Tiga
bulan. Empat bulan. Airish Humaira masih dengan rungutannya. Sanggup betul
Iwardatul dan Dahlia menukar tempat duduk
di belakangnya. Bukankah sepatutnya Aisy Zahrin duduk nun depan sana.
Mengapa pula dia mahu duduk di belakang? Bukan dengan Haris Syazwan tapi Aisy
Zahrin seorang saja duduk di belakangnya. Perasaan yang tidak selesa masih lagi
disimpan rapi. Tak pasal-pasal dia dimalukan lagi.
Hari
ini hari Jumaat. Tidak sabarnya untuk menunggu pulang. Pelajaran Bahasa
Ingge
ris adalah mata pelajaran bagi masa yang terakhir. Hanya tinggal 30 minit
saja sebelum loceng akhir berbunyi. Tidak sabar untuk melarikan diri daripada
Aisy Zahrin.
“So, Mummy want you all to make a group and
discuss about this novel. I want 4 or 5 groups only. So, 1 group has 5 or 6 peoples,okay?”
Semua pelajar
mengangguk. Sesi membuat kumpulan sudah pun bermula. Airish Humaira membuang
pandangan di luar sebelum dia mula berfikir tentang novel. Suka atau tidak
novel itu, Airish Humaira kena jug abaca. Tidak ada apa yang boleh difahami
selain membaca novel asal. Airish memandang ke arah Farhani. “Aku.Kau. Kita
kena cari lagi tiga atau dua orang. Mungkin enam orang sudah cukup.”
“Yep. Aku tanya orang
depan.”
Airish Humaira sekadar
mengangguk. Dia memusing ke belakang untuk mengeluarkan buku rujukan novel dan
novel di dalam begnya. Perasaan tidak selesa dengan Aisy Zahrin masih menguasai
dirinya. Kaki kerusinya ditendang oleh Aisy Zahrin. Matanya betul-betul
memandang ke arah anak mata Airish Humaira.
“Aku.. Aku nak kumpulan dengan kau
boleh tak? Aku dekat belakang ini pun lonely.
So, bolehkan kita satu group?”
“Kau takkan tak cari group dengan lelaki?”
“Aku tak suka bila aku
tanya soalan, kau balas dengan soalan. Haish, aku tanya boleh ke tidak ke kau
nak aku ugut kau lagi?”
‘Tengoklah itu. Baru
tanya sikit, nak mengugut orang. Eih, aku tak faham betullah dengan mamat
seorang ini.’ Rungut Airish Humaira dalam hati. “Kalau kau rasa kau perempuan,
kau joinlah. Aku malaslah nak layan
kau kadang-kadang. Aku tak tahu apa yang kau nak sebenarnya.Kau sebenarnya nak
apa?”
Aisy Zahrin mendiamkan
diri.
“Honey, aku join group kau
eh. Kumpulan yang aku nak join dah cukup orang.”kata Haris Syazwan.
Farhani mengangguk
sebelum sempat Airish Humaira membuka mulut. Senyuman Haris Syazwan terserlah
pada wajahnya seolah-olah dia sedang berkata ‘yes!yes! aku berjaya’ “Biarlah,Rish. Lagipun, Haris reti speaking. Kalau kau nak harapkan aku,
memang ke lautlah bahasa aku. Bukan English dah, agaknya bahasa alien dah cikgu
dengar nanti.”kata Farahani.
Airish Humaira mengeluh
panjang. “Baiklah. It’s okay.”
“Habis, aku ini
macamana?”celah Aisy Zahrin.
“Kau masuk ajelah group aku. Dah,tak payah nak banyak
bunyi dengan aku.”
Aisy Zahrin menjeling
tajam ke arah Haris Syazwan tapi Haris Syazwan membalas pandangannya dengan
muka jerk! Siapa sangka Haris Syazwan
dan Aisy Zahrin akan bergaduh. Bukan disebabkan berebut pasal perempuan. No way! Hanya kerana satu perkara yang
tak dapat diterima oleh Aisy Zahrin.Haris Syazwan ialah anak luar nikah. Cukup
dia benci lelaki itu kerana status lelaki itu. Kerana baginya, perangai Haris
Syazwan sama dengan perangai adik tirinya, Syaridatul Wardah. Nama saja sedap, perangai tak sama langsung dengan
nama!
“Kau tak selesa ke aku
masuk group? Maaflah, aku Cuma nak protect Airish aku sebelum kau
apa-apakan dia. Kan, Airish?”kata Haris Syazwan sebaik saja dia duduk di
sebelah Aisy Zahrin.
“Memang aku tak selesa
pun. Pandang muka kau pun lagilah.”
Airish Humaira dan
Farhani hanya berpandang antara satu sama lain. Tak suka nak masuk campur
dengan diaorang. Tambahan pula, Airish Humaira TERPAKSA menerima diaorang
dalam kumpulannya. Kalau bukan
disebabkan kekurangan ahli, tak pasal-pasal speaking
pun memang confirmlah melalut ke
laut.
Kalaulah dia tak perlu
balik semula ke tanah air. Kalaulah dia boleh lupakan semua orang yang dah
sakitkan hati dia. Kalaulah dia boleh putarkan masa.Sungguh kusut fikiran
Airish Humaira ditambahkan lagi dengan perdebatan antara Haris Syazwan dengan
Aisy Zahrin. Suruh masuk pertandingan berdebat,tak mahu! Dalam kelas tak
habis-habis nak berdebat. Lepas itu tidak tahu nak mengalah.
Airish Humaira
membiarkan mereka bertiga berbincang.
“Apa doh cerita Pixie ini. Aku tak faham
langsung chapter dia.”rungut Haris
Syazwan. Hampir saja dia menghentak tangannya ke meja. Farhani menggeleng. “Kau
ini pun. Kau baca pun separuh. Cuba kau baca habis,bagi faham. Ini tidak, baca
sekerat jalan aje. Agaknya kau memang suka pakai baju sekerat-sekerat. Itu yang kau baca novel itu pun, sekerat
jalan aje.”perli Farhani.
Terburai ketawa Airish
Humaira apabila mendengar kata-kata perlian Si Honey. Geli hatinya mendengar. Tidak sangka Honey reti memerli orang. Ingatkan diri dia saja yang suka memerli.
Memang Honey ikut jejak dialah.‘Memang layak sangatlah ayat itu untuk Haris
Syazwan. Baca sekerat. Entah-entah, baju pun pakai sekerat. Seluar pun sekerat
dan kalau boleh semualah sekerat.’ Kutuk Airish Humaira dalam hati.
“Amboi,Honey. Sejak
bila kau ikut jejak makcik Airish ni?”senyuman nipis Haris Syazwan jelas
kelihatan di bibir itu.
Airish Humaira mengucap
panjang. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia sumbat kasut dia yang bersaiz
empat ini dekat mulut lancing Haris Syazwan itu. Tampak sungguh senyuman nipis
milik lelaki itu seolah-olah memerli dia. Tahulah gadis itu suka memerli tapi
tiada siapa yang suka kena perli balik. Rasa tangan ini nak sepak-sepak aje
muka ‘kacak’ dia itu. Menyampah!
PERUT
AIRISH HUMAIRA sudahpun menyanyi lagu-lagu yang tidak
sedap didengar oleh orang. Mahu tak mahu, dia terpaksalah singgah ke kantin
untuk makan tengahari. Tanpa berlengah, Airish Humaira terus makan roti coklat
yang baru dibeli di kantin tadi. Kemudian, telefon bimbit bergetar di poket
kurungnya.
Jangan jawab
Panggilan itu daripada
Aisy Zahrin lalu dibiarkan saja telefon bimbit itu bergetar di atas meja. Dia
membuang pandangan ke arah bunga-bunga. Telefon bimbit itu diam. Beberapa minit
kemudian, bergetar lagi sekali. Masih daripada panggilan yang sama,Aisy Zahrin.
‘Apa lagilah lelaki itu nak dengan aku? Bukan dia kata aku ini… haih, aku
malaslah nak ulang ayat sama.’rungut Airish Humaira.
“Oh,
kau letak nama aku jangan jawab?”
Kus semangat! Lelaki ini selalu membuat kejutan
tanpa memberi sebarang amaran. Airish Humaira mendongak sedikit. Selera dia
terus hilang apabila memandang Aisy Zahrin. Menyirap darah saat memandang mata
Aisy Zahrin yang semakin mengecil. Airish Humaira memeluk tubuh.
“Suka
hati akulah. Phone aku, bukan phone kau. Apa masalahnya?” Airish
Humaira bersuara malas. Dia langsung tidak mempunyai semangat untuk bertengkar.
“Mama
papa aku bagi nama aku sedap-sedap, kau letak nama aku jangan jawab?”
Airish Humaira mencapai telefon bimbitnya dan
menukar nama Aisy Zahrin. Tidak
bersuara, hanya pergerakan saja yang menjawab soalan Aisy Zahrin. Letih. Letih
dengan bebelan Aisy Zahrin yang mengalahkan bebelan ibu dia. Dia sanggup dengar
ibu dia membebel daripada dengar AISY ZAHRIN
membebel. Bingit!
“Baguslah
kau. Macam itulah kau kena buat. Macam dungu jugakan kau?”
Airish
Humaira diam.
“Aku
tak cakap dengan meja. Jawablah.”
Airish
Humaira masih berdiam.
Sekelip mata tangan Aisy Zahrin mencapai botol milik
Airish Humaira lalu dituangkan ke atas kepala. Geram dan marah apabila melihat
Airish Humaira tidak menjawab soalannya. Inilah kali pertama dia membuli
perempuan yang berani melawan kata-kata dia. Oleh sebab itu, Aisy Zahrin tidak
habis-habis mengacau gadis itu sampailah gadis itu sendiri berkata ‘aku akan
dengar cakap kau.’ Itu tidak bermaksud berkelakuan tidak senonoh ya. Hanya
siapkan kerja sekolah,buat tugasan dia dan hanya berlaku dalam sekolah saja.
Ini jugalah pertama kali dia menuang air dekat perempuan yang bernama Airish
Humaira.Tidak cukup dengan itu, air revive
di tangan dia pun dituang sekali. Kejam.
Airish
Humaira terkejut dengan perbuatan Aisy Zahrin. “Kau –”
Dush! Satu tumbukan hebat hinggap ke muka Aisy
Zahrin. “Apa masalah kau ini,Aisy?! Apahal kau nak buli Airish? Apa salah dia
sampai kau buat dia macam tu? Kau tahu tak dia balik jalan kaki, bukannya naik
kereta. Kau ini, cubalah fikir waras sikit. Apa kau tak puas lagi kenakan dia?”
Kemudian, kolar Aisy Zahrin direntap kasar.
Aisy
Zahrin tersenyum sinis. “Sebab aku nak tahu hubungan kau dengan dia.”
“Saya
balik dulu.”kata Airish Humaira. Dia memeluk buku teks Prinsip Perakaunan rapat
ke dada lalu beredar dengan cepat.
Aisy
Zahrin tertawa kecil. “Kau memang nak sangat jadi hero dia,kan? Sampaikan dia
pun tak ucap terima kasih. Lupakan ajelah niat kau nak bersama dia. Mungkin aku
tidak tahu hubungan kau dengan dia dulu. Tapi… Itulah perkara yang menarik
minat aku. Aku tahu, tahun ini nak SPM. Jadi, aku minta maaf ya. Lepaskanlah
aku – tak payah pegang kolar aku lama-lama sebab kau rindu aku.”
Haris
Syazwan berdengus kasar lantas dia melepaskan Aisy Zahrin. Dia membiarkan Aisy
Zahrin pergi begitu saja. Haris Syazwan mengambil buku teksnya di atas meja
kemudian pandangannya tertacap pada botol air berwarna merah jambu. Sudah pasti
milik Airish Humaira mana mungkin Aisy Zahrin membawa botol air berwarna merah
jambu. Memang confirm reputasi dia
jatuh mendadak.
Dia
memegang erat botol air milik Airish Humaira. Masih lagi dia geram serta
bercampur aduk dengan rasa serba salah. ‘Macamanalah Airish balik nanti?
Okaykah dia? Kalaulah aku ikut belakang dia, mesti tak jadi macam ini.’keluh
hati Haris Syazwan. Dia mengerling sekilas ke jam tangannya lantas segera dia berlari
keluar dari sekolah.
“Kasihan,Airish.”
Haris
Syazwan berjalan keluar dari perkarangan sekolah. Botol milik Airish Humaira
dibelek-belek. Berjenama Tupperware dan tiada hiasan. ‘Kenapalah minah ini
pilih warna pink? Cubalah warna biru
ke,hitam ke, coklat ke? Ini tidak, pink jugalah
dia pilih. Dasar minah pinkish!’omel
haitnya.
Angin panas menyapa lembut ke pipi
Haris Syazwan. Masihkah lelaki ini mempunyai perasaan terhadap Airish Humaira?
Bukankah sepatutnya perasaan itu hilang? Kalaulah dia boleh putarkan masa
sebelum dia main-mainkan hati Airish. Kalaulah Danish (kawan di London) tidak kenalkan dia dengan Airish Humaira. Rasa serba salahnya pasti tidak akan
muncul!
1 comment:
tulis novel ya? kalau dah siap bolehla edit n cuba anta ke mana mana syarikat ^^
Post a Comment