Tajuk : Aku tak nak kau. Penulis : Miss Fairytale (Me)
PROLOG
"Sayang, I just want to say sorry." kata Khairul. Kepalanya ditundukkan sedikit.
Wajah Syeris turut berubah. Keningnya dijungkitkan sedikit. Tiba-tiba saja, dia berasa tidak sedap hati. Anak matanya menyinggah sebentar ke anak mata Khairul. Ditatap pula wajah Khairul yang tidak seceria dulu. Lama. Terlalu lama, dia menjelajah ke dalam anak mata Khairul. Dia juga berharap, semoga dia dapat membaca isi hati Khairul. Tapi, itu semua mimpi. Tidak mungkin manusia dapat meneka isi hati seseorang.
"Kenapa,Khai? Saya ada buat salah ke?"tanya Syeris. Suaranya diperlahakan.
"Tidaklah."
Perbualan mereka berdua, kembali senyap. Bunyi air menggamatkan suasana di taman. Mata Syeris masih lagi tertumpu pada wajah Khairul. Dia menongkat dagu lalu membuangkan pandangannya ke arah kanak-kanak yang bermain di situ. Keluhan perlahan dilepaskan. Adakah Khairul mahu memutuskan hubungan yang sudah lama mereka berdua impikan? Bagaimana mana pula dengan janji-janji Khairul yang ingin bahagiakan Syeris? Dia merngeluh untuk kedua kalinya.
"Hubungan kita..."
Sengaja Khairul menggantungkan kata-katanya. Melihat riak muka Syeris yang terselit kedukaan. Mahu saja dia mencapai tangan Syeris dan dikucup bertalu-talu tetapi, dia lupakan niatnya.
"Kenapa dengan hubungan kita?"tanya Syeris.
Jantung Syeris berdegup kencang. Matanya membulat apabila Khairul menyebut 'hubungan kita'. Sudah pasti benda buruk yang bakal dia hadapi. Bibirnya diketap.
"Kita terpaksa putus."kata Khairul. Matanya menjadi kuyu. Dia langsung tidak menoleh ke arah Syeris. Lagipun, dia tidak mahu, dirinya bersedih hati.
"T..Ta..Tapi..Kenapa?"tanya Syeris dengan gugup.
Hatinya kian dikoyak berkali-kali. Bagaikan ada pisau yang tajam, mencucuk hatinya. Bukan sekali. Bukannya dua kali. Tapi,berkali-kali sehinggalah darah yang hangat mengalir keluar. Memang tiada siapa yang nampak ataupun rasa. Dia saja yang merasa.Kesakitan. Perit. Pedih. Itu yang dia rasa.
Khairul diam seribu bahasa. Tidak memberi sebarang respon.
"Am I not good for you?" tanya Syeris. Mukanya kemerahan di dada. Ditahan pula air mata yang mahu mengalir. Sakit di hati, Khairul langsung tidak peduli.
"Khai akan kahwin dengan someone new. My mom said, she is better than you." jelas Khairul. Kad perkahwinan yang berwarna biru langit, dihulurkan kepada Syeris. Dibiarkan saja air mata Syeris menitis di pipi.Tapi, itulah yang terbaik untuk dirinya dan Syeris.
Syeris menarik nafas sedalam-dalamnya. Air matanya diseka lemah. Walaupun air mata sudah banyak bertakung di bibir mata, dia tetap bertahan. Nak tak nak, dia mencapai kad perkahwinan yang berada di tangan Khairul. Keluhan berat dilepaskan ke udara.
"Happy birthday Eris. You're still pretty and I'm truly glad that I got to meet you ." Senyuman Khairul terukir di bibir.
Syeris turut membalas senyuman Khairul. Mungkin, senyuman itu adalah senyuman yang terakhir miliknya. Selepas ini, tiada lagi senyuman Khairul. Tidak ada lagi!
Sebuah kotak berwarna hitam yang dihiaskan dengan reben diletakkan di atas meja. "Ambillah. Hadiah untuk Eris."
Syeris membiarkan kotak berwarna hitam di atas meja. "Eris, Khai pergi dulu. Jaga diri baik-baik. Jangan tinggal solat ye,sayang."pesan Khairul. Dia menatap wajah Syeris untuk kali terakhir.
"Senpai...." Syeris menundukkan kepalanya. Dikesat pula air mata yang mengalir.
"Ye,Eris."
"I'm truly glad that I feel in love with you,Senpai!"luah Syeris. Segulum senyuman manis dihadiahkan pada Khairul.
Khairul tersenyum lalu beredar.Dibiarkan Syeris menangis yang bercampur aduk dengan kekecewaan. Dia pasti, suatu hari nanti, Syeris akan mengecapi kebahagiaan sepertinya. 'Maaf,Khai terpaksa melangkah keluar.' bisik hati Khairul.
Bayangan Khairul, sudah pun hilang daripada pandangannya. Kali ini, barulah dia menangis sepuas-puas hatinya. Kepalanya diletakkan ke atas meja. Dibiarkan air matanya mengalir dengan laju. Terasa hangat tika air mata laju mengalir. Kini, Syeris yang baru sudahpun muncul. Syeris yang tidak lagi seceria dulu. Tawa riangnya, sudah tidak ada lagi.
"WHAT ?! Kauorang putus tunang?" Datin Suria berasa terkejut. Bagaikan ada arus elektrik yang sedang mengalir di badannya. Nasib sajalah, rambutnya tidak menggerbang seperti 'cik ponti'.
Syeris melepaskan keluhan berat ke udara. Sudah di bilang tadi tapi, ibu dia tetap menyoal dengan soalan yang sama. Sengaja nak dera hati aku atau dia yang terkejut beruk? bisik hati Syeris. Syeris mengangguk lemah.
"Itulah, dulu papa suruh Eris kahwin dengan Zaidi, Eris tak nak. Kononnya, cinta Eris untuk Khairul. Lepas tu, tolak mentah-mentah. Tak nak kahwin dengan Zaidi. Bila dah sedih macam ni, mulalah nak menangis." Omel Dato' Basri.
Hah, mulalah nak suruh aku pasang telinga untuk ceramah dia. Ada ke orang sedih lepas tu ketawa terbahak-bahak? Buang tabiat agaknya. Bila aku celah nanti, kata aku suka 'menjawab'. Bila aku diam, kata aku 'bisu'. Tak ada mulut nak cakap. Pening kepala otak aku. Stres rasanya. Cubalah pujuk hati aku! Omelku dalam hati.
"Papa, mama. I want you to listen to me very carefully. I do not love Zaidi. Never and ever ! I love Khairul too much. Dia berjaya curi hati Eris, mama,papa." Syeris bersuara. Anak rambutnya ditolak ke belakang. Suarannya diperlahan.
"Cinta? Eris,Eris. What do you know about love? Do you know about it? Oh,come on darling. Cinta tu, boleh datang bila-bila masa saja. Lagipun, Zaidi tu, tak ada kurangnya. Handsome, kaya, baik,pandai......" kata-kata Datin Suria terhenti apabila Syeris mencelah.
"Are you sure,ma? Mama boleh kata Zaidi tu baik? Wake up mom,dad. Eris bukan nak membantah. Tapi, sebaik perangai itu ke sampai dia nak rogol Eris? Are you dreaming or forgot about it? Hampir saja tau, Eris kena rogol. Kalau Khai tak datang, entah apa yang jadi dekat Eris. Eris bersyukur tahu, sebab Allah selamatkan Eris." jelas Syeris dengan panjang lebar. Suaranya tetap perlahan walaupun ayatnya sememangnya 'pedas'.
|
Cover belakang
|
Dia tidak mahu, ibu dan ayahnya, 'buta' dengan lelaki yang kurang beradab. Depan mereka, Zaidi lah orang yang paling baik di dunia ini. Dia jugalah yang dapat jaga hati dan perasaan Syeris. Belakang mereka,diaorang bukannya tahu. Zaidi tu sudahlah kaki perempuan! Tolonglah.
"Papa, Zaidi tu berlakon baik sajalah."
Dato' Basri berdengus kuat. Dia memang tidak suka, jika ada orang membantah kata-katanya. Mendengar kata-kata yang sudah dilemparkan oleh anaknya, membuatkan dirinya naik angin. Tanpa membuang masa, tangan kanannya hinggap ke pipi kiri Syeris. Tamparan yang kuat jelas kedengaran. Datin Suria yang mahu bersuara, terus terdiam. Melihat tindakan suaminya yang sangat kasar.
Menggigil tangan kiri Syeris tika mengusap pipi kirinya dengan perlahan. Air mata yang sudah banyak terkumpul di bibir mata, terus mengalir hangat. Inilah kali pertama, dia mendapat 'hadiah yang kasar' daripada seorang lelaki yang amat dia sayangi, iaitu ayahnya. Dia diam membisu. Hadiah untuk hari jadinya, sudahpun melekat di pipi kiri Syeris. Warna merah di pipi kiri Syeris tidak seberapa nampak.
"Thanks dad for this and everything." kata Syeris sambil menunjuk pipi kirinya.
Datin Suria hanya melihat saja tingkah laku seorang anak dan seorang bapa. Hatinya sedikit luluh tika melihat air mata Syeris mengalir di pipi. Sungguh dia mahu menyeka air mata itu tetapi, dia tidak terdaya. Dia tidak mampu menghalang suaminya yang panas baran.
"I want to say thank you again,untuk hadiah yang ayah bagi. Eris hargai sangat-sangat. Hadiah yang pertama untuk hari jadi Eris. Thank you very much,dad." Sedu-sedannya kedengaran. Hati meronta-ronta kesakitan. Ikutkan hati, mahu saja dia melawan kata-kata ayahnya. Tapi, apa hak dia untuk melawan? Bukankah hukumnya berdosa besar?
Senyuman manis Syeris dihadiahkan untuk Datin Suria dan Dato' Basri. Air mata di pipi, tetap saja mengalir walaupun sudah diseka beberapa kali. Hatinya semakin sakit. Dia menganggkat kaki dan dibiarkan ibu dan ayahnya di ruang tamu.
SYERIS berlari ke arah biliknya lalu menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Dipeluk bantal goleknya dengan erat. Mukanya ditekup kuat dengan bantal busuknya lalu menjerit sekuat hati.
"Terima kasih." Syeris meletakkan bantal busuknya di sebelah kanannya.
Sekejap dia mengiring ke kiri. Sekejap dia mengiring ke kanan. Kenapa air mata masih lagi laju mengalir di pipi? Berhentilah air mata daripada mengalir. Aku sudah puas. Tapi, kenapa hatinya bertambah sebak? Ya Allah, ujian kau. Sungguhku bersyukur. Aku mohon, kau tabahkanlah hati aku.
Hari ini saja, dia mendapat benda buruk. Dia berharap , pada hari jadinya, dia akan berasa gembira dan bahagia. Tapi,sebaliknya. Putus tunang dengan Khairul sungguhlah dia berasa sedih. Penat-penat membina istana dalam khayalan tapi, senang saja Khairul melangkah pergi dan merobohkan istana. Tidak mengapa.
Kotak berwarna hitam direnung seketika. Ikutkan hati, dia memang nak tahu isinya. Tapi, dia tidak terdaya. Sungguh dia lemah. Walaupun zahirnya, manusia nampak dia seorang gadis yang kuat tetapi batinnya, Allah saja yang tahu.
Berkahwin dengan Zaidi adalah mimpi ngeri baginya. Dia langsung tidak berminat dengan lelaki yang suka lepas tangan. Sudah puas mempergunakan perempuan, dia blah macam tu saja. Semoga dirinya dilindungi.
Biarlah dunia berputar seiring dengan waktu. Lambat atau cepat, hati dia akan pulih. Semoga Syeris bertemu dengan jejaka yang baik. Amin.