Chat here,darling.

Friday, December 27, 2013

Puisi : Pendosa tanpa noktah.


A Dream Within a Dream
PENDOSA TANPA NOKTAH.
Aku,
Aku pendosa tanpa noktah.
Aku sering melakukan dosa.
Aku,engkau dan semua.
Tidak akan pernah lari daripada melakukan dosa.

Kadang,
Aku melakukan dosa
Sama ada tersembunyi
Mahupun nyata.
Aku terlampau leka
Leka dengan dunia yang sementara.
Aku hampir hanyut
Dengan dunia yang penuh dengan penipuan.
Aku sering melakukan dosa
Sama ada aku sedar
Mahupun tidak.
Aku selalu di lubang dosa yang sama.

Itulah manusia,
Tidak pernah terlepas melakukan dosa.
Tiada siapa yang sempurna.

Tapi,
Aku yakin,
Setiap dosa yang aku lakukan
Akan diampunkan oleh NYA
Melalui doa
Berazam tidak akan mengulangi lagi.
Oh,
Pendosa tanpa noktah,
Itu aku.
Aku tak mahu pengakhiran aku
Dipenuhi dengan dosa.
Aku mahu pengakhiran aku,
Dalam keadaan yang baik.
Sesungguhnya,
Allah Maha Mengetahui.
 Allah Maha Mengampuni.

2 comments:

Unknown said...

pintu taubat sntiasa tbuka,, terpulang dgn kita,,, blogwalking sini =)godek2 iklan skali =)

Encik Ket said...

taubat tp masih buat dose itu biase. taubat tp makin melantun2 nak buat dose, itu gile punye luar biase. hikhik..