#1 Review Blog : Kak Irsalina
Selamat pagi semua :) Hari ini saya nak review blog Kak Irsalina. Alhamdulilah, ini kali pertama saya review blog orang. Jadi, agak weird sikit dalam penerangan tapi saya akan cuba. Nama si penulis blog ini ialah, Nurin Najwa Irsalina tapi saya selalu terbalik nama dia Nurin Irsalina Najwa. Ikut suka hati saya aje tukar nama orang Gomen ne. Penulis ini berumur 19 tahun dan sekarang dia melanjutkan pelajaran di somewhere (tak ingat tempat). Akak ini sedang menunggu novel pertamanya iaitu Jihad cinta. Kalau dah publish itu, marilah kita beli novel dia.
Rasanya tak perlu sangatlah cerita pasal peribadi dia, nak kenal dia lebih lanjut. Carilah jalan sendiri
Blog penulis ini penuh dengan nasihat dan cerita yang sangat menarik. Actually, blog dia saya edit. Jadi saya tak tahulah nak comment macamana tapi adik saya kata kemas. Saya pun nak kata jugak lah kemasnya. Backgroundnya tema berwarna pink dan biru. Tulisan ditambahkan sekali dengan hiasan seekor rama-rama. Sidebar pula, dihiasi dengan ribbon dan bunga macam bouquet tu.
Selain daripada itu, dia juga menulis novel dan menarik juga. Saya ada juga singgah blog dia untuk mencari idea. Bahasa yang sangat menarik perhatian saya. Dalam blog dia juga, anda akan jumpa pelbagai cerita nanti. Dia juga ada menulis cerita di ilham karangkraf, kalau tidak silap saya. Cinta bersemi di Jordan tapi mungkin juga sudah tukar tajuk. Cerita dia sangat menarik pada mulanya. *Saya tak dapat nak habiskan sebab sibuk. Aicewah.* Kalau awak nak tempah cerpen dekat dia pun boleh :) Saya pernah tempah cerpen dekat dia dan sangat menarik cerita dia. Serius saya kata.
Katanya, dia suka sponsor GA. Yang sedang mencari sponsor GA, hah, terjah terus blog akak ini ye. Dia suka sponsor hadiah untuk GA. Tak semuanya orang mampu. Selagi benda itu dipanggil hadiah, kita kena hargai bukan macam kera mendapat bunga.
Adakah anda terasa mahu orang lain review produk anda? Kak Irsalina ini juga pun review produk juga :) Memang menarik perhatian saya terhadap gaya dia berkata-kata . Okay, ini saja yang saya mampu. Maklumlah, masih baru lagi. Kiranya, first time saya review blog orang. Bila sudah baca, jangan lupa follow blog akak itu ya.
|
Terjumpa pula XD Kawaii. |
2 comments:
Tq dik :) love u.
Assalammualaikum and Hye :)
Saya sedang mencari sponsor :)
Tiada syarat dikenakan :)
Sudi tak nak sponsor? :)
Sebarang detail bolehlah ke blog saya http://sweethotlovers.blogspot.com/2015/03/pencarian-sponsor-contest-wear-it-right.html :)
Jika sudi, sila komen di entri tersebut. Syukran jiddan. :)
Post a Comment