Chat here,darling.

Tuesday, December 31, 2013

Tentang kawan dan kekasih hati.



Untitled

Apa yang miss fairytale tahu tentang kawan? Nak tahu ke? Sejak saya melangkah masuk ke sekolah menengah, pelbagai ragam dan tingkah laku manusia yang sangat berbeza. Ada yang baik, ada yang sedang-sedang dan ada pula yang buruk. Pada mulanya, memanglah susah nak cari kawan yang setia. Nak tak nak, saya terpaksa juga mencari. 

Sejak saya dapat seorang kawan di sekolah menengah. Saya berasa sangat seronok dan gembira. Siapa yang tidak gembira kalau dia sendiri berjaya dapatkan seorang kawan untuk luahkan gembira dan duka?

Tahun 2010 ajar aku
Tentang 'kawan'
Tahun 2011 ajar aku
Tentang 'kawan palsu'
Tahun 2012 ajar aku
Tentang 'kawan yang bertopeng'
Tahun 2013 ajar aku
Tentang 'persahabatan'
Itulah serba sedikit puisi mengikut tahun yang saya buat sendiri . Apa yang saya perhatikan, apa yang saya nampak. Semuanya bertopeng. Depan kita, berkelakuan baik dan belakang sebaliknya. Izinkan saya bertanya, pernahkah kauorang jumpa kawan yang sebenar-benarnya? Jika jumpa. Jagalah dia sebaik-baiknya. Saya sendiri mohon dan janganlah abaikan dia. Walaupun, kauorang sudah mempunyai 'kawan yang baru'. Percayalah, kauorang payah nak cari 'kawan' kauorang yang sama seperti sahabat kauorang.

Saya langsung tidak bermaksud, semuanya bertopeng. Ada yang tunjuk perangai yang sebenar dan ada yang tidak bersedia untuk tunjuk perangai yang sebenar. Actually, post ni, bukanlah untuk luahkan rasa hati. Sejujurnya, inilah hasil pemerhatian saya. Aicececeh. Macamlah saya ni saintis.

Bila saya tahu mereka semua tipu, diri saya sama seperti reaksi pada gambar. Bertopeng. Pada wajah penuh dengan kegembiraan. Bila topeng dibuka, itulah wajah dan perasaan saya sebenar. Percayalah, sakit di hati, tiada siapa dapat rasa dan tiada siapa pula yang tahu. Hanya Allah saja yang tahu. Rasa sakit,perit, pedih dan kecewa. Usah ditanya, kenapa kau bertopeng?

   Jawapan saya: Kau pun bertopeng juga. Di depan aku, kau berlakon dengan baik. Di belakang aku, kau sebaliknya. 

Jika awak sudah dapat kawan yang baik. Kawan yang awak impikan. Jagalah sebaiknya. Sayangilah dia seperti keluarga awak sendiri. Kalau kauorang tanya saya, siapa saya pilih antara kekasih hati yang tak halal atau sahabat.

    Jawapan saya : sahabat.

Saya boleh hidup tanpa kekasih hati yang belum tentu halal. Ramai dah ustazah dan ustaz kata, couple ni haram. Buat apa nak ikut ? Jika kauorang tanya, saya tidak cemburu ke dengan orang bercouple ni ?

   Jawapan saya : Tak. Saya langsung tak cemburu dengan orang yang berbuat dosa tapi saya cemburu dengan orang yang mencari keredhaan Allah.

Saya juga berharap, suatu hari nanti, saya akan bertemu dengan sahabat yang ikhlas berkawan dengan saya. Sentiasa menegur salah silap saya dengan cara yang baik. Tika saya jatuh, dialah yang bantu. Allahu. Bimbinglah aku menuju ke Syurga Allah. Pimpinlah tangan aku dari jatuh ke lembah maksiat. Ajaklah aku untuk berbuat kebaikan.

  SAHABAT
Wahai Sahabatku,
Terima kasih kerana sentiasa bersamaku,
Tika ku senang,
Tika ku susah.
Sahabat,
Tanpa engkau disisiku,
Mungkin aku tidak jadi begini.
Aku mungkin tenggelam
Dengan kesedihan yang berpanjangan.
Wahai Sahabatku,
Walaupun engkau menyakiti hatiku,
Walaupun engkau merahsiakan sesuatu daripadaku,
Tidak bermakna aku membenci engkau.
Tidak.
Wahai Sahabatku,
Maafkan aku,
Kerana menyusahkan engkau selama ni.
Aku mahu mendengar
Kata-kata semangat daripada engkau.
Jangan pernah putus dengan kata-kata semangat kau.
Sahabat,
Engkau membuatkan aku berani,
Berani berhadapan dengan masalah,
Berani berhadapan dengan dunia
Yang tidak menentu.
Sahabatku,
Bisakah engkau mendengar suaraku?
Aku selalu membisu
Tika kau seronok bercakap.
Aku selalu tersenyum
Tika kau gembira.
Aku bukan hipokrit
Tapi itulah aku.
Wahai Sahabatku,
Sudikah engkau menjadi 
Sahabatku?
Sudikan engkau membimbingku
Ke syurga?
Wahai Sahabatku,
Dengarlah suaraku
Ucapanku yang sering ku sebutkan kepadamu.
Terima kasih atas segalanya sahabat.
Atas izin Allah
Kita pasti bertemu.
Karya : Miss Fairytale.

Aku berharap
Tahun 2014 ajar aku
Tentang 'persahabatan kerana Allah'. 

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua di dunia dan di akhirat :) Amin.

1 comment:

Encik Ket said...

dulu segalanya sahabat.
sebab sya gagal dalam family.
but now, bila sya sunyi,
tiada siapa yg benar2 setia.
barulah sya faham,
hakikat dunia ini.. :)