My hubby My teacher - BAB 3
Farisha menguntum senyuman hambar buat si ibu. Tangan wanita itu dicapai lalu digenggam dengan penuh rasa kasih sayang. Kasihan ibu. Macam-macam dia buat untuk aku. Buat itu, buat ini. Tapi takkan lah aku tak mampu nak penuhkan permintaan dia. Tapi permintaan dia sungguh berat.
"Ibu. Ibu serious ke nak Isha kahwin dengan cikgu tu?"soal Farisha. Dia melepaskan keluhan yang berat. Berbuat suatu keputusan bukanlah suatu perkara yang senang. Mana tidaknya, kena berfikir dulu. Pilih yang mana betul dan salah. Kena teliti. Hish, macam jawab soalan periksa.
"Ya sayang. Mana ada keluarga yang nak anaknya kahwin dengan anak orang main-main. Gila ke apa?"Wanita itu mengeluh perlahan.
Syukri muncul di depan bilik Farisha lalu melangkah masuk. "Jangan stres sangat adik. Kahwin ni best. Percayalah. Cuma.."
"Cuma?"
"Tanggungjawab tu berat."
Farisha diam.
Mata Farisha dan Puan Hajah Izati bertaut dan jelas mukanya menunjukkan reaksi resah. "Isha. Nanti bila ibu ayah dah tak ada nanti. Siapa nak jaga Isha kalau bukan suami Isha?"celah Encik Haji Faizal.
"Ish, ayah ni. Jangan cakap macam tu, boleh tak?"kata Farisha.Suaranya sedikit tinggi.
"Jadi, ayah nak Isha kahwin dengan cikgu tu. Tunaikan permintaan kami."rayu Encik Haji Faizal.
Farisha memejam matanya sambil menarik nafas. Hembus nafas. Matanya dibuka. Dengan senyuman kelat yang diukir di bibir, dia menganggukkan kepala.
"Haa,kan senang kalau adik setuju. Tak payah nak fikir dua tiga kali."kata Syukri sambil menepuk-nepuk bahu adiknya. Hatinya sangat gembira tatkala adiknya menganggukkan kepala sebagai tanda setuju. Bukan dia saja yang gembira malah ibu dan ayahnya juga gembira.
HAKIMI tersenyum kecil. Pen dijarinya dipusing-pusingkan. Fikirannya sudah terbayang wajah Farisha yang manis. Senyuman dan matanya. Rasa debaran di hati semakin kencang. "Bro."
Hakimi memaling ke arah suara itu. Faris. Sahabatnya dari kecil sehinggalah kini. Dialah yang selalu menolong Hakimi tika dia memerlukannya. "Amacam dengan bakal isteri kau? Cun?"
"Uih, kau ni pun. Ada pula ke situ."
"Mana tidaknya. Muka kau berseri aje aku nampak."
Mereka berdua tergelak. "Kau janganlah cemburu. Tapi masalahnya, bakal isteri aku tu muda sangat. Kau tahu tak?" Membutang mata Faris. Isteri muda? Woh, bertuah sungguh si Hakimi ini. Dia menepuk bahu Hakimi.
"Okaylah tu,Mi. Apahal kau nak risau?"
"Yelah. Takut nanti, muka aku berkedut dia tak nak dah dengan aku."
"Apa kau susah. Kau pakailah fair n lovely. Terus tak kedut."
"Lawak hambarlah kau buat. Muka macam aku ini, tak reti berfesyen. Kau sendiri tahu kan budak lelaki zaman sekarang. Stylo gila. Aku ini apa aje yang ada?"
Faris tertawa terkekek-kekek. Memang tak boleh nak berlawan kata dengan Hakimi. Tidak sah kalau sehari dia tidak merepek. "Hek eleh, hadiah kemain banyak dapat, kau kata kau tak handsome?"
"Whatever"
"Hello,Hakimi and Faris. What are you doing huh?"teguran tanpa salam itu membuatkan Hakimi terkejut. Hilang terus bayangan muka Farisha. Ish, kacau daun!
"Salam kau mana?"tegur Faris
"Assalamualaikum,Hakimi dan Faris"
"Waalaikummusalam. Hah,kau nak apa?"
"Haih, kau buat apa dekat sini? Sekejap lagi kan ada mesyuarat. Tak reti nak bergerak ke? Berat punggung dah?"
Hakimi merengus perlahan. Bila mulut Suria sudah bising, mulutnya langsung tidak tahu nak berhenti. Asyik berleter dan berleter dan terus berleter. Sakit juga telinga dia mendengar. Melainkan kalau suara Suria itu merdu, bolehlah dia tahan tapi ...
"Apa lagi yang kau tunggu tu,Mi? Pergilah mesyuarat! Degil betul dia ini. Macam manalah isteri kau nanti nak melayan kau."
"Amboi, Suria. Jangan nak melebih. Tahulah aku nak bergerak."kata Hakimi lalu mengambil briefcase dan meninggalkan Suria.
BAB 2
BAB 4
1 comment:
wohoaaaa XDD can't wait for next chapter?
anyway tidak saha should be tidak sah.. :D
typo sikit:D
Post a Comment