Chat here,darling.

Tuesday, December 16, 2014

Novel 1437 - Bab 2

Yay, badan aku dah mula sakit! Akulah Airish Humaira yang bijak katanya, meniarap buat kerja sekolah di atas lantai. Memang syoklah bila nak duduk tu. Pergh,perit wei! Terasa lenguh satu anggota badan. Cepat-cepat dia mengemas buku sekolah,buku conteng dan segala bukulah. Bersepah-sepah buku,kertas,pen, pemadam,correction tape dan segalalah di atas lantai biliknya. Ini baru buat kerja sekolah, kalau dapat assignment ? Kalau dapat kertas projek untuk bermillion-million ? Makin bersepahlah biliknya macam kandang kambing! Kandang kambing pun bersih.
 
Ketika dia asyik mengemas buku dan perkakasnya, dia terjumpa kotak muzik di bawah katil. Apabila penutupnya dibuka akan ada seorang puteri dan seorang putera menari di atas platform yang berwarna hitam itu. Hatinya berbunga kerana kotak muzik Kristal itu ada di tangannya sambil memerhatikan dua anak patung menari berpusing.

“Bila kita sudah besar nanti, kita menari sama-sama macam ini ya.” - Haris Syazwan.

            Pada mulanya, gadis itu memang tampak gembira. Tetapi apabila kata-kata Haris Syazwan yang menerjah masuk ke dalam ruang fikirannya, dia termenung sendiri. Hatinya bercampur aduk dengan persoalan tentang ‘perasaan’.‘Cinta,cinta,cinta. Boleh jadikan aku ini bodoh sebab fikir pasal mamat tu!’rungut hatinya.

            Nak campak, sayang. Nak hentak, lagilah. Nampak sangatlah dia ini sayang sangat pada kotak muzik. Menurut Haris Syazwan, kotak muzik ini ialah hadiah yang diberikan oleh Puan Diana, ibunya. Menurutnya lagi, ini hadiah sebagai tanda persahabatan dan pertemuan kami semasa berada di London. Kelakar sungguh. Mereka ke sana sebab bercuti manakala  keluarga dia pula ke sana kerana ada hal kerja. Bukan sebulan dua tapi dua tahun. Setelah itu, barulah pulang ke Malaysia. Gilalah!

            “Airish Humaira, saya tak nak awak kena buli dengan kawan-kawan. Walaupun awak sekolah dekat sana tapi saya cuma holiday. Saya akan lindungi awak sampailah masa saya dekat sini expired.”- Haris Syazwan.

            Airish Humaira tersenyum apabila teringat kata-kata Haris Syazwan.Tidak mengapalah Airish Humaira. Ini baru saja permulaan yang kecil bukannya besar sangat pun. Kau sendiri boleh handle perkara ini,bukan? Small matter ajelah,Rish. Airish Humaira memilih untuk berdiam. Dibiarkan saja kenangan dia dan Haris Syazwan berlalu sepintas jalan.

Hanya mainan dunia.

            Airish Humaira merebahkan dirinya sementara menunggu azan Subuh berkumandang. Bangun pagi seawal pukul lima bukanlah perkara asing bagi Airish Humaira. Dia sudah dididik untuk bangun awal walaupun sebenarnya dia bukan morning person.

Telefon bimbitnya berbunyi dari tadi sehinggalah dia mahu membawa diri ke dunia realiti. Beep beep sana, beep beep sini. Kalaupun dia vibrate phone, belum tentu lagi vibrate tu silent dan memang confirmlah dia berbunyi whitsle atau kadang berbunyi harmonics. Handphone yang aku pakai inilah yang jadi peneman aku ketika aku gembira,sedih,kecewa,gemuruh dan sebagainya. Bukan nak kata aku tak boleh hidup tanpa telefon bimbit. Siapa kata aku tak boleh hidup tanpa telefon bimbit?

Setiap kali aku nak belajar, handphone ini memang tak habis-habis menggoda aku. Letaklah sejauh mana pun, tangan aku ini rasa ‘gatal’ saja nak main handphone. SPM nak dekat pun masih tidak sedar diri.  Kalaulah aku ada super power yang boleh buat aku control diri aku, kan bagus. Tapi jangan bermimpilah.

Selimut hello kitty ditarik sehingga menutupi wajahnya. Cahaya telefon bimbit menerangi keadaan dalam selimut.  Walaupun penghawa dingin sudah ditutup, udara sejuk masih menyengat tubuhnya.

2000+ Whatsapp dari 3 perbualan.
10 + messages from Kik.
1 mesej belum dibaca.

Kelakarnya.

Memang sahlah semua mesej ini daripada group. Group kelas,group anime,group sendiri dan.. satu lagi aku tidak pasti. Noti yang terpampang di skrin telefon ditekan. Matanya dikecilkan sedikit untuk mengecam nombor tersebut.

“Macam pernah nampaklah nombor ini. 012 –”

Dia menurunkan selimutnya dari tubuh lalu bersandar malas ke arah dinding. Matanya memandang sekilas ke arah jam dinding kemudian berpaling ke arah skrin  semula. Muncul lah pelbagai nama di fikiran. Kadang, nama yang tak pernah ada dalam list kawan pun disebut.

Ibu jarinya menekan mesej tersebut. Belum sempat dia membaca, nombor yang tidak dikenali itu menelefon dirinya. Terkejut dibuatnya. Angkat ke jangan, angkat ke jangan. Kalau tak angkat, nanti sampai sekolah kena marah pula sebab ada hal penting. Kalau angkat, dengan siapa pula aku bercakap?

“Hello?”sapa Airish Humaira sebaik saja menekan punat hijau di skrin.
“Hello. Masih kenal saya?”soal lelaki itu di hujung talian.
“Awak siapa?”
“Cubalah teka.”
“Tak ada masa saya nak teka siapa awak. Cepatlah bagitahu, siapa ini. Kejap lagi nak azan.” Kata Airish Humaira dengan nada geram.

“Ala,awak rasa saya siapa?”

‘Kau ini kan. Sudahlah bengong! Aku tanya elok-elok , dia main-main pula. Eii, mamat ini kalau aku jumpa, aku sepak atau pijak kaki dia. Sakitnya hati aku.’hati Airish Humaira merungut geram. “Tak payah main-main boleh tak? Dahlah. Cakap dengan alien memang macam ini. Tak reti nak jawab soalan. Bye.”

Airish Humaira memilih untuk mematikan  panggilan tersebut. Kalau makin dilayan, makin  merepek mamat tu nanti. Memang membuak-buak amarahnya nanti. Jadi, pagi-pagi yang indah ini, dia kenalah sentiasa cool walaupun semalam Aisy Zahrin merosakkan ceritanya!

***
Seusai saja membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh, Airish Humaira sibuk membetulkan  tudungnya. Sudah beberapa kali dia meniup-niup ke atas tetapi masih tidak terbentuk. Geram dibuatnya lalu dia mengambil keputusan untuk mengabaikan saja personalitinya. Dia mencapai begnya lalu menutup lampu bilik.

            Satu per satu Airish Humaira  menuruni anak tangga. Keluhan dilepaskan. Perasaan itu harus dia buang sejauh yang mungkin. Apa yang penting sekarang ini – dia kena berfikiran positif dan ceria.

Sebaik saja tiba di anak tangga keempat terakhir, dia terus melompat sambil membuat gaya Superman! Abangnya,Fakhrul Ameer yang melihat adik perempuannya melompat seperti Superman sudahpun membuntangkan matanya. Tangannya mengusap-usap di dada dek terkejut dengan perangai pelik adik perempuannya hari ini. “Airish!”

Airish Humaira tersenyum dan memeluk Fakhrul Ameer dengan selamba. Kucupan hangat di pipi abangnya disapa lembut. “Good morning,abangku sayang.”

Fakhrul Ameer ternganga. Baginya, perubahan yang terlalu ketara terhadap adiknya sangat menakutkan. Mana pernah adiknya memeluk dirinya melainkan kalau dia sendiri memberi hadiah atau barang yang gadis itu mahukan. Ini adalah satu mimpi ngeri bagi lelaki itu.

Airish Humaira kemudian berlari ke dapur mengambil sebiji buah epal merah. Setiap pagi, ibunya akan membasuh buah epal merah kerana dia tahu, anak bongsunya sukakannya. Selepas membaca bismillah, dia terus mengigit buah epal perlahan-lahan.

Ayahnya, Encik Johari terkebil-kebil melihat ‘puteri’ kesayangannya. “Ya Allah, Airish. Bertuah punya budak. Makan gelojoh macam budak-budak. Ini anak dara siapa pula ini? Uih, terkejut ayah tengok perangai kamu hari ini. Mari sini, minum air. Siapalah yang kahwin dengan anak dara berperangai macam ini.”kata Dato’ Johari. Dia menuangkan air kosong ke dalam gelas.

Airish Humaira tersenyum lalu mencapai gelas yang dituangkan air oleh Dato’ Johari. Gulp!Gulp!Gulp! “Uih, kalau bab-bab kahwin ini,yah. Kalau lelaki itu sanggup dengan gaya lompatan Superman Rish tadi, Rish terima. Now, Airish rasa segar dan bersemangat.”

Airish Humaira terus bersalam dengan ibu,ayahnya. Fakhrul Ameer yang berdiri seperti tunggul, menunggu gilirannya. “Aw, abang besar adik. Meh,peluk sikit.”kata Airish Humaira sambil mendepakan tangannya. Fakhrul Ameer tersengih seperti kerang busuk lalu memeluk adiknya.

            Dato’ Johari merenung wajah anak perempuannya. “Airish, ada sesuatu berlaku pada kamu ke? Pelik sangat ayah tengok kamu macam ini. Tiba-tiba saja bersemangat macam nak marathon. Sakit ke sayang? Kita pergi klinik ya, takut-takut kamu demam panas. Itu yang perangai yang entah apa-apa jadi dekat kamu.”

            Airish menggeleng laju. “Mana ada,yah. Rish sihat. Tengok tangan Rish. Ada muscle macam John Cena tapi kecil ajelah tak besar. Rish okay aje cuma hari ini tiba-tiba aje ada semangat nak pergi ke sekolah. Takkan nak tengok puteri kesayangan ayah ibu masam mencuka macam raksasa,bukan?”

            Ibunya hanya menggeleng kepala dengan ayat yang diujarkan oleh puterinya. “Waduh-waduh. Rish ini kan. Ayah kamu cakap beberapa patah aje, yang kamu jawab melebih-lebih kenapa? Membebel mengalah ibu.”

Dato’ Johari tertawa kecil. “Dia membebel ikut kamu juga. Dari pagi sampai malam,mana nak berhenti membebel. Sampai nak tidur pun, ada aje cerita yang awak nak cerita.” Isterinya mencubit lengan suaminya. Kurang asam betul.

“Mhm, okay cukup. Airish nak pergi sekolah dululah. Dah lewat dah ini. I love you all.”balas Airish Humaira. Dia melambai tangan ke arah keluarganya seperti lagak gaya ‘diva’. Duh, gedik pula dia hari ini.

“Hati-hati.”
*****

4 comments:

sabrinashekhahmad said...

best lah cerita ni.. tapi tertanya-tanya siapa yg call airish.. tah2.... haris syazwan?

Zen said...

@Sabrina SAHohoho, rasa-rasanya XD

MisakiPureBlood said...

wohoa cita nih dah meanrik start dari yg awal XDD

macam tau2 je sape yg telefon dia ahahaha XDD

Misaki rasa org laki yg suruh dia kutip kunci loker tuh ahahahaha XDD

Hanachie said...

awesome! story!
makcik sihat?