Ayoyoyo, kepada yang sedang menunggu bab seterusnya, terima kasih ye Sibuk sikit sebab dah start kerja hahaha. Maaf sebab pendek :( Tunggukan part yang kedua.
Bunyi alarm yang menjerit-jerit memecah kesunyiaan yang dingin lantas mengejutkan Airish Humaira. Mahu saja dia membaling telefon bimbit ke arah dinding supaya tidak lagi mengacaunya dibuai mimpi indah. Tapi, kerana sayangnya terhadap telefon bimbit itu, dia terus mengubah fikiran. Tangannya pantas mengambil telefon bimbit lalu mematikan alarm.Mulutnya menguap kecil. Sesekali dia mengeliat malas ke kanan dan ke kiri. Perlahan-lahan dia mengesot turun dari katil dan membuka pintu biliknya. Airish Humaira memandang ke arah pintu bilik abangnya terbuka luas. Cahaya lampu menusuk masuk ke dalam biliknya.
"Rish, kenapa tercegat di situ? Tak reti nak bersiap ke?" ujar Fakhrul Ameer.
Airish Humaira mencapai getah rambut merahnya lalu diikat dengan kemas. "Nak pergi mana abang?" Airish Humaira.
Fakhrul Ameer tersengih menyenget. Matanya mengecil melihat Airish Humaira menyoal soalan bodoh kepadanya. Lupa, dia sendiri pun tidak memberitahu. "Oh, lupa nak bagitahu semalam. Abang nak ucapakan terima kasih kerana menjadi ‘bibik’ abang yang tak dibayar gaji. Yang kedua, bilik abang sudah nampak kemas dan cantik. Bagus. Abang suka. Ketiga, sebagai ganjarannya, abang nak bawa adik pergi ke tasik. Maklumlah, SPM nak dekat dan semestinya adik akan stres. Jadi, sebelum muka adik berkedut seribu apa kata kita bersenam.” Begitu panjangnya penerangan Fakhrul Ameer sehingga boleh membuat drama bersiri. Ada juga terselit sindiran.
Airish Humaira menjeling ke arah Fakhrul Ameer. "Kalau ye pun cik abang, tak payahlah nak kata muka adik berkedut seribu. Saya masih muda dan kuat. Lainlah macam abang. Kalau panggil muka berkedut pun sesuai sangat.”
Fakhrul Ameer menggosok kasar kepala Airish Humaira. "Habis, adik ingat, adik akan muda sampai ke tua nanti? Jangan nak perasanlah. Tu hah, jerawat pun dah tumbuh dekat muka ada hati nak kata orang. Cermin dirilah!”
Hah,apabila pertandingan sindir menyindir sudah berlangsung secara tidak rasmi, memang meletuplah jadinya. Perlian abang itu kaw-kaw gilalah. Dia sendiri tak tahan. Macam manalah nak lawan abang ini balik? Kalaulah dia ada doraemon bersama poket itu, macam-macam dia nak minta. "Ala, abang ini. Setakat jerawat ini apalah sangat. Boleh hilanglah wei. “balas Airish Humaira dengan malas. Tangannya mencapai tuala.
"Eh budak ini. Melawan saja tahu."kata Fakhrul Ameer.
Airish Humaira tersengih nipis. “Ala, ini pun adik belajar daripada abang. So, siapa suruh ajar adik abang yang bukan-bukan. Jadi, abang kenalah tanggung sendiri. Chill lah beb.” Geram tak terkata. Hah, nah rasakan ayat-ayat perli itu. Memang khas untuk abang. Bila tak cakap, dia kata bisu. Bila bersuara, dia kata melawan (menjawab,menjawab) katanya. Tangan ke bahu. Sudah tu, aku nak buat apa? Terbang ke langit?
SINARAN CAHAYA MATAHARI mula memancarkan cahayanya. Angin dingin pagi mencerkam tubuh Airish Humaira. Haih, rasa menyesal gila sebab tak pakai jaket tebal. Ini semua abang punya fasal lah. Ajak dia keluar last minute sehinggakan terpaksa memakai tudung sarung tanpa oning untuk KALI PERTAMANYA. Tudung dahlah hitam, ditambah dengan t-shirt lengan panjang dengan seluar track; warna hitam juga. Haih, jadi lembaga hitam siang aku hari ini.
Nasiblah kulit dia tidak hitam. Rasa bersyukur tak terhingga walaupun kulit taklah putih melepak tapi sekadar warna kuning langsat, Alhamdulillah. Tehee :P Buat apalah nak putih-putih, bila malu nanti susah nak cover muka sis! Bukan nak perli ke apa, fakta ye. Tapi memang confirm kauorang cantiklah. Tak apa, warna kulit tak penting pun. Yang penting itu adalah hati awak itu. Kalau hati cantik confirm yang tak cantik jadi cantik. Semua ciptaan Allah cantik-cantik belaka. So, don't blame yourself.
Lagu Clouds yang dinyanyikan oleh One Direction dibiarkan berdentum-dentum kuat macam tanah nak runtuh daripada headphone di telinga. Mulutnya terkumat-kamit melagukan baris kata walaupun miming. Terasa diri ini seperti penyanyi yang profesional bersama headphone. Bila buka aje headphone, suara yang dilontarkan macam suara katak. Hancur. Apabila lagu sudah terpasang kuat sehinggakan tiada bunyi lain selain lagu, ditambah pula volume sampai tahap maksima confirm tak dengar. Bila orang panggil, memang tidak akan menyahut.
Lama Fakhrul Ameer berdiri di hadapannya sambil bercekak pinggang. Riak wajah tegang Fakhrul Ameer ditatap lama.Mulutnya turut sama terkumat-kamit mengeluarkan ayat tapi apa yang Airish Humaira fikir adalah, abangnya sedang menyanyi atau mungkin juga menyuruh gadis itu berlari. Kakinya teragak-agak nak berlari. Mana tidaknya,abang dia masih lagi terkumat-kamit. Tidak mungkin Airish Humaira mahu meninggalkan Fakrul Ameer bersendirian KECUALI apabila lelaki itu mengajak lumba lari. Itu lain ceritalah.
PAP!
Serta-merta mata Airish Humaira mengerdip laju. Sengihan sinis dihadiahkan kepad Fakhrul Ameer. Sengaja Airish Humaira menanggalkan headphonenya lambat-lambat. Bukan dia tidak tahu yang abangnya akan berceramah. Pendek atau panjang, relakan ajelah. "Kau ini kan, telinga kalau dah bersumbat. Satu apa pun kau tidak akan dengar,bukan? Membazir air liur abang saja bercakap dengan kau. Syok sendiri abang kau ini. Nanti kalau awak tak dengar satu hapak nanti, menyesal tak sudah. Abang dah kata, jangan pasang volume kuat-kuat."
"Alahai, barulah ada semangat nak berlari."
"Hah, menjawab-menjawab! Kurangkan volume tu. Kalau tak, abang buang headphone itu nanti."kata Fakhrul Ameer,geram. Rengusan kecil terbit dari mulut gadis itu. Mukanya mencebik dan berlari laju meninggalkan abangnya.
Sentaplah itu. Fikir Fakhrul Ameer dalam kepalanya.
DUP DAP DUP DAP, jantungnya seperti mahu tercabut keluar. Airish Humaira membuat senaman ringan dan menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum simbol ‘OK’nya ditunjukkan. ‘Bukan main laju abang aku ini lari. Macam pelesit pun ada jugalah. Memang padanlah dengan ketinggian dia plus kaki panjang. Dan semestinya dia bukan sama tinggi dengan Lee Kwang Soo. Hihi.’ Bisiknya,sekadar di dalam hati. Tak pasal-pasal bergaduh pasal ketinggian.
“Ada ke patut….. suruh berlumba sampai ke… -mah?” Tercunggap-cunggap lelaki itu berkata. Mahu saja dia rebahkan dirinya di atas jalan raya di hadapan rumahnya. Silap masa, dia sudah ‘jalan’ di situ.
“Lepaklah. Adik pun… penat jugak. Abang jugak yang ajak berlumba. Nasib… tak jauh.”
Fakhrul Ameer tersenyum hambar. Pandai betul adiknya menjawab sekarang. Ada saja jawapan untuk setiap soalannya. Sabar ajelah aku ini. Terasa penat, lenguh dan lelah rasanya. Macamlah aku ini sudah tua kerepot. Rungutnya dalam hati. Peluh yang merintik di muka disapu dengan sapu tangan.
DERINGAN TELEFON berbunyi, memecahkan keheningan sepi. Nama Haris Syazwan terpampang jelas di telefon Iphone kepunyaanya namun hatinya berkira-kira sama ada untuk angkat atau biarkan saja. Kalau tidak diangkat nanti pasti ada kata-kata berbaur sangka buruk. Ah, benda lepas tak usah dikenang!
Haris Syazwan is calling…
“Assalamualaikum.”
Airish Humaira spontan menyapa lelaki yang berada di hujung talian. Biarpun lelaki itu merupakan sebahagian dalam hidupnya namun status sebagai kawan masih lagi kuat. “Ada apa telefon aku ni? Masa aku tengah sibuklah kau nak telefon aku. Masa aku free, phone pulak senyap.”
Tertawa kecil lelaki itu dibuatnya. Terkejut dengan leteran yang baru saja dia dengari. “Waalaikummusalam. Manalah aku tahu bila masa kau free, bila masa kau tak free. Aku bukannya duduk sebumbung dengan kau pun. Lainlah kalau aku dah memang sebumbung dengan kau kan?”
Ada juga rasa terkejut sikit dengan suara garau yang menegurnya. Selama ini, suara dia tidak garau macam sekarang ini. Airish Humaira memusingkan 360 darjah pensil mekanikal berkali-kali. Haiya, gaya macam bercakap dengan ‘balak’ aje. “Tak ada maknanya sebumbung-sebumbung. Sekarang kau cakap aje, apa yang kau nak? Aku tengah siapkan karangan. Tak pasal-pasal idea aku hilang disebabkan kau. Kalau idea aku hilang nanti, aku salahkan kau dan kau… aku merajuk seminggu dengan kau.”
“Buruk betul perangai kau. Kau buat karangan eh? Yang mana eh cikgu suruh buat?”
“Bertuahnya kau. Kau salin ke tak doh? Ke… kau salin atau kau salin lepas tu kau buang? Hish, pasal kebaikan teknologilah.”
“Oh… Yang itu ya. Apa kata kau bagi aku idea sikit.”
Wajah Airish Humaira berubah menjadi tegang. Pantang bila ada orang mintak idea masa dia buat karangan. “Kau buatlah sendiri. Tak kuasa aku nak bagi idea dekat kau doh. Penat-penat aku perah, lepas itu kau selamba aje nak minta. Minta maaflah banyak-banyak.”
“Kedekut gila kau ini doh. Dengan aku pun kau kedekut, mana boleh macam ini.”
Airish Humaira menjuling mata ke atas. “Who cares?That’s your problem.” Dia mengeluh perlahan. Tak baik juga kedekut bab-bab pelajaran ini. Tak pasal-pasal tak berkat. Betulkah tekaan aku ini? “Okay fine.Aku bagi isi lepas itu kau pandailah huraikan sendiri. 1) Mempercepatkan kerja seseorang. 2) Berhubung dan berkomunikasi. Kau salin ke tak?”
“Salin.”
“3)Membantu pembelajaran. 4)Menjimatkan masa. 5)Meningkatkan pengeluaran. Seterusnya pandai-pandailah kau ubah ye? Aku nak sambung buat karangan. Byebye.” Belum sempat Haris Syazwan berkata, Airish Humaira sudah mematikan talian tersebut. Memang padan muka kaulah,Ris. Tak kuasa aku nak menghuraikan untuk kau. Bibir gadis itu menggariskan sengihan nipis.
Krik…Krik…Krik…
Okay, itu aku saja nak tambahkan effect.
Mangkuk yang berisikan keropok super ring sudah selesai dinikmati bersama-sama dengan otak yang berkerja keras memerah idea. Tinggal beberapa ayat saja untuk menghabiskan karangan Bahasa Melayu. Woah, terseksa juga nak buat karangan ini. Tak mahulah copy paste daripada Internet. Tak mencabarlah masa nak buat karangan. Lepas itu, kalau ada pula yang seakan-akan sama dengan karangan Internet punya, tak pasal-pasal Cikgu Zuraidah bertukar menjadi harimau atau mungkin raksasa.
Lagu One Direction sengaja dikuatkan, hendak menutupi kesepian di bilik. Airish Humaira hanya tersenyum tanpa dipinta. Bila difikirkan semula ketika bertemu dengan Haris Syazwan, rasa nak tergelak pun ada. Geli juga rasa hati ini bila dikenangkan. Kelakar. Mata dia beralih ke arah cermin tingkap. Terlihat susuk-susuk tubuh yang kecil atau mungkin sedikit tegap dari pandangan matanya, Airish Humaira jadi kaget. Nampaknya ada orang yang mahu menjadi ‘stalker’ kepada dirinya. Macamlah dia itu retis femes dekat asia ini. Lainlah kalau muka dia ini macam artis-artis korea,bukan? Hah, itu lain ceritalah. Ini setakat muka macam…. budak-budak hingusan, rasanya lupakan sajalah niat itu.
“Rish… Ada orang nak jumpa…”
No comments:
Post a Comment