Chat here,darling.

Monday, December 29, 2014

Novel 1437 - BAB 8

HARIS SYAZWAN P.O.V.
[FLASHBACK]
MPH, kedai buku.
Itulah nama kedai buku  yang sedang aku dan kawan-kawanku sedang mencari buku rujukan,komik dan novel yang menarik. Nama pun kedai buku, mestilah berlambak-lambak  buku yang ada dekat sini. Fiksyen,bukan fiksyen,sejarah, dan banyaklah. Kalau nak disenaraikan satu per satu alamatnya memang sampai esok pun belum tentu habis. Nasib baiklah datang awal, kalau tidak, kedai ini sudah padat dengan orang ramai.
"Memandang musim Krimas nak tiba dan kau pula masih tiada girlfriend. Apa kata kita cari girlfriend untuk kau?" Danish mencadangkan satu idea kepada Haris Syazwan.
Haris Syazwan mengusap-usap dagu runcingnya sambil memandang ke arah Danish dan Michael. Michael mengangguk seolah-olah setuju dengan pendapat Danish. Haris Syazwan mempunyai rambut yang berwarna coklat keperengan,mata hitam menyala dan bibir merah merkah. Sudah pasti ramai wanita yang terpikat dengan wajahnya.
“I agree with Danish.Besides, I saw a beautiful lady that always come here.”
“Seriously?”soal Haris Syazwan. “Michael, aku tak rasalah aku boleh pikat dia. Lagipun aku dah malaslah nak main game ini sebab aku tahu, aku akan berjaya. Aku ada styler aku untuk mengurat perempuan.Lainlah kauorang, baru tegur perempuan sikit, bersinar-sinar mata diaorang.”sambungnya lagi.
“Hah,tu perempuannya! Pergilah mengurat. Kalau kau menang aku bagi kau novel-novel yang kau nak.”
Haris Syazwan menjeling tajam. “Kau fikir aku ini kaki novel macam engkau? Setakat perempuan macam tu, kacanglah wei.”
“Apa lagi yang kau tunggu. Pergilah mengurat!”
Di situlah bermulanya, Haris Syazwan dan Airish Humaira berkenalan secara tidak sengaja. Disebabkan oleh kawan-kawan Haris Syazwan yang nakal, dia menyahut cabaran untuk mengurat Airish Humaira tetapi di akhir cerita, Airish Humaira terluka dan terus berangkat ke London bersama keluarganya. “Maafkan aku,Airish.”
“BIK,MANA BOTOL AIR SAYA!?”soal Airish Humaira dengan jeritan kecil.
     
      Airish Humaira mengerut dahinya. Habis bersepah buku-buku di atas katil. Airish Humaira cuba mengingati semula di mana botol itu diletak.Ah! Jangan kata yang aku tertinggal botol dekat kantin. Aduh. Desis hatinya. Gadis itu melabuhkan punggungnya di atas katil. Apabila daun pintu di buka, Airish Humaira memeluk tubuh. Renunangan tajam  dilirikkan kepada Makcik Munirah yang sedang berdiri tegak. Betul-betul tegak seperti askar yang sedang menghadap depan komander.

            “Bibik, baik bibik bagitahu. Dekat mana bibik letak botol air saya? Bibik sorok eh? Bibik buang? Jawab-jawab. Atau, bibik selongkar beg saya lepas itu bibik buat harta sendiri.”Airish Humaira tuduh melulu kepada makcik Munirah.
        
    “Aik. Cik Airish letak di mana? Sentuh beg cik Airish pun makcik tak buat. Jangan tuduh melulu.”ujar makcik Munirah dengan tenang.
         
   Airish Humaira menepuk-nepuk dahinya. “Haish, ini mesti saya tertinggal dekat kantin. Aduh! Ibu mesti marah.” Dia merangkak ke katil kemudian melompat-lompat di atas katil. “Macamana saya boleh tertinggal botol. Ah,bodohnya. Benda kecil tak boleh handle. Kenapa? Kenapa?”
          
  “Ehh, Rish.. Roboh nanti katil tu. Turun-turun.”kata makcik Munirah cemas. Dia mengurut-urut dadanya kerana terkejut melihat anak dara melompat-lompat di atas katil. Bukannya budak kecil tapi budak besar pula itu. Belum pernah dia melihat anak dara melompat seperti ini. Nasib sajalah dia ini anak orang. Kalau Airish Humaira itu anak dia, kaki gadis itu sudah lama dicubit-cubit.

            “Ala. Bibik join lah juga. Takkan roboh punyalah.”usik Airish Humaira.
            “Bertuah punya budak. Suka hati kamulah. Bibik dah siap masak tu. Pandai-pandailah ye.”

Airish Humaira tersengih seperti kerang busuk. Makcik Munirah melangkah keluar dari bilik Airish Humaira. Perangai bibiknya lebih kurang saja dengan perangai ibunya. Cuma bezanya antara diaorang berdua ialah ibu lebih garang daripada bibik. Jadi, tidak hairanlah kalau dia buat perangai pelik depan bibiknya kerana telinga tidak dipulas. Kalau ibu nampak ini, sudah lama telinga atau lengan jadi warna merah. Garang.

            Telefon Airish Humaira berdering-dering diminta untuk diangkat. Siapa pula yang telefon petang-petang macam ini? Tidakkah mereka tahu yang dia sedang menikmati masanya dengan penuh kemalasan? Selalu saja orang potong stim bila dia berehat sakan. Tak bagi dia rehat langsung.

            Aisy Zahrin is calling...

            Lagi-lagi mamat ini. Lagi-lagi nombor yang sama. Lagi-lagi nak cari pasal. Apa lagilah budak bertuah ini mahukan? Erkk… Lelaki ini memang tak serik-serik kacau dia. Agaknya memang syok sangat lelaki ini mengacau Airish Humaira. Tapi kalau Aisy Zahrin syok-syok kacau dia pun tak bermakna dia nak Aisy Zahrin kacau dia lagi dan lagi. Kalau boleh dia nak jauhkan diri daripada lelaki yang bernama Aisy Zahrin.

            “Assalamualaikum. Hello?”
            “Waalaikummusalam. Kau free petang ini?”soal Aisy Zahrin di hujung talian.
            “Tak. Kenapa?”
                “Aku tanya. Jawablah betul-betul. Kau free ke tak?”
            “Ehh,budak ini kang. Aku sepak juga nanti. Aku kata, tidak maknanya tidaklah.”
            “Serius? Kau duduk mana eh?”
            “Mestilah dekat rumah. Rumah itu ada dekat atas tanah. Dah cukup detail,bukan?”Airish Humaira mula menjadi seorang lawyer. Lawyer buruk.
            “Tak kelakarlah wei.”
            “Aku tidak suruh kau gelak pun.”

            Padan muka,Aisy Zahrin! Hah, memang patut kau kena dengan sindiran aku.  Tak semerna-merna muka dia berkerut. Merah padam. Atau mungkin dia mengetap bibir menahan geram. Haha, memang padan dengan muka kau,wei. Memang aku tidak sabar-sabar nak tengok muka kau yang macam itu. Kehilangan kacak pada wajahnya.

            “Kau ini kan…. Ish!” Terus lelaki itu menamatkan panggilan.

Pelangi yang keluar sebaik saja hujan reda. Penuh dengan pelbagai warna yang terdiri daripada merah,jingga,kuning,hijau,biru,indigo dan ungu. Memang sudah lama aku tunggukan saat-saat memerli Aisy Zahrin tanpa bersemuka. Kalau bersemuka dengan dia dekat sekolah,sah-sah muka aku tebal dek dimalukan.

Tapi dalam pada itu, hati ini ada jugalah terbit serba salah. Tapi apa salahnya kalau dia usik Aisy Zahrin,bukan? Bagaiman kalau dia kenakan aku dekat sekolah nanti? Ah,biarkan sajalah. Disebabkan mood aku ini agak baik jadi tak salah kalau aku sakat dia. Hipotesis diterima. Orang tua kata jangan benci sangat nanti tak pasal-pasal kita sayang dia. Eh,tak kuasa aku nak sayang dia. Jangan doakan aku dengan dia menjadi pasangan. ◉◞◟◉‵) 

            Beep-beep.

            “One message from Aisy Zahrin. Again?”
Airish Humaira menekan ‘read’ pada skrin telefonnya.

            From:Aisy Zahrin
            Airish, betul-betul lah. Kau free ke tidak?

Airish Humaira tersengih macam kerang busuk. ‘Kasihan sungguh si Aisy ini. Adakah dia nak merayu-rayu dekat aku semata-mata ajak keluar? Memang buang tabiat agaknya. Maaflah,Aisy. Jawapan aku tetap dengan tidak.’bisik hati Airish Humaira.


Anime Review - Tamako Market


Sinopsis pendek.
Cerita ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Tamako dan burung gendut yang Dera. Dera pergi ke suatu tempat iaitu Usagiyama dengan tujuan mencari calon isteri untuk anak putera raja yang duduk di selatan.
Kemudian Dera bertemu dengan Tamako. Keluarga Tamako pembuat mochi dan juga kawan Tamako sewaktu masih kecil Mochizou (dia dari dulu suka Tamako tapi tak dapat nak luahkan) serta kawan-kawan Tamako. Pada hari jadi Tamako, Mochizou berazam yang dia akan bagi hadiah dekat Tamako tapi dia sendiri terlupa :3 
Kalau cerita panjang-panjang tak syoklah. Apa kata tengok sendiri ;)

GENRE
Comedy, slice of life.

EPISODE
12 Episodes.

RATED BY ME 
4.9/5

Pendapat saya:
Oh my gosh, cerita dia best sangat-sangat. Sweet. Kelakar. I wish Mochizou luahkan perasaan :3 Tapi masih tak puas hati sebab part tu diaorang buat movie "Tamako Love Story" :(  Anime dia sungguh comel sama macam K-ON :D Cerita yang paling menarik perhatian saya ^^

Trailer 

Trailer movie


Movie promo 3 minutes


Part paling sweet :3
Tukang mengacau :P


Tamako
Mochizou

Link for this anime:

Ja ,mata ne!

Saturday, December 27, 2014

Anime Review - Psycho Pass

Sinopsis pendek:
Plot ini memberi tumpuan kepada Akane Tsunemori, seorang Inspektor baru Unit Satu-satu unit polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Biro Keselamatan Awam. 
Siri ini berlaku pada masa akan datang,apabila ia mungkin mengukur keadaan minda seseorang mahupun keperibadiaan secara tidak langsung. Segala maklumat direkodkan serta diproses. Mereka menggunakan istilah "psycho-pass" (merujuk kepada standard kesejahteraan individu / keadaan dunia.) 
Shinya Kougami (rambut berwarna hitam) ditugaskan mengurus pelbagai kes jenayah.
Mungkin pada masa yang akan datang, secara tidak langsung; kes jenayah akan diukur secara kuantitatif iaitu mengukur emosi seseorang,hawa nafsu dan setiap kecenderungan. Faktor itu juga akan digunakan untuk menghukum si penjenayah. Kisan ini mengisahkan sepasukan anggota polis yang berdedikasi untuk mengekalkan ketenteraman awam.

 
GENRE
Crime, Cyberpunk, Dystopian

EPISODE
Ada 11 (digabungkan sekali 2 episod) dan ada 22 (diasingkan)

RATED BY ME
4.5/5
PENDAPAT SAYA:
 Nak sinopsis panjang pula? 
Awak tengoklah sendiri. Cerita ini pun saya ada lompat-lompat ke depan. Sampaikan tertidur tengok masa hujan. Tapi memang bestlah cerita ini. Seriously tak tipu. Penuh dengan action dan wow pistol dia gila cool lah wei. Boleh detect penjenayah dengan mudah. Paling tak suka ada lelaki yang ego terlebih tinggi -_- spoil gila tapi akan menjadi lebih menarik.

Mula-mula tengok, gila bosan. Lembabnya. Lama-lama woah, such an interesting story. Jalan cerita menarik. Bunuh orang sana sini walaupun agak seram nak tengok ._. Ada part pervert (macam orang terlebih sexy ) pandai-pandailah kauorang ke depankan xD Sebab saya asyik ke depan dan ke depankan aje.Dengar cerita ada season 2 akan keluar tahun depan :O Yay, tak sabar.




Boleh dapatkan link di sini
http://www.soul-anime.tv/anime2/psycho-pass/
http://www.animehere.com/anime/psychopass-new-edit-version.html

Friday, December 26, 2014

Novel 1437 - BAB 7



Tiga bulan. Empat bulan. Airish Humaira masih dengan rungutannya. Sanggup betul Iwardatul dan Dahlia menukar tempat duduk  di belakangnya. Bukankah sepatutnya Aisy Zahrin duduk nun depan sana. Mengapa pula dia mahu duduk di belakang? Bukan dengan Haris Syazwan tapi Aisy Zahrin seorang saja duduk di belakangnya. Perasaan yang tidak selesa masih lagi disimpan rapi. Tak pasal-pasal dia dimalukan lagi.

            Hari ini hari Jumaat. Tidak sabarnya untuk menunggu pulang. Pelajaran Bahasa Ingge
ris adalah mata pelajaran bagi masa yang terakhir. Hanya tinggal 30 minit saja sebelum loceng akhir berbunyi. Tidak sabar untuk melarikan diri daripada Aisy Zahrin.

            “So, Mummy want you all to make a group and discuss about this novel. I want 4 or 5 groups only. So, 1 group has 5 or 6 peoples,okay?

Semua pelajar mengangguk. Sesi membuat kumpulan sudah pun bermula. Airish Humaira membuang pandangan di luar sebelum dia mula berfikir tentang novel. Suka atau tidak novel itu, Airish Humaira kena jug abaca. Tidak ada apa yang boleh difahami selain membaca novel asal. Airish memandang ke arah Farhani. “Aku.Kau. Kita kena cari lagi tiga atau dua orang. Mungkin enam orang sudah cukup.”

“Yep. Aku tanya orang depan.”

Airish Humaira sekadar mengangguk. Dia memusing ke belakang untuk mengeluarkan buku rujukan novel dan novel di dalam begnya. Perasaan tidak selesa dengan Aisy Zahrin masih menguasai dirinya. Kaki kerusinya ditendang oleh Aisy Zahrin. Matanya betul-betul memandang ke arah anak mata Airish Humaira. 

“Aku.. Aku nak kumpulan dengan kau boleh tak? Aku dekat belakang ini pun lonely. So, bolehkan kita satu group?”

“Kau takkan tak cari group dengan lelaki?”

“Aku tak suka bila aku tanya soalan, kau balas dengan soalan. Haish, aku tanya boleh ke tidak ke kau nak aku ugut kau lagi?”

‘Tengoklah itu. Baru tanya sikit, nak mengugut orang. Eih, aku tak faham betullah dengan mamat seorang ini.’ Rungut Airish Humaira dalam hati. “Kalau kau rasa kau perempuan, kau joinlah. Aku malaslah nak layan kau kadang-kadang. Aku tak tahu apa yang kau nak sebenarnya.Kau sebenarnya nak apa?”

Aisy Zahrin mendiamkan diri.

Honey, aku join group kau eh. Kumpulan yang aku nak join dah cukup orang.”kata Haris Syazwan.

Farhani mengangguk sebelum sempat Airish Humaira membuka mulut. Senyuman Haris Syazwan terserlah pada wajahnya seolah-olah dia sedang berkata ‘yes!yes! aku berjaya’ “Biarlah,Rish. Lagipun, Haris reti speaking. Kalau kau nak harapkan aku, memang ke lautlah bahasa aku. Bukan English dah, agaknya bahasa alien dah cikgu dengar nanti.”kata Farahani.

Airish Humaira mengeluh panjang. “Baiklah. It’s okay.”

“Habis, aku ini macamana?”celah Aisy Zahrin.

“Kau masuk ajelah group aku. Dah,tak payah nak banyak bunyi dengan aku.”

           Aisy Zahrin menjeling tajam ke arah Haris Syazwan tapi Haris Syazwan membalas pandangannya dengan muka jerk! Siapa sangka Haris Syazwan dan Aisy Zahrin akan bergaduh. Bukan disebabkan berebut pasal perempuan. No way! Hanya kerana satu perkara yang tak dapat diterima oleh Aisy Zahrin.Haris Syazwan ialah anak luar nikah. Cukup dia benci lelaki itu kerana status lelaki itu. Kerana baginya, perangai Haris Syazwan sama dengan perangai adik tirinya, Syaridatul Wardah. Nama saja  sedap, perangai tak sama langsung dengan nama!

           “Kau tak selesa ke aku masuk group? Maaflah, aku Cuma nak protect Airish aku sebelum kau apa-apakan dia. Kan, Airish?”kata Haris Syazwan sebaik saja dia duduk di sebelah Aisy Zahrin.

           “Memang aku tak selesa pun. Pandang muka kau pun lagilah.”

           Airish Humaira dan Farhani hanya berpandang antara satu sama lain. Tak suka nak masuk campur dengan diaorang. Tambahan pula, Airish Humaira TERPAKSA menerima diaorang dalam  kumpulannya. Kalau bukan disebabkan kekurangan ahli, tak pasal-pasal speaking pun memang confirmlah melalut ke laut.

           Kalaulah dia tak perlu balik semula ke tanah air. Kalaulah dia boleh lupakan semua orang yang dah sakitkan hati dia. Kalaulah dia boleh putarkan masa.Sungguh kusut fikiran Airish Humaira ditambahkan lagi dengan perdebatan antara Haris Syazwan dengan Aisy Zahrin. Suruh masuk pertandingan berdebat,tak mahu! Dalam kelas tak habis-habis nak berdebat. Lepas itu tidak tahu nak mengalah.

Airish Humaira membiarkan mereka bertiga berbincang.

           “Apa doh cerita Pixie ini. Aku tak faham langsung chapter dia.”rungut Haris Syazwan. Hampir saja dia menghentak tangannya ke meja. Farhani menggeleng. “Kau ini pun. Kau baca pun separuh. Cuba kau baca habis,bagi faham. Ini tidak, baca sekerat jalan aje. Agaknya kau memang suka pakai baju sekerat-sekerat.  Itu yang kau baca novel itu pun, sekerat jalan aje.”perli Farhani.

           Terburai ketawa Airish Humaira apabila mendengar kata-kata perlian Si Honey. Geli hatinya mendengar. Tidak sangka Honey reti memerli orang. Ingatkan diri dia saja yang suka memerli. Memang Honey ikut jejak dialah.‘Memang layak sangatlah ayat itu untuk Haris Syazwan. Baca sekerat. Entah-entah, baju pun pakai sekerat. Seluar pun sekerat dan kalau boleh semualah sekerat.’ Kutuk Airish Humaira dalam hati.

           “Amboi,Honey. Sejak bila kau ikut jejak makcik Airish ni?”senyuman nipis Haris Syazwan jelas kelihatan di bibir itu.

           Airish Humaira mengucap panjang. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia sumbat kasut dia yang bersaiz empat ini dekat mulut lancing Haris Syazwan itu. Tampak sungguh senyuman nipis milik lelaki itu seolah-olah memerli dia. Tahulah gadis itu suka memerli tapi tiada siapa yang suka kena perli balik. Rasa tangan ini nak sepak-sepak aje muka ‘kacak’ dia itu. Menyampah!

PERUT AIRISH HUMAIRA sudahpun menyanyi lagu-lagu yang tidak sedap didengar oleh orang. Mahu tak mahu, dia terpaksalah singgah ke kantin untuk makan tengahari. Tanpa berlengah, Airish Humaira terus makan roti coklat yang baru dibeli di kantin tadi. Kemudian, telefon bimbit bergetar di poket kurungnya.

            Jangan jawab

Panggilan itu daripada Aisy Zahrin lalu dibiarkan saja telefon bimbit itu bergetar di atas meja. Dia membuang pandangan ke arah bunga-bunga. Telefon bimbit itu diam. Beberapa minit kemudian, bergetar lagi sekali. Masih daripada panggilan yang sama,Aisy Zahrin. ‘Apa lagilah lelaki itu nak dengan aku? Bukan dia kata aku ini… haih, aku malaslah nak ulang ayat sama.’rungut Airish Humaira.

            “Oh, kau letak nama aku jangan jawab?”

Kus semangat! Lelaki ini selalu membuat kejutan tanpa memberi sebarang amaran. Airish Humaira mendongak sedikit. Selera dia terus hilang apabila memandang Aisy Zahrin. Menyirap darah saat memandang mata Aisy Zahrin yang semakin mengecil. Airish Humaira memeluk tubuh.

            “Suka hati akulah. Phone aku, bukan phone kau. Apa masalahnya?” Airish Humaira bersuara malas. Dia langsung tidak mempunyai semangat untuk bertengkar.

            “Mama papa aku bagi nama aku sedap-sedap, kau letak nama aku jangan jawab?”

Airish Humaira mencapai telefon bimbitnya dan menukar nama  Aisy Zahrin. Tidak bersuara, hanya pergerakan saja yang menjawab soalan Aisy Zahrin. Letih. Letih dengan bebelan Aisy Zahrin yang mengalahkan bebelan ibu dia. Dia sanggup dengar ibu dia membebel daripada dengar AISY ZAHRIN  membebel. Bingit!

            “Baguslah kau. Macam itulah kau kena buat. Macam dungu jugakan kau?”

            Airish Humaira diam.

            “Aku tak cakap dengan meja. Jawablah.”

            Airish Humaira masih berdiam.

Sekelip mata tangan Aisy Zahrin mencapai botol milik Airish Humaira lalu dituangkan ke atas kepala. Geram dan marah apabila melihat Airish Humaira tidak menjawab soalannya. Inilah kali pertama dia membuli perempuan yang berani melawan kata-kata dia. Oleh sebab itu, Aisy Zahrin tidak habis-habis mengacau gadis itu sampailah gadis itu sendiri berkata ‘aku akan dengar cakap kau.’ Itu tidak bermaksud berkelakuan tidak senonoh ya. Hanya siapkan kerja sekolah,buat tugasan dia dan hanya berlaku dalam sekolah saja. Ini jugalah pertama kali dia menuang air dekat perempuan yang bernama Airish Humaira.Tidak cukup dengan itu, air revive di tangan dia pun dituang sekali. Kejam.

            Airish Humaira terkejut dengan perbuatan Aisy Zahrin. “Kau –”

Dush! Satu tumbukan hebat hinggap ke muka Aisy Zahrin. “Apa masalah kau ini,Aisy?! Apahal kau nak buli Airish? Apa salah dia sampai kau buat dia macam tu? Kau tahu tak dia balik jalan kaki, bukannya naik kereta. Kau ini, cubalah fikir waras sikit. Apa kau tak puas lagi kenakan dia?” Kemudian, kolar Aisy Zahrin direntap kasar.

            Aisy Zahrin tersenyum sinis. “Sebab aku nak tahu hubungan kau dengan dia.”

            “Saya balik dulu.”kata Airish Humaira. Dia memeluk buku teks Prinsip Perakaunan rapat ke dada lalu beredar dengan cepat.

            Aisy Zahrin tertawa kecil. “Kau memang nak sangat jadi hero dia,kan? Sampaikan dia pun tak ucap terima kasih. Lupakan ajelah niat kau nak bersama dia. Mungkin aku tidak tahu hubungan kau dengan dia dulu. Tapi… Itulah perkara yang menarik minat aku. Aku tahu, tahun ini nak SPM. Jadi, aku minta maaf ya. Lepaskanlah aku – tak payah pegang kolar aku lama-lama sebab kau rindu aku.”

            Haris Syazwan berdengus kasar lantas dia melepaskan Aisy Zahrin. Dia membiarkan Aisy Zahrin pergi begitu saja. Haris Syazwan mengambil buku teksnya di atas meja kemudian pandangannya tertacap pada botol air berwarna merah jambu. Sudah pasti milik Airish Humaira mana mungkin Aisy Zahrin membawa botol air berwarna merah jambu. Memang confirm reputasi dia jatuh mendadak.

            Dia memegang erat botol air milik Airish Humaira. Masih lagi dia geram serta bercampur aduk dengan rasa serba salah. ‘Macamanalah Airish balik nanti? Okaykah dia? Kalaulah aku ikut belakang dia, mesti tak jadi macam ini.’keluh hati Haris Syazwan. Dia mengerling sekilas ke jam tangannya lantas segera dia berlari keluar dari sekolah.

            “Kasihan,Airish.”

            Haris Syazwan berjalan keluar dari perkarangan sekolah. Botol milik Airish Humaira dibelek-belek. Berjenama Tupperware dan tiada hiasan. ‘Kenapalah minah ini pilih warna pink? Cubalah warna biru ke,hitam ke, coklat ke? Ini tidak, pink jugalah dia pilih. Dasar minah pinkish!’omel haitnya.

            Angin panas menyapa lembut ke pipi Haris Syazwan. Masihkah lelaki ini mempunyai perasaan terhadap Airish Humaira? Bukankah sepatutnya perasaan itu hilang? Kalaulah dia boleh putarkan masa sebelum dia main-mainkan hati Airish. Kalaulah Danish (kawan di London)  tidak kenalkan dia dengan Airish  Humaira. Rasa serba salahnya pasti tidak akan muncul!

Thursday, December 25, 2014

Buat blog tema anime.


This is my react when someone asked me:




Gulp!Gulp! Well, actually, I don't know how to answer it. First of all, you need to know - what anime that you want kalau anime random pun boleh juga.. Kemudian, carilah header anime tersebut dan pastikan jelas and HD mungkin? I mean, jenis wallpaper for desktop. Next, you tukarkan dengan panjang yang  bersesuaian. Second, your sidebar. Put some of anime picture but i prefer PNG and JPG. Kalau awak guna gif, takut-takut nanti lambat loading :( 

1. Sidebar about me.
- Letak gambar anime dulu di atas kemudian terangkan. 


Bukan dekat about me aje. Dekat mana-mana pun boleh as long as gambar itu anime. :)

2. Kata-kata aluan sebelum memulakan cerita. 

Assalamualaikum,hello and so on. Anda boleh edit dekat photoshop atau photoscape atau dekat mana-mana saja :))
3. Header.

Sepatutnya saya perlu start dengan header dulu but whateverlah. Header tu up to you. Pastikan gambar tu kena dengan warna dekat blog :)) Kalau header warna kuning tiba-tiba blog tema warna hijau cerah. Tak sesuai kan?

4. Gambar dekat luar body blog.

Letaklah anime juga :3 saya tak letak sebab tak ada yang sesuai T_T

Tamat. You boleh prefer blog anime lain (yang saya tahulah)

http://justlittlehappiness.blogspot.com/
http://misakipureblood.blogspot.com/
http://faranymboboiboy.blogspot.com/

Sekian terima kasih. :)

Wednesday, December 24, 2014

Novel 1437 - Bab 6

Airish Humaira berlari ke ruang tamu sambil membuat lompatan pelik di hadapan Puan Alia. mengurut dadanya sebelum mencubit lengan Airish Humaira. “Airish, apa nak jadi dengan kamu ini? Kalau iye pun kamu stres dengan SPM, perangai tu cuba baik sikit. Ini tidak, lompat macam monyet. Monyet bergayut pun ada sebab.”

            “Ibu, bergayut dengan melompat lainlah.”
            “Hah,menjawab-menjawab. Ibu cepuk nanti.”

Airish Humaira tersengih lalu mengatur langkahnya ke sofa. Telefon bimbitnya yang berada di atas meja dicapai. Walaupun keluarga dia taklah sporting macam keluarga lain, dia tetap berasa beruntung dengan apa yang ada. Tidak dilayan seperti puteri raja adalah lebih baik bagi Airish Humaira. Kalau dilayan manja sebegitu rupa, agaknya sampai sekarang dia menggedik nak itu nak ini. Ah,tolonglah. Masa untuk berdikari!

            “Cik Airish. Cerita apa yang best hari ini?”soal makcik Munirah.
Airish Humaira sekadar menjungkit bahu. “Running man,mungkin. I nak tengok Kwang Soo I yang handsome gila.”

Makcik Munirah tertawa kecil. “Kwang Soo cik Airish minat? Ah,yang zirafah tu? Walaupun makcik tak layan cerita cigitu, makcik taklah minat sangat.”

Airish Humaira terus memandang tajam ke arah makcik Munirah. Dia tahu bibiknya akan berkata begitu. Bukannya makcik Munirah layan sangat pun cerita itu malah buat tak endah saja bila cerita itu ditayangkan. “Bibik, kalau macam itu, apa kata bibik diam dan buat kerja bibik.”

Dentuman guruh memecahkan suasana sunyi. Siapa sangka hujan bakal membasahi bumi pada malam ini?  Siapa yang tidak suka bila hujan turun pada waktu malam? Sememangnya tidur akan jadi lebih lena dan mimpi akan menjadi lebih indah disertakan dengkuran akan bertambah kuat. Siapa tahu,kan? Airish Humaira memeluk erat bantal sofa sambil merenung ke arah telefon bimbitnya. Tidak mungkin dia menunggu panggilan daripada Aisy Zahrin ataupun Haris Syazwan.

Perasaan cinta yang tidak sepatutnya ada pada Airish Humaira perlu dibuang jauh sebelum menjadi lebih teruk. Dia tidak mahu gagal dalam pelajaran akibat gagal dalam percintaan. Kesakitan yang bakal dia rasai belum lagi tiba masanya malah belum lagi layak dia untuk bercinta. Moga-moga dia dapat lari daripada perasaan itu.

Airish Humaira menekan punat merah pada remote control. Televisyen yang mewarnai dengan pelbagai warna, kini diwarnai dengan warna hitam. Tiada siaran. Airish Humaira terus baring di atas sofa sambil menunggu kehadiran Fakhrul Ameer. Memang lamalah jawabnya kalau nak menunggu.

Baru beberapa saat dia memikirkan tentang abangnya, Fakhrul Ameer sudahpun berdiri tegak di hadapannya. Dia terus duduk tegak untuk memberikan ruang abangnya duduk. Takkanlah dia nak bercerita dengan orang yang tengah berdiri. Rasa macam tak sopan pula.

“Megelamun ke dik? Hah,ceritalah. Abang tak sabar nak dengar.”kata Fakhrul Ameer sebaik saja dia melabuhkan punggungnya.

Airish Humaira terus menepuk peha Fakhrul Ameer. Kemudian,dia menepuk tangan sebelum memulakan ceritanya. “Tadi, masa Rish pergi kedai makcik Maria. Ada seorang lelaki ini, nama dia Aisy Zahrin tapi pendekkanlah nama dia, Aisy. Then, tiba-tiba ajak Rish makan. Lepas itu, Rish cakaplah yang Rish nak balik. Dia boleh pula pijak kasut,Rish! Sakit doh hati ini.”

Fakhrul Ameer sekadar mengangguk.

“Lepas itu, dia kata dia nak nombor telefon Rish tau. Rish pun bagi ajelah. Rish baru aje keluarkan telefon,dia selamba aje rampas phone tu. Tu tak apa lagi. Dia malukan Rish pula lepas tu.”

            “Malukan Rish? Dia buat apa?”soal Fakhrul Ameer.

            “Dia buat Rish tersandung. Malu gila Rish. Nasib baik tak ramai orang tengok. Geram gila. Kalau ramai orang tengok, entah dekat mana muka ini nak letak. Tak silap-silap kalau newspaper , ‘seorang gadis terjatuh sambil mengayakan muka buruk.’ Malu tau.”

Fakhurl Ameer terkekek-kekek. Kalau adik dia sudah geram, cerita Airish Humaira sudah sampai melalut daripada tajuk asal. Cerita dia boleh buat karangan bercerita. Entah berapa muka surat untuk cerita Airish Humaira saja. Belum lagi dia masukkan cerita merepek yang sampai melalut ke laut. Fakhrul Ameer menggeleng.

            “Ah,kau! Tak adanya nak keluar dekat newspaper. Kau bukannya jutawan yang buat projek berbillion-billion. Kalau kau buat projek besar memang abang tak terkejut beruklah. Tapi, setakat jatuh. Alahai, macam apalah sangat. Gentlelah sikit,Airish oi.” Kata Fakhrul Ameer dengan selamba. Rambut Airish Humaira diusap perlahan. “Kau sebagai perempuan, kena kuat. Jangan lebih. Adab tu.. Jaga sikit, jangan nak berlagak jadi tomboy. Faham? Nanti mulalah kata ‘semua lelaki semua sama’ padahal diri sendiri tak reti nak kawal.”

            Airish Humaira mencebik. Itulah abang dia.. Baru saja cerita sikit, mulalah dekat sesi ceramah free dia. Bukannya dia nak dengar. Dia cuma nak luahkan dan mahu abangnya bagi pendapat, bukannya bagi ceramah panjang lebar macam itu. Airish Humaira menggosok telinga yang tidak gatal. “Ish, bingit tahu tak.”

            “Ah,itulah. Abang baru bagi ceramah sikit dah kata bingit. Kalau kau susah, siapa kau terhegeh-hegeh cari? Abangkan?”

            Airish Humaira menjeling. “Abang ini kan, adik baru aje –”

            “Hah, dah pukul berapa dah ini. Dah solat Isya’ ke belum? Esok sekolah,kan? Airish, kamu tu nak SPM. Berapa kali dah ibu cakap.. Belajar. Belajar. Takmau dengar. Nanti result hampeh, menangis tak berlagu. Ibu tahulah kamu dah belajar tapi belajar kuat sikit. Lainlah macam abang kamu ini. Dia sudah ada kerja. Ada duit sendiri. Yang kamu tu…Kalahkan abang kamu tu.”celah Puan Alia sambil bercekak pinggang.

            “Yelah,bu. Rish masuk tidur dulu.”
***

Selesai saja Airish Humaira menunaikan solat Isya’, dia meletakkan beg sekolahnya di sisi katilnya. Hari ini, Airish Humaira masuk tidur awal sikit, dia mengenakan baju pyjamasnya sebelum merangkak perlahan di atas katil yang dipenuhi dengan bantal-bantal yang bertaburan. Atas.Bawah.Kiri.Kanan. Semua ada bantal. Katil ini merupakan tempat kegemaran Airish Humaira. Dan, Airish Humaira mula bermain telefon bimbitnya.

 Nasib baiklah segala homeworknya sudah disiapkan. Kalau tidak siap pun, wajah dia yang tebal ini dengan selambanya minta nak tiru homework orang lain. Baik,bukan? Ah, itu perkara biasa yang dilakukan oleh ramai murid. Tipulah kalau Airish Humaira tidak pernah tiru homework orang lain. Ops, bukan tiru. Pinjam buku dan jawapan. Hehe.

            Malam. Gelap. Hanya dihiasi bintang di langit. Berkerlipan seolah-olah bintang-bintang itu sedang memerhatikan kita dengan riangnya. Bintang yang tidak terlalu gelap dan tidak terlalu terang itulah membantu pelayar-pelayar untuk berlayar,bintang Polaris,bintang utara. Kalau dia nak berfalsafah pasal bintang, cikgu sains pasti marah dia.

            Dia tidak tahu apa-apa pasal bintang.

            Lagu Promise you yang dinyanyikan oleh Sako Tomohisa atau dikenali sebagai Shounen-T memecahkan suasana sunyi di biliknya. Dia terlalu minat dengan lagu-lagu jepun. Sampaikan lagu korea pun, dia mencari versi jepun. Airish Humaira lebih selesa mendengar versi jepun. Sebelum tidur dia akan mendengar lagu-lagu kegemarannya. Tapi, jika dia tidak boleh tidur pun, dia tetap mendengar lagu-lagu.

 Bukan saja setiap gambar ada cerita. Tapi,setiap lagu ada ceritanya sendiri dan kenangan yang pernah seseorang rasai. Bagi dia, melayan perasaan yang boleh membunuh dirinya sendiri adalah membuang masa. Kerana dia tahu, jika dia bercinta pada waktu muda ini, dia tidak dapat apa-apa melainkan lakonan yang indah daripada kekasih hati.

Malam itu, tiada apa yang menarik melainkan tidur. Kemudian, telefonnya menjerit diminta untuk diangkat.

“Assalamualaikum.”sapanya menjawab panggilan.
“Waalaikummusalam,Airish Humaira.” Jawab seorang lelaki di hujung talian.
“Siapa ini? Ada apa ya?”
“Ah, cuba teka siapa aku. Aku bosan malam ini. Jadi, aku kacaulah kau.”
Airish Humaira mengeluh panjang. “Tak cukup lagi ke kau malukan aku, Aisy?”
“Aw, pandainya kau teka. Makin seronok aku nak kacau kau. Ala, kau jatuh pun sedikit saja,bukan? Kau cederakah?”

Airish Humaira diam. Geram dengan jawapannya. Kalau tak dilayan, entah apa yang jadi hari esok.
“Wei. Aku tak cakap dengan tunggul tau.”
“Aku letih. Aku penat. Aku nak tidur.Selamat malam.”

Airish Humaira menamatkan perbualan tersebut. Kemudian, dia simpan nombor telefon Aisy Zahrin dengan nama jangan jawab. ‘Well,at least, aku tak payah lagi nak angkat call kau lepas ini. Menyusahkan hidup dan jiwa aku aje.’omel hatinya.

Saturday, December 20, 2014

Novel 1437 - Bab 5

Hampir setengah jam Airish Humaira bazirkan masanya di shopping mall. Bukannya dia membeli-belah malah dia hanya duduk dan berfikir. Kenapalah dia kena jadi watak utama dalam cerita hidup dia? Padahal semua orang jadi watak utama dalam kehidupan diaorang. Airish Humaira menggeleng seperti dia tidak setuju dengan kehidupannya.

            “Rish. Kenapa termenung aje tu?” soal Puan Maria iaitu pengurus kedai kek.

            Puan Maria meletakkan kotak kek yang bersaiz kecil di atas meja. Puan Maria sudah lama 
mengenali Airish Humaira dan keluarganya. Mereka merupakan jiran semasa mereka berada di London. Jadi, tidak hairanlah kalau Airish Humaira dilayan ‘special’ daripada pelanggan-pelanggan yang lain. 

“Makanlah kek tu. Saya belanja. Awak tu nak SPM tapi duduk dekat sini. Lebih baik kamu belajar.”
            “Baiklah. Kejap lagi saya balik.”

            Terdengar seorang lelaki mengekek dari belakangnya.Kemudian, lelaki itu menonjolkan dirinya di hadapan Airish Humaira. Tak ada salam, tak ada sapaan, lelaki itu selamba saja duduk di hadapannya sambil mengambil kotak kek yang diberikan oleh Puan Maria. Aisy Zahrin mengoyakkan bibirnya dengan senyuman manis.

            “Hei, Rish. Apa kata kalau kita ….”

            “Aku nak balik dulu. Banyak kerja aku kena buat.”kata Airish Humaira. Sengaja dia mencelah sebelum Aisy Zahrin menyambungkan ayatnya.Walaupun dia tidak pandai meneka ayat seterusnya tapi dia yakin ayatnya pasti berbaur ugutan atau menyakitkan hatinya. Haih,Aisy,Aisy. Kenapalah kau pilih aku untuk jadi mangsa baru kau?

            Aisy Zahrin cepat-cepat memijak kasut Airish Humaira.
            “Sakitlah,bijak.”kata Airish Humaira dengan tenang.

            “Heh, setenang itukah kau menahan sakit? Tak payahlah nak berpura-pura dengan aku. Aku cuma nak ajak kau belanja aku makan, itu aje. Aku tak minta lebih pun.”kata Aisy Zahrin.

            “Nampaknya kau suka aku,bukan?”
            “Eii,perasannya.”
            “Mengaku ajelah.”
            “Tak adalah! Kalau kau tak nak makan dengan aku tak payah nak berdalih!”kata Aisy Zahrin geram.

Airish Humaira tersenyum. Tidak tahu nak berkata apa. Adakah benar apa yang dia cakap? Ah, pandai juga dia mengusik Aisy Zahrin. Tengoklah tu, baru mengusik sikit Aisy Zahrin terus pergi macam itu saja. Macam itukah nak ajak orang keluar makan? Tumpang blah lah dia dari di situ. Bukan ajak keluar makan tapi ajak bergaduh – berdebat ikut suka hati dia aje.

“Kau memang tak makan lagi ke?”
Aisy Zahrin sekadar menggeleng.
“Orang  yang kaki buli macam kau, reti juga minta simpati kan?”sindir Airish Humaira.
“Kau ingat aku ini pengemis ke?”soal Aisy Zahrin dengan nada berbisik.
“Mana tahu kau nak jadi pelakon macam itu. Sudahlah,aku nak balik.”
“Balik ajelah. Aku tak hairan.Tapi sebelum itu aku nak nombor telefon kau,boleh?”

Airish Humaira menjungkitkan kening kanannya sambil tersenyum nipis. Buang tabiat agaknya lelaki ini minta nombor telefon dia. ‘Agak-agaknya dia mimpi apa ya malam semalam atau petang tadi? Mimpi apalah agaknya sampai minta nombor telefon aku? Heh, gaya minta nombor telefon pun sudah lapuk. Dasar lelaki kasanova. Bukankah hari itu dia kata aku bukan perempuan yang ‘best’?’omel Airish Humaira dalam hati.

            “Nak buat apa?”Airish Humaira menyeluk tangannya ke dalam poket seluarnya.
            “Nak kacau kaulah.”

Baru saja Airish Humaira mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya, lelaki itu terus merampas dengan pantas dari tangan Airish Humaira. Kenyitan mata yang nakal beserta dengan senyuman manis menyinggah ke mata Airish Humaira. Memang satu packagelah. Aisy Zahrin terus berdiri dan berjalan keluar. Tangannya lincah mendail nombor telefonnya di telefon bimbit Airish Humaira.

            “Hei! Mana boleh main ambil aje.”kata  Airish Humaira. Dia cuba mengejar Aisy Zahrin tetapi lelaki itu lebih pantas daripadanya. Mentang-mentanglah kaki panjang.

            “Nope. Ala, kejaplah. Bukannya lama pun.” Kata Aisy Zahrin. Telefon bimbit Airish Humaira diletakkan di telinganya. Menunggu deringan bukanlah lama sangat. Tapi kalau orang call dan tak angkat panggilan tu, memang tak layak pakai telefon bimbit.

            Airish Humaira terjingkit-jingkit mengambil telefon bimbit di tangan Aisy Zahrin.  Sengaja Aisy Zahrin mengangkat tangannya. ‘Hah,kadang menyesal juga aku jadi pendek macam ini. Aku ingatkan Aisy ini tidaklah tinggi sangat. Tapi, jangkaan aku salah. Nasib kaulah Airish. Pandai-pandailah kau ambil balik handphone kau itu.’bisik hati Airish Humaira.

            “Oh, pendek juga kau ye. Kalau nak phone ini, ambillah. Aku tunggu ini.”

            Makin membuak-buak kemarah Airish Humaira. Dia mengetap bibir. Tarik nafas, hembus nafas. Lelaki yang bernama Aisy Zahrin ini lebih nakal berbanding kawan-kawan lelaki yang lain.Bukan setakat nakal, menjengkilkan pun ada! Aisy Zahrin hanya tersenyum, menampakkan lesung pipit di pipi kiri dan kanannya. Walaupun dia ada senyuman manis, hatinya masih menyirap kemarahan. Kalau perempuan sudah marah memang orang yang cari pasal tu jadi mangsa.

            “Bagilah wei. Aku tak larat dah ini.”

Aisy Zahrin mengangguk kecil lalu sengaja menjelujur kakinya ke depan. Akibatnya, Airish Humaira terjatuh. Aisy Zahrin sempat menjeling sebelum memulangkan semula telefon bimbit Airish Humaira. “Kan bagus kalau kau duduk diam macam itu. Nanti aku bagi juga kan? Dahlah, pergilah balik.”

            Darah malu menyirap naik ke muka Airish Humaira. Walaupun orang tidak ramai di tingkat atas tetapi malulah bila ada sesetengah orang melihatnya. Airish Humaira menundukkan wajahnya lalu meninggalkan Aisy Zahrin.

            “Kejam betullah!”

Lama gadis itu merenung ke buku latihan Matematiknya.Fikirkan sejenak tentang perasaan dia terhadap Haris Syazwan dan perangai menjengkilkan milik Aisy Zahrin membuatkan dia tersengih seketika. Mereka berdua layak digelar anjing dan kucing. Seorang berlagak nak jadi hero, seorang lagi tak habis-habis nak buli orang.

Perasaan marahnya masih lagi melekat sehingga ke waktu Isya’. Wajah Aisy Zahrin ketika melihat dia jatuh masih terbayang-bayang. Satu keluhan kesal terbit dari mulut Airish Humaira. Geram. Marah. Sakit. Kecewa. Apa masalah lelaki itu dengan dia? Apa yang dia mahukan? Memang tak boleh dilupakan. Wajah dia. Mata dia.

            “Aku stres!”

            Airish Humaira meletakkan kepalanya di atas meja sambil memandang ke arah Fakhrul Ameer. Abang dia kalau dah dapat baca komik memang katil Airish Humaira milik lelaki itulah. Kadang, bila Airish Humaira memanggilnya langsung tidak dengar dan buat-buat tak dengar. Beruntung sungguh mendapat abang yang berperangai baik.

            “Abang.”Airish Humaira memanggil Fakhrul Ameer.

Tidak dilayan.

            “Abang,”Kali ini suara Airish Humaira lebih kuat sedikit berbanding sebelum itu.

Masih tidak dilayan.

            “Sayang.”

            “Ye,adikku sayang. Kau nak apa?”soal Fakhrul Ameer dengan nada ala-ala manja.

            “Rish panggil abang dua kali, abang tak dengar kan? Buat-buat pekak eh? Nanti kalau pekak betul-betul baru abang tahu.”rajuk Airish Humaira sambil memuncungkan bibirnya.

            “Hek eleh kau. Rish nak apa?”

            “Nak tahu tak, ada seorang lelaki ini nama dia Aisy Zahrin. Dia buli Rish macam Rish ni bibik dia tau tapi Rish tak buatlah sebab Rish bukan bibiknya. Tapi, dia tu asyik kacau Rish je. Rimas. Lepas tu, Haris Syazwan pula, tiba-tiba saja tanya Rish, ‘adakah Airish mempunyai perasaan terhadap Haris?’ Lebih kurang macam tu lah. Pelik-peliklah.”Airish Humaira meluahkan perasaannya yang terpendam.

            “Oh.”

Airish Humaira ternganga kecil lalu mencampak bantal yang berada di belakangnya ke arah lelaki itu. Itu makannya, bila orang cakap panjang lebar tapi dia boleh pula balas sepatah saja. Siapa yang suka kalau orang balas pendek? Lainlah kalau dia tanya soalan dan jawapannya antara ya atau tidak. Ini tidak, uih. Panas betul hati gadis itu.

“Wei,apa ini. Rish ganggu abang bacalah.”

“Macamana Rish tak kacau. Rish cerita punyalah panjang tapi abang… Abang balas oh aje? Oh aje?! Abang memang nak kenakan? Siap kau,bang.” Dia menggeletek tubuh sasa lelaki itu tanpa surat amaran. Fakhrul Ameer yang tidak bersedia dengan geletakkan adik kesayangannya hanya mampu meletuskan tawa yang kuat dan sedaya upaya menepis tetapi tidak berjaya.

“Wei,gelilah. Sudahlah wei.”Fakhrul Ameer hampir saja mengeluarkan air mata kerana digeletek. Tangan kecil milik gadis itu ditangkap. “Fine. Abang akan dengar cerita Airish. Lepas tu, jangan kacau abang,okay? Janji?”

Airish Humaira mengeluh perlahan. “Abang ini kan. Baik Airish cakap dengan dinding daripada cakap dengan abang. Macam apa aje. Bukan nak dilayan atau bagi sebarang respon tapi menyakitkan hati. Bila kena geletek baru nak tanya. Sakit betul!”

“Fakhrul! Airish! Boleh tak jangan bergaduh? Dah besar panjang pun nak bergaduh.”Jerit Puan Alia.

Airish Humaira menjeling tajam ke arah Fakhrul Ameer sebelum melangkah keluar dari biliknya. Tahu sangat abangnya mahu privacy dalam bilik Airish Humaira. Hanya bilik dia saja dipenuhi dengan pelbagai novel dan komik. Senang cerita bilik Airish Humaira macam perpustakaan kecil.

“Nanti dah habis baca bagitahu.”
***