Loceng sudahpun berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Orang lain sibuk
mengisi perut sehingga penuh tapi Airish Humaira meletakkan dirinya di
perpustakaan sendirian. Sejuk. Bosan. Hanya dia dan beberapa pengawas
perpustakaan saja yang ada di situ. Dia bertemankan dengan novel kesukaannya Harry Potter. Gadis itu sememangnya
minat sangat dengan novel tersebut sehingga sanggup mengumpul duit dan kadang
tak makan semata-mata mahu membeli novel kegemarannya.
Bila
sudah taksub dengan novel, ke mana-mana pun mesti ada novel di tangannya.
Sekurang-kurangnya satu buah buku atau kertas yang mengandungi cerpen atau
novel. Matematik adalah pelajaran yang seterusnya tetapi, Nur Danial sudah memberitahu
bahawa Cikgu Kamariah tidak datang.
“Kenapalah
honey tak datang.” Satu keluhan berat
terbit dari mulut Airish Humaira.
Matanya
tertacap pada seorang pengawas perpustakaan yang sibuk menyusun buku-buku di
atas rak. Rasa tenang bila tiada orang yang kacau. Keluhan lega dilepaskan.
Sesekali dia memicit-micit dahinya yang tidak pening.
“Kenapa
aku asyik terserempak dengan kau ya? Macam jodoh pula.”
Airish Humaira cepat-cepat membuka novelnya lalu
menutup muka. Kenapa dia ini tak boleh blah
daripada hidup aku? Haih, nasib malang betullah buat aku. Asal aku dekat
mana-mana ada aje dia. Menyibuk betul. Nak beri jelingan maut nanti, lelaki itu
fikir aku goda dia pula.
“Kenapa
tak call balik?”soal Haris Syazwan
sebaik saja dia duduk.
“Sejak
bila kau call aku?”
“Pagi
tadi sebelum Subuh. Akulah yang call.
Akulah yang hantar SMS.”
Airish
Humaira sekadar mengangguk.
“Asal
tak beritahu aku yang kau pindah sini? Bila balik sini?”Haris Syazwan masih
mengaju soalan-soalan kepada Airish Humaira.
“Bulan
lepas. Laaa, kan aku ada SMS kau. Tup!Tup!Tup!
Dapat mesej dengan nombor telefon baru kau. Macamana aku nak contact kau?”
“Sorrylah wei. Aku tak sengaja tapi nasib
baik aku simpan lagi nombor kau. Rindu kau.”
Senyuman
manis milik Haris Syazwan membuatkan jantung Airish Humaira berdegup laju. “Kau
boleh tak, jangan senyum-senyum dekat aku? Meluat aku tengok.Bukan senyuman kau
aje, muka kau pun aku meluat.” Kata Airish Humaira
Zaaaaaaaaaap!
Ayat-ayat pedas yang dilemparkan oleh Airish Humaira terkena pada Haris Syazwan.
Elok saja wajahnya ceria terus bertukar menjadi masam mencuka. Bibir yang
mengoyakkan senyumannya terus bertukar mencebik. Bila difikirkan balik, nasib
baiklah Airish Humaira itu perempuan, kalau dia itu lelaki, sudah lama lelaki
itu sudah membuat kecoh dalam perpustakaan. Tanpa berfikir panjang, novel Harry Potter milik Airish Humaira
dirampas.
“Hei,ish!
Kau jangan nak sweet-sweet dengan aku
dekat sini boleh tak? Bagi baliklah.”kata Airish Humaira dengan perlahan.
“Kalau
aku bagi pun, kau boleh tarik kata-kata kau tu tak? Haih, orang lain semua
cakap yang aku ini handsome, pandai.
Cool lagi tau. Kenapa kau tak tertarik?”
‘Buang
tabiat agaknya lelaki ini. Ada juga orang termuntah sengaja.’rungut hatinya.
“Hei cik abang. Kalau nak dibandingkan buku dengan muka kau tu, aku rasa aku
lagi handsome.”kata Airish Humaira
lalu merampas semula novelnya dari genggaman lelaki itu.
“Apa
kaitan doh?”
Airish
Humaira menjungkit bahu lantas segera dia bangun dari tempat duduk. Daripada
dia duduk dengan Haris Syazwan, ada baiknya dia keluar dari perpustakaan. Tak pasal-pasal
ada pergaduhan secara tiba-tiba. Manalah tahu benda macam tu terjadi. Dia juga
jadi mangsa keadaan. Bukannya dia suka sangat jadi mangsa keadaan, merumitkan
lagi keadaan adalah.
“Takkan
kau dah nak blah dah? Lepak dulu
dengan aku. Cikgu bukan ada pun.”
“Bukan
ada faedah pun aku duduk dengan kau. Maklumlah kau kan handsome katanya. Nanti ada peminat jealous. Susahlah aku nanti.”Airish Humaira berseloroh nakal
membuatkan Haris Syazwan tersengih.
“Kau
ini kan, sejak bila pandai jadi macam ini? Mesti kau tak sihat,bukan?”
Kalau dahulu dia menjadi ‘mulut murai’ bila bertemu
dengan lelaki di hadapannya, kini mulutnya tidak lagi seringan dahulu. Kalau
dahulu dia menjadi seorang pendiam, kini mulutnya kerja nak memerli atau
menyindir orang saja. Satu perubahan besar.Airish Humaira duduk semula di
tempatnya. “Tak adalah. Abaikan apa yang
kata tadi.”
Haris
Syazwan memandangnya hairan. “Kau ini kenapa? Sedih lagi ke sebab crush lama kau yang dekat New York
mainkan perasaan kau?”
Airish
Humaira sekadar menggeleng. “Tak adalah.”
Reaksi
sedih Airish Humaira ditatap oleh Haris Syazwan. Pandangannya hanya tertacap
pada wajah gadis itu. Haris Syazwan menelan air liur. Aduh, mungkin aku sudah
tersilap kata dekat Airish. Mesti dia teringat dekat crush lama dia. Satu keluhan kesal dilepaskan oleh Airish Humaira,
membuatkan Haris Syazwan resah.
“Habis
kenapa kau tiba-tiba sedih ini?”soal Haris Syazwan.
“Entah.”
“Ish,
kau ini… Jangan buat aku macam ini.”
Airish
Humaira tersenyum riang. “Kau risau rupanya. Haha, kau terkena. Satu kosong!”
“Apa
benda doh kau ini. Main-main pula.
Kurang asam.”
Airish Humaira
membetulkan kedudukan cermin matanya. Senyum ‘hambar’ dilemparkan oleh gadis
itu lalu menyandarkan dirinya di kerusi. Airish Humaira menghembuskan nafas bosan.
Haris Syazwan menongkat dagunya sambil memandang Airish Humaira.
“
Kau masih ada perasaan lagi ke dekat aku?”soal Haris Syazwan.
Adakah dia mempunyai
perasaan terhadap lelaki itu? Lelaki yang menyakitkan hatinya tanpa sebab?
Tiada sesiapa pun yang suka apabila seseorang mainkan perasaan. Begitu juga dengan Airish Humaira. Haris Syazwan pernah meluahkan perasaannya tetapi akhirnya
dia sendiri mengaku bahawa dia langsung tidak ada perasaan terhadap Airish
Humaira.
‘Aku gurau ajelah Airish. Aku mana pernah
sukakan kau. Kawan aku yang suruh aku buat macam tu. So, aku pun ikut ajelah.
Kau jangan perasan pula eh?’ – Haris Syazwan.
Sakit! Memang pantang bila ada orang mainkan
perasaan dia. “Buat apa aku nak ada perasaan dekat kau? Sikit pun tak ada. Jangan
haraplah yang aku suka kau. Takkan pernah berlaku. I’m serious.”kata Airish Humaira.
“Kau
bergurau,bukan?”
“Tak.”
***
3 comments:
owh dia rupanya yg telefon.. ahahaha XDD
amek ko, kene sebatang dekat hidung...
ahahaha..
tulah jgn main2 dgn hati perempuan sgt.. ahahaha XD
yeayy betul pun tekaan ina.. ina dah agak dah haris tu yg call.. tapi kesian airish kena main2 dengan haris T-T
yeyeyeye nak tunggu bab 5 punya ^^
best...
Post a Comment