebelum mulut Tengku Fakhirah dibuka. Cermin mata yang tergantung pada batang hidung ditolak sedikit agar tidak terlorot jatuh.

                “I need to go now. See ya!”

Tengku Fakhirah terus mencapai tangan Airish Humaira. “Sebagai tanda maaf aku, aku belanja kau makan. Boleh?”kata Tengku Fakhirah. Ikutkan hati dia memang nak buat dek aje dengan Airish Humaira tetapi rasa serba salah kerana menuduh yang bukan-bukan membuatkan dirinya berasa tidak selesa. Bukan selalu dia membelanjakan duitnya sebagai tanda maaf. Inilah kali pertama gadis itu membelanjakan duitnya sebagai tanda maaf.

                “No need. Tak payah susah-susah. Aku boleh masak sendiri dekat rumah.”

                “Kau itu baru balik sekolah, lepas tu kena masak untuk makanan sendiri. Mesti penat,kan? So, apa kata kalau aku belanja kau? Kali ini aje.”rayu Tengku Fakhirah.

Hatinya berbelah bagi. Separuh kata ikut ajelah. Separuh lagi kata baliklah. Mahu tak mahu, suka tak suka. Kalau orang sudah belanja takkan nak tolak,kan? ‘Uih, rezeki. Tak payah susah-susah suruh bibik aku masak.’ Omel hatinya. Ceh, masak sendiri konon, balik rumah, bibik yang masak. Airish,Airish.

5 comments:

Afiqah said...

tak pernah try hantar manuskrip ke ...
caiyok.... piqa sokong.. kiut ;3

Zen said...

@afiqah zamriNak try but takut XDDD

Nurin Irsalina said...

Buat je dik..akk pon da penah merasai suma tu :)

Zen said...

@Nurin IrsalinaI will :))

shaza ellda said...

permulaan yang cukup menarik...
suka airish humaira...:)