Chat here,darling.

Wednesday, May 28, 2014

My hubby My teacher BAB 4

BOSAN dan bosan. Wajah Farisha menunjukkan reaksi muka yang muram dan dia sengaja bernyanyi-nyanyi untuk menghilangkan rasa 'bosan'. Televisyen yang tadi bercahaya, kini gelap gelita. Tiada siaran yang menarik untuk ditontoni Farisha. Dia mengerling ke arah jam dinding. Pukul 6 petang? Mana ibu ayah ni? Dating berdua ke?

Deringan telefon bimbit memecahkan suasana sunyi. Nama 'Ibu' terpampang di skrin dan pantas dia menjawab panggilan tersebut. "Ya, bu. Nak ajak Isha keluar ke?"

"Bertuah punya budak.Salam mana? Main serbu aje. Nasib baik ibu tak ada serangan jantung. Kalau ada, dah lama ibu 'jalan' dulu. Ni hah ibu ada benda nak beritahu......"Puan Hajah Izati tertawa kecil.
Senyuman terukir di bibir gadis itu. Yes! Yes! Ibu ada suprise untuk aku! "Oh,apa dia ibu?

"Hah, tolong masakkan nasi goreng kampung untuk enam orang. Boleh?"

Hah? Masak? Lawak apa ibu aku ini buat? Aku masak memang hanguslah. Memang tak jadi nasi, jadi arang batu adalah. Orang masak nasi goreng kampung cerah. Aku masak nasi goreng, gelap. Macam terlebih kicap. Bila makan nanti semua cari jamban bukan puji masakan aku. Uih, teruk ni. "Eh, ibu.... Isha..."

"Please Isha. Keluarga Hakimi nak datang malam ni. Tolong ya. Kejap lagi ibu balik."

"Tapi ibu...." Belum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya, Puan Hajah Izati terus mematikan talian.
Farisha mengerling sekilas, menatap jam tangannya. Sudah pukul enam sepuluh petang. Dia melihat senarai resepi bahan yang ditulis. Cara masakannya disertakan sekali. Dia mengambill getah rambut lalu diikat dengan kemas. Apron dicapai lalu memakainya. OK semua dah perfect. Apron ada, bahan ... Ergh!

'First,nak buat apa?' dia bersoal jawab bersama dirinya. Dia ini bukanlah expert sangat. Lagipun, dia tahu menolong ibunya memasak saja. Nak harapkan dia masak? Sampai esok pagi belum tentu muncul nasi goreng kampung tu.

Kuali dikeluarkan. Hmm, kalau tak sedap nanti macam mana? Farisha mengetap bibir. "Ish, baik aku mulakan dulu. Kalau tidak nanti lambat siap."

Buku masakkan dibelek-belek.Sehelai demi sehelai dia kertas diselak. "Nampak macam senang, tapi bila masak jadi lain pula."

Laptopnya dibuka. Jarinya lincah mencari maklumat untuk bahan masakkan. Uih, kalau bukan kerana memasak, jangan haraplah dia nak mencari resepi semua ini. "Okay dah jumpa, sekarang nak masak pula."

Selepas 30 minit..

"Oh mak kau meletop."Farisha melatah.

Farisha mengambil tudung periuk untuk melindungi dirinya daripada terkena percikkan minyak panas. "Woh,bahayanya memasak." Dia meletakkan tudung periuk di atas meja lalu meletakkan ramuan yang lain. Dia tersenyum seorang diri. Tidak pernah dia masak tanpa bantuan orang lain. Dia masak sendiri okay. SENDIRI fullstop.

Phew, dah siap pun.

Semuanya dah siap; dibiarkan di atas dapur dulu. Bila diaorang sampai baru letak dekat mangkuk. Hm, mangkuk besar? Whatever or maybe lebih baik diaorang ambil sendiri. Dia tertawa sendiri. Gadis itu terus membawa laptop ke ruang tamu. Berfacebook,twitter,instagram, ah, banyak sangat nak kena check ni.
Matanya memandang ke arah jam dinding. Pukul 7:15 dah? Mak aih. Cepatnya masa berjalan. Manalah diaorang pergi ini. Suka tinggalkan dia seorang diri. Dia merengus kasar.
BAB 3

3 comments:

Dalila Samsudin said...

lol comel je kena masak kekekeke. Alah cemburunya tgok awak pandai buat cover buku novel ni. Rasa mcm nak suruh buatkan untuk Aku Bukan Stalker je lol xD

Zen said...

@Dalila SamsudinAlalala xD Usah cemburu :P Nak saya buatkan ?

MisakiPureBlood said...

kelakar ahaha XDD

agak2 sedap dak lauk dia? ahahaha

like me, kalau masak sarung tangan oven mesti ada kat tangan :D baju lengan panjang :3
tambah2 kalau ikan pommmm dgn telur :D ahaha