Chat here,darling.

Tuesday, May 27, 2014

Novel : Peluang - BAB 33


TEPAT pukul 1:00 petang, Haris mengetuk pintu Airish. "Masuk!" 
  "Wait a minute. I nak kemas meja I." Airish mengemas kertas yang berselerak di atas meja. "Can I help you?" tanya Haris. Pantas kepala Airish digeleng. Takut bila Haris kemas kertas kerjanya ada yang hilang.
Apabila Airish selesai mengemaskan mejanya. Dia terus mencapai tas tangannya lalu mengajak Haris keluar bersama. Pintu ditutup perlahan. "Amboi,Airish. Your boyfriend ke?" sakat Ilyana. Airish tertawa. "Kawan lama." Airish tersenyum.
Haris turut melemparkan senyuman kepada Ilyana. Harap sangat dia ada peluang untuk bersama dengan Airish semula.

HARIS membukakan pintu kereta untuk Airish."Masuklah." Pelawanya sambil tersenyum meleret memandang Airish.
  Airish masuk.
"Hari ini, I nak bawa you ke restauran yang eksklusif tau. Istimewa sangat. Khas untuk you." jelas Haris bila kerata mula bergerak meninggalkan bangunan Company Fantasy Blue. Wajah Airish dijeling sekilas.
  Airish tersenyum manis sekadar mahu menyedapkan hati Haris. Lagipun, dia sudah lama tidak bersua dengan kawan baiknya. Kawan baik bertukar menjadi pasangan kekasih dan kemudian kembali menjadi 'strangers' dan kemudian dia berkawan semula dengan Haris.
"Airish bahagia ke dengan Rafiq Zikri?"
 Airish membisu. "Kenapa nak tahu?" Lagipun,Airish semakin bersangka buruk terhadap suaminya sejak kejadian Erin memeluk Rafiq Zikri. Depan mata. Sah lagi terbukti! Mereka memang ada hubungan.
"Tak tahu." Haris mengeluh perlahan. "Airish, Haris sentiasa ada untuk Airish. Haris tak akan tinggalkan Airish selagi Airish tidak bahagia."
Liur menelan. Airish semakin gementar. Jangan kata Haris masih lagi berharap padanya. "Jangan tabur janji,Haris. Airish tak suka." Tegas Airish. Dia teringat kembali, sewaktu Haris melempahkan segala janji manisnya kepada Airish.
Kereta Haris sudah tiba ke destinasi. Keluar saja Haris dari kereta, ramai gadis memandang ke arahnya dengan penuh minat. Kemudian mereka memandang ke arah Airish yang masih di dalam kereta. Haris tersengih lalu membuka pintu untuk Airish. "Terima kasih."
  Mereka melangkahkan kaki ke dalam restauran Flora Café Central, Airish terpegun. Amat cantik hiasan dalamannya. Nyaman dengan penghawa dingin. Dinding dihiasi dengan pelbagai corakkan bunga. Cantik! Inilah kali pertama dia menjejakkan kakinya ke restauran yang penuh dihiasi dengan bunga.
   "How?"tanya Haris apabila melihat Airish terpengun dengan mata yang tidak berkedip. "Cantik." Airish tersenyum. Matanya hampir saja tertutup.
"I know. Lagipun,you memang sukakan bunga." Wajah Airish ditatapnya tanpa jemu. Melihat kecantikkan pada wajah Airish. Walaupun dia tahu ramai lagi gadis yang cantik di dalam restauran itu. Entah kenapa hati dia begitu tertarik dengan Airish. Hanya Airish.
  " Ada masalah ke?"tanya Airish dengan hairan. Haris terus mengalihkan pandangan ke arah lain.Muka Haris bertukar merah. Merah padam. Disergah oleh Airish membuatkan dia malu. Tertawa kecil Airish melihat Haris. Sudah lama dia tidak melihat wajah merah padam Haris. Comel.
  "You cantik." Airish membuang pandangannya di sekeliling. "Perli?" Haris menggelengkan kepalanya.
 "Agak-agak, Rafiq Zikri ada tak puji you?" Airish memandang ke arah Haris. Ada ke Rafiq Zikri memujinya? Airish hanya menjungkit bahunya. Tidak ingat.
"Airish kalau you ada masalah. I sudi mendengar." Haris seolah-olah nampak pada wajah Airish yang serabut. Airish mengeluh sebelum melemparkan senyuman.
     "Hi,Haris. We meet again." Kedengaran suara lelaki datangnya dari belakang Airish. "Kita jumpa Haris lagi." Kali ini suara perempuan pula. Airish menundukkan kepalanya.
   "Dengan Erin lagi? Amboi. Sweet." Haris berjabat tangan dengan lelaki itu. "Sebab tu dia sayangkan I."kata Erin. Lelaki itu cuba mengecam wajah gadis yang sedang menundukkan kepala.
    "Your new girlfriend?"tanya lelaki itu. "No.Your wife. Saja ajak dia keluar sebab dia tak makan tadi. Tak apa kan?" Haris melemparkan senyuman. Airish terus memandang ke arah Rafiq Zikri yang sedang memimpin tangan Erin. "Airish?"
Hati Airish semakin terluka. "I have to go now."

3 comments:

AnnaJumahali said...

arggg can't wait episode seterusnya...

^___^

MisakiPureBlood said...

erghhhh..

de fish? oopps tak aksar sgt kan? ahaha

geram nih TT^TT

next chapter :D can't wait hehe

Unknown said...

best nak lagi lama juga tunggu.