Hampir
setengah jam Airish Humaira bazirkan masanya di shopping mall. Bukannya dia membeli-belah malah dia hanya duduk dan
berfikir. Kenapalah dia kena jadi watak utama dalam cerita hidup dia? Padahal
semua orang jadi watak utama dalam kehidupan diaorang. Airish Humaira
menggeleng seperti dia tidak setuju dengan kehidupannya.
Puan
Maria meletakkan kotak kek yang bersaiz kecil di atas meja. Puan Maria sudah
lama
mengenali Airish Humaira dan keluarganya. Mereka merupakan jiran semasa
mereka berada di London. Jadi, tidak hairanlah kalau Airish Humaira dilayan ‘special’ daripada pelanggan-pelanggan
yang lain.
“Makanlah kek tu. Saya belanja. Awak tu nak SPM tapi duduk dekat
sini. Lebih baik kamu belajar.”
“Baiklah.
Kejap lagi saya balik.”
Terdengar
seorang lelaki mengekek dari belakangnya.Kemudian, lelaki itu menonjolkan
dirinya di hadapan Airish Humaira. Tak ada salam, tak ada sapaan, lelaki itu
selamba saja duduk di hadapannya sambil mengambil kotak kek yang diberikan oleh
Puan Maria. Aisy Zahrin mengoyakkan bibirnya dengan senyuman manis.
“Hei,
Rish. Apa kata kalau kita ….”
“Aku
nak balik dulu. Banyak kerja aku kena buat.”kata Airish Humaira. Sengaja dia
mencelah sebelum Aisy Zahrin menyambungkan ayatnya.Walaupun dia tidak pandai
meneka ayat seterusnya tapi dia yakin ayatnya pasti berbaur ugutan atau
menyakitkan hatinya. Haih,Aisy,Aisy. Kenapalah kau pilih aku untuk jadi mangsa
baru kau?
Aisy
Zahrin cepat-cepat memijak kasut Airish Humaira.
“Sakitlah,bijak.”kata
Airish Humaira dengan tenang.
“Heh,
setenang itukah kau menahan sakit? Tak payahlah nak berpura-pura dengan aku.
Aku cuma nak ajak kau belanja aku makan, itu aje. Aku tak minta lebih pun.”kata
Aisy Zahrin.
“Nampaknya
kau suka aku,bukan?”
“Eii,perasannya.”
“Mengaku
ajelah.”
“Tak
adalah! Kalau kau tak nak makan dengan aku tak payah nak berdalih!”kata Aisy
Zahrin geram.
Airish Humaira
tersenyum. Tidak tahu nak berkata apa. Adakah benar apa yang dia cakap? Ah,
pandai juga dia mengusik Aisy Zahrin. Tengoklah tu, baru mengusik sikit Aisy
Zahrin terus pergi macam itu saja. Macam itukah nak ajak orang keluar makan?
Tumpang blah lah dia dari di situ. Bukan
ajak keluar makan tapi ajak bergaduh – berdebat ikut suka hati dia aje.
“Kau memang tak makan
lagi ke?”
Aisy Zahrin sekadar
menggeleng.
“Orang yang kaki buli macam kau, reti juga minta
simpati kan?”sindir Airish Humaira.
“Kau ingat aku ini
pengemis ke?”soal Aisy Zahrin dengan nada berbisik.
“Mana tahu kau nak jadi
pelakon macam itu. Sudahlah,aku nak balik.”
“Balik ajelah. Aku tak
hairan.Tapi sebelum itu aku nak nombor telefon kau,boleh?”
Airish Humaira menjungkitkan kening kanannya sambil
tersenyum nipis. Buang tabiat agaknya lelaki ini minta nombor telefon dia. ‘Agak-agaknya
dia mimpi apa ya malam semalam atau petang tadi? Mimpi apalah agaknya sampai
minta nombor telefon aku? Heh, gaya minta nombor telefon pun sudah lapuk. Dasar
lelaki kasanova. Bukankah hari itu dia kata aku bukan perempuan yang ‘best’?’omel
Airish Humaira dalam hati.
“Nak
buat apa?”Airish Humaira menyeluk tangannya ke dalam poket seluarnya.
“Nak
kacau kaulah.”
Baru saja Airish Humaira mengeluarkan telefon bimbit
dari poket seluarnya, lelaki itu terus merampas dengan pantas dari tangan
Airish Humaira. Kenyitan mata yang nakal beserta dengan senyuman manis menyinggah
ke mata Airish Humaira. Memang satu packagelah.
Aisy Zahrin terus berdiri dan berjalan keluar. Tangannya lincah mendail nombor
telefonnya di telefon bimbit Airish Humaira.
“Hei!
Mana boleh main ambil aje.”kata Airish
Humaira. Dia cuba mengejar Aisy Zahrin tetapi lelaki itu lebih pantas
daripadanya. Mentang-mentanglah kaki panjang.
“Nope. Ala, kejaplah. Bukannya lama pun.”
Kata Aisy Zahrin. Telefon bimbit Airish Humaira diletakkan di telinganya.
Menunggu deringan bukanlah lama sangat. Tapi kalau orang call dan tak angkat panggilan tu, memang tak layak pakai telefon
bimbit.
Airish
Humaira terjingkit-jingkit mengambil telefon bimbit di tangan Aisy Zahrin. Sengaja Aisy Zahrin mengangkat tangannya. ‘Hah,kadang
menyesal juga aku jadi pendek macam ini. Aku ingatkan Aisy ini tidaklah tinggi sangat.
Tapi, jangkaan aku salah. Nasib kaulah Airish. Pandai-pandailah kau ambil balik
handphone kau itu.’bisik hati Airish
Humaira.
“Oh,
pendek juga kau ye. Kalau nak phone ini,
ambillah. Aku tunggu ini.”
Makin
membuak-buak kemarah Airish Humaira. Dia mengetap bibir. Tarik nafas, hembus
nafas. Lelaki yang bernama Aisy Zahrin ini lebih nakal berbanding kawan-kawan
lelaki yang lain.Bukan setakat nakal, menjengkilkan pun ada! Aisy Zahrin hanya
tersenyum, menampakkan lesung pipit di pipi kiri dan kanannya. Walaupun dia ada
senyuman manis, hatinya masih menyirap kemarahan. Kalau perempuan sudah marah
memang orang yang cari pasal tu jadi mangsa.
“Bagilah
wei. Aku tak larat dah ini.”
Aisy Zahrin mengangguk kecil lalu sengaja menjelujur
kakinya ke depan. Akibatnya, Airish Humaira terjatuh. Aisy Zahrin sempat
menjeling sebelum memulangkan semula telefon bimbit Airish Humaira. “Kan bagus
kalau kau duduk diam macam itu. Nanti aku bagi juga kan? Dahlah, pergilah
balik.”
Darah
malu menyirap naik ke muka Airish Humaira. Walaupun orang tidak ramai di
tingkat atas tetapi malulah bila ada sesetengah orang melihatnya. Airish
Humaira menundukkan wajahnya lalu meninggalkan Aisy Zahrin.
“Kejam
betullah!”
Lama
gadis itu merenung ke buku latihan Matematiknya.Fikirkan sejenak tentang
perasaan dia terhadap Haris Syazwan dan perangai menjengkilkan milik Aisy
Zahrin membuatkan dia tersengih seketika. Mereka berdua layak digelar anjing dan kucing. Seorang berlagak nak
jadi hero, seorang lagi tak habis-habis nak buli orang.
Perasaan marahnya masih lagi melekat sehingga ke waktu
Isya’. Wajah Aisy Zahrin ketika melihat dia jatuh masih terbayang-bayang. Satu
keluhan kesal terbit dari mulut Airish Humaira. Geram. Marah. Sakit. Kecewa.
Apa masalah lelaki itu dengan dia? Apa yang dia mahukan? Memang tak boleh
dilupakan. Wajah dia. Mata dia.
“Aku
stres!”
Airish
Humaira meletakkan kepalanya di atas meja sambil memandang ke arah Fakhrul
Ameer. Abang dia kalau dah dapat baca komik memang katil Airish Humaira milik
lelaki itulah. Kadang, bila Airish Humaira memanggilnya langsung tidak dengar
dan buat-buat tak dengar. Beruntung sungguh mendapat abang yang berperangai
baik.
“Abang.”Airish
Humaira memanggil Fakhrul Ameer.
Tidak dilayan.
“Abang,”Kali
ini suara Airish Humaira lebih kuat sedikit berbanding sebelum itu.
Masih tidak dilayan.
“Sayang.”
“Ye,adikku
sayang. Kau nak apa?”soal Fakhrul Ameer dengan nada ala-ala manja.
“Rish
panggil abang dua kali, abang tak dengar kan? Buat-buat pekak eh? Nanti kalau
pekak betul-betul baru abang tahu.”rajuk Airish Humaira sambil memuncungkan
bibirnya.
“Hek
eleh kau. Rish nak apa?”
“Nak
tahu tak, ada seorang lelaki ini nama dia Aisy Zahrin. Dia buli Rish macam Rish
ni bibik dia tau tapi Rish tak buatlah sebab Rish bukan bibiknya. Tapi, dia tu
asyik kacau Rish je. Rimas. Lepas tu, Haris Syazwan pula, tiba-tiba saja tanya
Rish, ‘adakah Airish mempunyai perasaan terhadap Haris?’ Lebih kurang macam tu
lah. Pelik-peliklah.”Airish Humaira meluahkan perasaannya yang terpendam.
“Oh.”
Airish Humaira
ternganga kecil lalu mencampak bantal yang berada di belakangnya ke arah lelaki
itu. Itu makannya, bila orang cakap panjang lebar tapi dia boleh pula balas
sepatah saja. Siapa yang suka kalau orang balas pendek? Lainlah kalau dia tanya
soalan dan jawapannya antara ya atau tidak. Ini tidak, uih. Panas betul hati
gadis itu.
“Wei,apa ini. Rish
ganggu abang bacalah.”
“Macamana Rish tak
kacau. Rish cerita punyalah panjang tapi abang… Abang balas oh aje? Oh aje?!
Abang memang nak kenakan? Siap kau,bang.” Dia menggeletek tubuh sasa lelaki itu
tanpa surat amaran. Fakhrul Ameer yang tidak bersedia dengan geletakkan adik
kesayangannya hanya mampu meletuskan tawa yang kuat dan sedaya upaya menepis
tetapi tidak berjaya.
“Wei,gelilah. Sudahlah
wei.”Fakhrul Ameer hampir saja mengeluarkan air mata kerana digeletek. Tangan
kecil milik gadis itu ditangkap. “Fine.
Abang akan dengar cerita Airish. Lepas tu, jangan kacau abang,okay? Janji?”
Airish Humaira mengeluh
perlahan. “Abang ini kan. Baik Airish cakap dengan dinding daripada cakap
dengan abang. Macam apa aje. Bukan nak dilayan atau bagi sebarang respon tapi
menyakitkan hati. Bila kena geletek baru nak tanya. Sakit betul!”
“Fakhrul! Airish! Boleh
tak jangan bergaduh? Dah besar panjang pun nak bergaduh.”Jerit Puan Alia.
Airish Humaira
menjeling tajam ke arah Fakhrul Ameer sebelum melangkah keluar dari biliknya.
Tahu sangat abangnya mahu privacy dalam
bilik Airish Humaira. Hanya bilik dia saja dipenuhi dengan pelbagai novel dan
komik. Senang cerita bilik Airish Humaira macam perpustakaan kecil.
“Nanti dah habis baca
bagitahu.”
***
1 comment:
mesti aisy zahrin tu suka airish humaira kan? hehehe nak tunggu bab 6!! ^^
Post a Comment