Chat here,darling.

Tuesday, December 24, 2013

Cerpen - Mula kembali.



Cerpen - Mula kembali.
Nama aku Erina. Aku mempunyai 2 sahabat iaitu Eriz dan Emilyn. Kami begitu rapat. Tiada siapa yang boleh pisahkan kami melainkan takdir.
Kami begitu rapat.Saya beri mereka keychain yang berbentuk bintang tanda sebagai persahabatan kami tidak akan pernah putus.
"Let's put them in the air,for friend is forever!"Eriz dan Emilyn tersenyum kepadaku lalu diletakkan di udara.
"Friends forever" Hari ini adalah hari yang paling bermakna untuk aku.Aku gembira dan rasa sangat bertuah berjumpa dengan mereka.
Kami pulang ke rumah bersama, kami kongsi SEMUA masalah bersama.Apabila ditimpa musibah,kami tetap bersama.Kegilaan kami hanya orang tertentu saja yang tahu.Kami sama-sama menjaga rahsia,tidak menipu dan sentiasa jujur.
Suatu hari,ketika kami pulang ke rumah,hujan mula turun dengan renyai-renyai.Aku mengeluarkan payung dan berkongsi dengan tiga orang termasuk aku untuk satu payung.Aku rasa begitu gembira.Keseronokkan bersama mereka,bergurau senda.Aku tak tahu apa yang akan berlaku keesokkan hari...
****
KEESOKKAN HARI....
Aku sungguh bosan berada di sekolah,asyik-asyik menulis dan mengira.Eriz dan Emilyn cuba membuat aku gembira.Aku tersenyum riang.Hari ini sangat panas.Kami mengambil keputusan untuk membeli  ais krim.Perisa kegemaranku semestinya Vanilla, perisa kegemaran Eriz pula coklat dan perisa kegemaran Emilyn ialah Strawberry.
"Waaaah,sedapnya! Makan ais krim dapat menyejukkan tekak aku.Sangat memalukan lah tadi,"kata Emilyn.
Kami ketawa.
"Kau perlu hati-hati Emilyn,"Aku memberi amaran.
"Betul tu.Lain kali jangan buat lagi.Berfikir sebelum bertindak,"kata Eriz.
"Haha,cukuplah!"kata Emilyn lalu menolak sedikit bahu Eriz.
Ais-krim Eriz terjatuh dari tangannya.Tak sangka,Emilyn tolak bahu Eriz begitu kuat.Eriz begitu marah.Dia sangat sensitif bila barangnya terjatuh.Kali ini dia tidak dapat memaafkan Emilyn."Maafkan aku,Eriz"rayu Emilyn.
Tiba-tiba Eriz menolak Emilyn dengan kuat menyebabkan ais krimnya jatuh dari tangan. Mereka bergaduh ... tangan ke tangan... sama-sama menolak dengan kuat.Sekejap Eriz terjatuh.Sekejap Emilyn terjatuh.Aku hanya mampu melihat. Kemudian aku nampak , keychain Emilyn tercabut dari begnya dan terpelanting di tengah-tengah jalan raya.
Aku tak dapat berdiri dengan lama lalu mengambil keychain tersebut.Keychain itu penuh makna dan aku tak mahu keychain ini rosak dan ye , aku mengambilnya. Aku lega keychain itu berada di tangan aku lalu aku mengambil keputusan untuk memulangkan semula kepada Emilyn. Tetapi......
AKU DILANGGAR OLEH TRAK.
Aku tak tahu keychain itu dapat dikembalikan atau hilang begitu saja. Aku betul-betul dalam kegelapan.Aku tak sangka,hari ini adalah hari terakhirku.
"ERINAAAA! TIDAAAAAK!"Aku terdengar orang memanggil namaku,Aku ternampak cahaya yang menyinari mataku. Aku di syurga ke? TIDAK! Aku dibawa untuk pengebumian.
"Emilyn,this is all your fault !!!!!"Bentak Eriz.
Emilyn terasa dirinya ditolak di tengah-tengah jalan raya.Eriz tidak pernah berkelakuan seperti ini.Emilyn menelan air liur dengan perlahan.
"Erina mati....Salah kau!!!!!"Kata Eriz lalu tangannya ditekup di muka. Air matanya mengalir.
kenapa aku di sini ? Eh... Emilyn... Eriz....Kenapa muka diaorang tegang ? Kenapa seorang sedih dan seorang lagi marah ? Kenapa ? Salah aku ke?
****
SELEPAS HARI ITU, aku mengekori Emilyn.Eriz langung tidak bersama Emilyn sejak pemergianku. Di kelas,kami selalu duduk bersama.Aku duduk di tengah. Tapi, sejak pemergianku , diaorang langsung tidak bertegur sapa.Eriz langsung tidak berbual dengan Emilyn.Eriz mula mencari teman baru lalu meninggalkan Emilyn....
Ketika balik , Emilyn nampak Eriz begitu juga dengan Eriz tetapi buat-buat tak nampak lalu meninggalkan Emilyn seorang diri.Aku terkejut.Aku tertanya...Apa yang berlaku sebenarnya? Aku nampak kesedihan pada wajah Emilyn.Kenapa Eriz cepat sangat berubah?
Tak boleh jadi.......
*******
Beberapa tahun kemudian, Emily dan Eriz semakin membesar.Diaorang semakin cantik.Mereka belajar satu universiti yang sama.Aku tersenyum seorang diri.Masing-masing memakai kaca mata dan mereka bakal menjadi pensyarah.
Emilyn mencari dorm untuk dia merehatkan diri.Aku rasa dia belum lupakan Eriz.Mata Emilyn sedikit berkaca lalu mengeluh panjang.Dia membaca tanda pintu "Astronomy Research Society ".Dia tersenyum,harap tak salah bilik lalu membuka pintu.
Emilyn ternampak,seorang gadis yang berambut berwarna coklat.Rambutnya ditoncang dua."Tak mungkin Eriz"bisik hati Emilyn.Gadis itu menoleh ke belakang dan....
"Eriz?"bisik hati Emilyn.Aku terkejut dan tersenyum,tak sangka dapat bertemu lagi.Emilyn berlari lalu Eriz cepat-cepat mencapai tangan Emilyn.Betul-betul depan mata aku.Air mataku mengalir seperti air terjun.
"Maafkan aku,Emilyn.Maafkan aku...."rayu Eriz lalu memeluk tubuh ramping Emilyn.Mereka berdua terduduk di lantai.Masing-masing menangis.Aku juga turut menangis.Mereka sudah berbaik.
"Aku sudah maafkan kau.Lama dah.Aku tak sangka sejak pemergian Erina kau terus abaikan aku selama 10 tahun.Aku tahu kau bukan begitu.Sebab...sebab kau kawan baik aku yang aku ada sekarang ni"luah Emily.
****
SATU HARI,mereka keluar berdua.Melihat bintang yang berada di langit membuatkan mereka teringat kepada Erina.Mereka saling tersenyum sesama sendiri.Aku betul-betul di belakang mereka,mungkin mereka tidak perasan kerana aku hanyalah roh.
Mereka sudah berbaik.Aku gembira.
Aku ternampak keychain yang pernah aku berikan dulu kepada mereka.Emilyn menjadikan keychain itu sebagai subang manakala Eriz menjadikan keychain itu sebagai rantai.Aku memeluk erat tubuh mereka tanpa disedari mereka.Aku berbisik kepada mereka.
JANGAN BERGADUH LAGI.BIARKAN AKU PERGI DENGAN TENANG,SAHABAT.
Mereka menoleh ke belakang."Kau dengar apa-apa tak tadi?"tanya Eriz.Air mata Emilyn mengalir di pipi lalu memeluk Eriz."Erina kata biarkan dia pergi dengan tenang,"kata Emilyn.
"Mari kita doakan dia"kata Eriz.
-TAMAT-

No comments: