Chat here,darling.

Monday, December 30, 2013

Novel : Allah Masih Mencintaiku - PROLOG



Allah Masih Mencintaiku 
PROLOG
Ya Allah....Dulu aku begitu kejam terhadap diriku.Tertipu dengan dunia yang sementara.Sedangkan,Engkau,sentiasa mengingatiku.Ujian yang kau berikan kepadaku sentiasa ada.Apabila satu ujian aku dapat melepasi,ujian yang lain yang akan aku tempuhi.Akulah,hamba yang sering ingkar suatu ketika dulu.Akulah yang sering melakukan dosa tanpa rasa serba salah.Aku terduduk melihat diriku.Aku memandang ke arah cermin.Ya Allah.... Betapa jahilnya aku suatu ketika dahulu.Aku tidak pernah menyedari kasih sayang Mu begitu besar kepadaku.Aku terlampau mengejar keseronokkan di dunia.Air mata Alia mengalir di pipinya.
COVER DEPAN
Tiada apa yang mampu memadamkan api neraka kecuali air mata seorang hamba yang memohon ampun dan bertaubat.Hidup dalam dosa bagaikan engkau sedang berjalan dalam kegelapan.Tanpa cahaya di dalam kegelapan,engkau terus berjalan dan terus melakukan maksiat.
Alia terlampau menikmati kehidupan di dunia seolah-olah dirinya tidak akan mati.Rambutnya yang ikal mayang dan mempunyai kulit yang putih gebu.Alia Atikah nama diberi yang berumur 19 tahun.Sejak kematian bapanya,Rahman, perangai Alia turut berubah.Dia sering menengking ibunya tanpa rasa hormat.Ibunya , Puan Lisa hanya akur mendengar arahan anaknya.Kehidupan Alia sangat mewah sehinggakan dia lupa tanggungjawabnya.
Setiap malam,ibunya sering mendoakan untuk Alia dengan harapan,semoga hati Alia lembut dan kembali ke jalan yang benar.Kadang,ibunya menangis kerana ujian yang dihadapi oleh Puan Lisa sangat berat tetapi hatinya sangat tabah.
Suatu hari,Alia menengking ibunya dengan kasar.Tanpa disedarinya,tangan Puan Lisa menampar pipi Alia dan membuatkan Alia menangis."Woi,sakitlah",dengus Alia lalu menangis teresak-esak."Nak,maafkan mak nak.Ibu tak sengaja",rayu Puan Lisa lalu mendekati Alia.Alia terus menolak ibunya."Kau ni,memang tak reti bersyukur kan?Aku dah bagi kau makan,aku dah bagi kau senang supaya kau duduk rumah rehat.Ini kau balas?",kata Alia dengan nada yang sangat marah."Alia,maafkan ibu Alia",rayu Puan Lisa.Alia terus menolak kepala Puan Lisa."Astagfirullahal'azim.Alia,ini ibu Alia",kata Puan Lisa."Memang kau mak aku.Patutlah ayah mati.Rupanya kau dah sakitkan hati dia",kata Alia dengan marah.Puan Lisa terus menampar pipi Alia."Alia jangan nak menuduh ibu.Ayah Alia pergi sebab Allah sayangkan dia.Dia sakit nak.Dia terlantar di hospital,Alia langsung tidak datang melawat.",tegas Puan Lisa."Pembohong.Dasar perempuan penipu",kata Alia lalu menolak ibunya.
COVER BELAKANG
"Lepas ni,kau tak perlu cari aku",kata Alia lalu mengambil begnya dan beredar dari rumah."Alia,mahu ke mana kau,nak?",tanya Puan Lisa.Malangnya,Alia buat tidak endah dengan soalan Puan Lisa.
Sampai hatimu,nak.Layanan yang sebegini engkau berikan kepadaku?Penatku membesarkan engkau nak.Sampai hati,kau membuatku seperti kuli kau.Nak,ibu minta satu je.Berubahlah sayang,bertaubatlah.Pintu taubat terbuka luas kepada hambaNya yang mahu bertaubat.Adakah engkau menutup pintu taubat dengan cepat?Bertaubatlah nak.Allah Maha Pengampun
Alia berpatah balik ke rumahnya."Nak,mari masuk",kata Puan Lisa."Ops,aku bukan nak masuk.Aku nak pesan dekat kau.Perempuan,kau dengar sini,kau jangan risau.Lepas ni,aku dah tak susahkan kau dah.Kau buat apa kau suka.Aku berambus dari rumah ni.Aku duduk di rumah kawan aku",jelas Alia."Jangan begitu,Alia",rayu Puan Lisa.Alia terus melangkah keluar dari rumah tersebut."Alia,Alia.Balik kau,nak",jerit Puan Lisa.Sayu di hati Puan Lisa.Kelibat Alia semakin hilang."Allahu",kata Puan Lisa.Mengalir air matanya di pipi.Sakit hati yang tidak dapat diungkapkan.Allah saja yang tahu.Semoga Allah memberi hidayah kepada anakku,Alia.

Cerita bermula di sini (1)

3 comments:

Aqilah Azmi said...

wah wah wah :O

Ana Nur said...

Astagfirullah .. jhatnya ank ..

Syaraaa_ said...

Kesian mak dia :') Anyway sedap cerpen akak! Keep it up :D Nak baca sambungan dia lagi nanti hehe ^_^