Chat here,darling.

Wednesday, December 17, 2014

Novel 1437 - Bab 3

7:45pagi, loceng waktu pertama telah pun berbunyi menandakan guru masa pertama bakal tiba. Suasana di dalam kelas hingar-bingar dengan ketiadaan Cikgu Faidzah. Jangan katakan orang, batang hidung cikgu itu pun tidak kelihatan di dalam bilik guru. Kalau cikgu lambat datang sememangnya berita gembira buat murid-murid kelas 5 Anggerik. Kalau cikgu tak datang lagi meriahlah kelas itu bagaikan ‘syurga’ bagi mereka. Jadi, gunakanlah masa itu sebaik mungkin.

             Airish Humaira menghela nafas berat. Tangan sesekali menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mencari buku nota kecil di dalam meja. Airish Humaira cepat berasa bosan apabila mana-mana guru tidak masuk ke dalam kelas. Tapi, bila guru masuk, dialah orang yang paling banyak merungut dan mengeluh.

            “Ah,bosannya!”getus Airish Humaira.

Belum sempat dia melukis anime kegemarannya, sergahan seorang lelaki secara mengejut merampas buku nota kecil. Kus semangat! Nasib baiklah aku tak ada penyakit jantung. Kalau ada penyakit jantung pada usia muda ini, memang dia sudah ‘jalan’ terlebih dahulu. Memang nak kenal budak itu.

            “Woah, girlish budak baru ini. Banyak gila kau lukis. Agak-agak muka aku yang handsome ini kau boleh lukis macam anime?”

Airish Humaira mengetap bibir. Suara lelaki itu menyapa gegendang telinganya. Terbantut terus niatnya untuk melukis. Dia mendonggak ke atas memandang susuk tubuh yang sedang berdiri di sebelahnya. Dahlah tinggi, terpaksa pula kena donggak. Payah kadang-kadang jadi ‘pendek’ ini. Tinggi dia tidaklah terlalu rendah, 160 cm aje pun. Daripada terus menyerang lelaki itu, lebih baik dia diamkan diri.

Istighfar.

            “Boleh ke tak?”soal Aisy Zahrin.

Kenapalah Farhani tidak datang hari ini? Tak pasal-pasal mamat gila ini duduk sebelah aku. Aduhai! Apa yang aku nak buat sekarang ini? Nak pandang ke tak sekarang ini? Airish Humaira dalam kebinggungan. Baru kali pertama lelaki itu mengacau Airish Humaira. Buang tabiat agaknya.

            “Hei, siapa benarkan awak duduk dekat situ? Pergi buat kerjalah!”balas Airish Humaira.

            “Kau siapa nak halang aku duduk dekat mana? Your’re not my momlah wei. Oh, kerja. Aku tengah kerjalah ini. Kacau budak baru. Kerja,bukan? Oh ye tak ye, Cikgu Khairul dengan Cikgu Tarmizi ada bagi kerja sekolah,bukan? Apa kata kau buatkan kerja tu untuk aku,boleh? Lagipun, jari-jemari aku ini sakit nak buat menulis.”kata Aisy Zahrin sambil mengenyit mata.

            Airish Humaira tersenyum tersenget. Memang dia ini anggap aku bibik rupanya. Aku layan bibik aku pun tidaklah macam ini. Paling teruk aku layan pun, suruh buatkan chicken chop. Yang lain, pandai-pandailah dia. Tidak mahu berfikir panjang,dia cuba merampas buku nota kecil dari pegangan Aisy Zahrin tetapi gagal.

            “Kau nak buku nota kecil ini? Memang takkan pernah dapatlah. Ka –”

Haris Syazwan tersenyum nipis. Senyuman sinisnya membuatkan Aisy Zahrin berdengus kasar. 

“Boleh tak kau stop kacau budak baru ini? Dia ini baru aje beberapa minggu dekat sekolah ini. Kalau nak kacau dia, lebih baik kau kacau aku. Sama-sama jantina. Sama-sama kuat. Tak payah nak kacau perempuan lembik ini.”

Kus semangat! Dia panggil aku perempuan lembik. Selamba badak betul dia panggil aku perempuan lembik? Kau ingat aku ini macam sotong ke even sotong pun kalau dikacau dengan haiwan lain, dakwat hitam itu jadi senjata inikan pula dia yang tidak bersenjata. Batang penyapu dekat belakang ini pun aku boleh hempuk. Beg aku ini pun boleh jadi senjata. Terasa tercabar pula.

Aisy Zahrin ketawa terbahak-bahak dengan nada perli. Dia menepuk tangan dengan tanda berbangga. Mereka berdua langsung tidak mengendahkan murid-murid yang berada di dalam kelas. Guru-guru disiplin sudah naik bosan dengan mereka berdua. Asyik muka yang sama yang masuk bilik disiplin.

“Aku tertanyalah, kenapa kau sibuk sangat nak protect minah ini,hah? Dia ini bukan ‘best’ pun macam perempuan-perempuan lain.”

Airish Humaira tergamam. Kata-kata Aisy Zahrin seolah-olah menampar dirinya. Masa seakan-akan berhenti seketika. Tidak mampu bertindak untuk memberikan sebarang jawapan melainkan membuat tidak endah. Dia terus membuat ulangkaji dan menghiraukan mereka berdua.

“Kau tak payah nak cari pasal dengan aku. Perempuan tu budak baru. Respect sikitlah. Tak payah tunjuk perangai hodoh kau depan dia.”tegas Haris Syazwan.

“Hah, aku naik meluatlah dengan kau. Semua perempuan kau nak rembatkan? Depan perempuan kau lagak macam hero padahal kau tu hanya –”

Muhammad Adam terus berdiri di antara Haris Syazwan dengan Aisy Zahrin. Pandangan maut bertaut ke arah Haris Syazwan dan kemudian beralih ke arah AisyZahrin. “Kauorang masih lagi tak serik-serik,bukan? Orang lain sibuk ulangkaji, siapkan homework. Yang kauorang berdua sibuk bergaduh. Nak kena hantar lagi dekat bilik disiplin?”

Aisy Zahrin mencebik. Dia memang tidak suka dengan Muhammad Adam yang selalu ada saja di mana dia berada. Asal dia nak bergaduh dengan Haris Syazwan atau buli mana-mana murid, dialah hero. Kalau Muhammad Adam seperti belon, sudah lama dia meletupkan belon tu. Benci! Beberapa minit kemudian, dia memandang ke arah Airish Humaira yang sedang buat dek saja. Haih, minah ini kalau dia dapat buli tadi memang best!

Teriakan dari ketua kelas membuatkan keadaan senyap seketika. Wajah bengis milik ketua kelas itu memerhati dua lelaki di belakang Airish Humaira. “Aisy,Haris. SPM nak dekat. Kauorang tak reti nak belajar? Duduk tempat masing-masing sekarang. Semua! Nak buat bising tak payahlah macam jual ikan dekat pasar. Kelas ini bukan pasar atau dekat Jalan Tunku Abdul Rahman. Aku tahu kauorang buat hal sendiri. Volume suara tu perlahan sikit. Adam, kau sini kau. Ajar aku.”

Keadaan kelas senyap. Semua mata tertumpu ke arah Nur Danial,ketua kelas 5 Anggerik. Haris Syazwan dan Aisy Zahrin kembali ke tempat duduk mereka manakala Muhammad Adam berjalan ke arah Nur Danial. Keadaan senyap tadi bertukar menjadi riuh seperti pasar malam. Baru saja Nur Danial suruh diam tapi makin bising pula. Urusan jual-beli diteruskan. Mereka tidak menjual sayur,tapi menjual cerita sendiri yang semakin lama semakin rancak.

“Kauorang, monster Ekonomi sudah datang!”

            Derapan tapak kasut yang bertumit tinggi melangkah masuk kelas 5 Anggerik melalui pintu belakang. Airish Humaira yang khusyuk membuat soalan past year terus berdiri tegak begitu juga dengan murid-murid lain. Tadi bukan main lagi bunyi bising macam jualan harga murah sedang hangat. Bukan itu saja, suara tersebut boleh dengar sampai ke bilik guru. Sudah banyak kali pengetua suruh kelas 5 Anggerik senyap tapi tidak berjaya juga.

Bukan nasihat pengetua aje,nasihat cikgu-cikgu lain pun tak endah malah menambahkan sakit kepala mereka.

            Bila Miss Haira masuk kelas 5 Anggerik, suasana menjadi sunyi sepi. Hanya bunyi kipas dan kicauan burung saja. Betapa hebatnya aura cikgu tersebut. Lagak Miss Haira sememangnya tegas dan garang,semua murid begitu hormat padanya tapi tidak bagi Haris Syazwan dan Aisy Zahrin. Mereka tetap akan bergaduh walaupun cikgu itu garang ataupun lembut. Kadang, Miss Haira sendiri pun give up dengan perangai mereka.

Salam murid dijawab. Seorang demi seorang nama disebut untuk menanda kehadiran murid. Walaupun tugas itu sepatutnya Nur Danial yang buat, tetapi Miss Haira akan semak untuk kali kedua agar memastikan tiada sesiapa yang memonteng subjek Ekonomi Asas. Macam-macam gelaran yang diberikan oleh murid-murid lain. Antara yang terfamous, monster,raksasa, giant, KBB (kucing baru beranak).

Teruk bukan?

Jika Miss Haira dengar perkataan tersebut, mereka akan dijemur di perhimpunan sampai habis waktu dia atau jalan itik dalam kelas untuk 15 minit. Paling teruk pun, cuci jamban sekolah sampai bersih dan licin! Tapi jarang dibuat oleh Miss Haira. Sesiapa gurau tak bertempat, tunggulah denda yang tak bertempat.

Kelas dimulakan. Bab dua subjek Ekonomi Asas sudah diajar semalam. Sekarang tibalah masa untuk menguji minda murid-murid 5 Anggerik sama ada murid-murid faham atau pura-pura faham atau tak faham langsung.Sebelum kertas soalan diedarkan, seorang demi seorang murid akan disoal. Bila dah kena soal dan memang tak dapat jawab, memang kecut perutlah.  Kalau salah kena berdiri atas kerusi. Kalau lupa lagilah, tulis soalan dan jawapan itu sebanyak tiga puluh kali supaya melekat dekat otak.

Kadang soalan yang diajukan, soalan luar kotak atau KBAT. Bila dapat soalan itu memang peritlah. Tapi yang istimewanya, bila soalan ini diajukan tidak dikenakan denda tetapi kena buat presentation

Memang layaklah Miss Haira digelar guru cemerlang dan ramai calon SPM tahun lepas dapat A+.Kebiasaannya dia akan soal dengan orang yang bermula dengan huruf A tetapi sekarang terbalik. Dia mulakan sesi soal menjawab bermula dengan huruf Z. Dia tahu, orang yang bermula huruf akhir memang jarang kena soal.

Lega hati Airish Humaira.

            “Zakwan, apa maksud ekonomi?”soal Miss Haira.

            “Er.. Ekonomi ialah i…ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang tidak… eh yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.”jawab Zakwan gugup.

            Tajam sungguh pandangan Miss Haira terhadap Zakwan. Ah, nasib bertuah untuk Airish Humaira hari ini. Kalau tidak, nama dialah yang akan dipanggil mula-mula. "Duduk!"

4 comments:

cik najaa said...

nice ! pernah hantar dekat mana2 web tak? try lah hantar dekat sini http://novelmelayukreatif.com/
http://www.penulisan2u.my/
http://ilham.karangkraf.com/
. mana tahu ada feedback ke? chaiyok!

sabrinashekhahmad said...

best lahh ^^ ina ada baca bab 2 punya jugak.. yess sekarang tengah tunggu bab 4 punya ^^

MisakiPureBlood said...

mehow rasa geram dgn dua org budak laki tuh.. sorang pembuli sorang menyakitkan hati..

ahahahaha XDD

edubelaja said...

sukanya kiter.. best lah.. Try upload novel ni kat wattpad.. mesti ramai yang suka.. OMG, nanti bagitau kita tau kalau dah upload kat wattpad..hehe