Haris melangkah masuk ke kelab malam. Memang itu tabiatnya bila terlampau tertekan. Ramai gadis yang cuba mendekatinya tetapi dia buat-buat tak nampak. Dia melabuhkan punggungnya di sofa yang sedikit empuk. Mendengar alunan lagu yang dimainkan.
"Hai,Haris." sapa seorang gadis. Haris memandangnya dengan penuh rasa malas.
"You nampak macam stress. Nak I picitkan bahu you tak?" Haris membisu.
"Haris.... I.....sukakan you" Gadis tersebut membetulkan kolar Haris.
Haris terus menepis tangan gadis itu. Direnung tajam pada wajah gadis. "O...okay. I pergi dulu."
Haris mengeluh perlahan. Dia datang ke situ hanya mahu melayan perasaan dan mendengar lagu yang rancak. Itulah niatnya. Berharap agar dapat bertemu kawannya. Malangnya, kawan-kawannya sedang berseronok dengan perempuan. Haris tersengih.
Dia menoleh ke arah kanan. Dia teringat dengan kenangan pahit yang berlaku pada dirinya. Melepaskan Airish bukanlah dia yang mahu. Haris mengeluh lagi. Kali pertama, Rafiq Zikri memujuk Airish dan tak sangka mereka sudah menjadi suami isteri yang sah.
"Sir." sapa seorang gadis. Haris melirik matanya. "Kau nak apa?"
" You nak air ke? I ada bawakan." Gadis itu melemparkan senyuman. Haris tersenyum sinis. "Kau minumlah. Aku tak nak. Kau jangan kacau aku!" Haris cuba melelapkan mata.
"Erin, tunggulah I." Haris terus membuka mata. Suara lelaki itu seperti pernah didengari. 'Siapa?'
"Sayang,cepatlah. I penatlah berdiri." Suara Erin sedikit manja.Haris menoleh ke belakang. Rafiq Zikri tersenyum melihat Haris lalu menepuk bahu Haris. "Masih lagi dengan tabiat lama ye,Haris."sindir Rafiq Zikri.
'Kau pun sama saja. Nak menegur aku pula.' rungut hati kecil Haris. "Ala,aku tak selalu datang sini. Bila aku bosan saja aku datang." Haris tersenyum. "You datang seorang?"tanya Erin dengan hairan. Biasanya keliling pinggang Haris dipenuhi dengan gadis yang muda. Haris mengangguk.
"Kau dengan Erin? Kekasih hati ke,Rafiq?" Rafiq Zikri tersengih lalu memandang Erin. "Ya. Cantikkan,Erin?"
Haris menjeling ke arah Erin. "Kauorang pergilah menari. Aku nak layan perasaan." Rafiq Zikri menjentik telinga Haris. 'Aduh!'
"Sejak bila kau reti layan perasaan?" Rafiq Zikri tertawa kecil. 'Sejak kau khawin dengan Airish!' jawab hati kecil Haris. "Entahlah. Sejak ayam aku mati. Langgar kereta."
Haris melemparkan senyuman. Tertawa Rafiq Zikri dan Erin. "Cepat sembuh ya." Erin menepuk bahu Haris.
No comments:
Post a Comment