Chat here,darling.

Sunday, February 15, 2015

#1 Review Blog : Kak Irsalina

Selamat pagi semua :) Hari ini saya nak review blog Kak Irsalina. Alhamdulilah, ini kali pertama saya review blog orang. Jadi, agak weird sikit dalam penerangan tapi saya akan cuba. Nama si penulis blog ini ialah, Nurin Najwa Irsalina tapi saya selalu terbalik nama dia Nurin Irsalina Najwa. Ikut suka hati saya aje tukar nama orang  Gomen ne. Penulis ini berumur 19 tahun dan sekarang dia melanjutkan pelajaran di somewhere (tak ingat tempat). Akak ini sedang menunggu novel pertamanya iaitu Jihad cinta. Kalau dah publish itu, marilah kita beli novel dia.

 Rasanya tak perlu sangatlah cerita pasal peribadi dia, nak kenal dia lebih lanjut. Carilah jalan sendiri 
Blog penulis ini penuh dengan nasihat dan cerita yang sangat menarik. Actually, blog dia saya edit. Jadi saya tak tahulah nak comment macamana tapi adik saya kata kemas. Saya pun nak kata jugak lah kemasnya. Backgroundnya tema berwarna pink dan biru. Tulisan ditambahkan sekali dengan hiasan seekor rama-rama. Sidebar pula, dihiasi dengan ribbon dan bunga macam bouquet tu.


 Selain daripada itu, dia juga menulis novel dan menarik juga. Saya ada juga singgah blog dia untuk mencari idea. Bahasa  yang sangat menarik perhatian saya. Dalam blog dia juga, anda akan jumpa pelbagai cerita nanti. Dia juga ada menulis cerita di ilham karangkraf, kalau tidak silap saya. Cinta bersemi di Jordan  tapi mungkin juga sudah tukar tajuk. Cerita dia sangat menarik pada mulanya. *Saya tak dapat nak habiskan sebab sibuk. Aicewah.* Kalau awak nak tempah cerpen dekat dia pun boleh :) Saya pernah tempah cerpen dekat dia dan sangat menarik cerita dia. Serius saya kata.

 Katanya, dia suka sponsor GA. Yang sedang mencari sponsor GA, hah, terjah terus blog akak ini ye. Dia suka sponsor hadiah untuk GA. Tak semuanya orang mampu. Selagi benda itu dipanggil hadiah, kita kena hargai bukan macam kera mendapat bunga

Adakah anda terasa mahu orang lain review produk anda? Kak Irsalina ini juga pun review produk juga :) Memang menarik perhatian saya terhadap gaya dia berkata-kata . Okay, ini saja yang saya mampu. Maklumlah, masih baru lagi. Kiranya, first time saya review blog orang. Bila sudah baca, jangan lupa follow blog akak itu ya.

Terjumpa pula XD Kawaii.

Thursday, February 12, 2015

Tutorial download anime.



Hello hello :D Adakah anda peminat anime/otaku? Yeay! Tapi saya hanya layan genre shoujo dengan shounen atau senang kata yang bukan 18 ke atas punyalah. :) Okay now, awak lebih suka download atau streaming? Kalau awak tanya saya, sudah tentulah saya lebih suka streaming. ^^ Saya tidak suka menunggu download bagai. Sebab apa? Lembab. Hihihi. Tonight, I saja nak share :) Bosan gila.

Antara website yang biasa saya download Cara 1 dan Cara 2. Now let's start!

1. Cara 1 (http://www.chia-anime.tv/)


Mula-mula awak search anime yang awak nak download.




Kemudian, klik pada download. :)



Download lah wei. Takkan  tengok aje? Buatlah sekarang. Takkan awak nak suruh saya download pula.   Gomen ne



Macam tadi juga, search anime.


Scroll down dan awak akan jumpa episod dia. Klik episod yang awak nak download.


Scroll lagi bawah, awak akan jumpa link untuk download. Pilih satu saja. Bila awak tekan, automatik dia akan pop up new tab.

Nanti dia keluar macam ini tau. Awak tunggu kejap.  Mula-mula masa saya ingatkan tak ada apa-apa pun. Tiba-tiba keluar video 

Lepas itu, akan keluar video yang awak nak download. Right click and click save link as..


Okay lepas itu tekanlah save :D Tamat. Senangkan? 
Goodluck. 


OYASUMINASAI,MINNA!  
Please leave any anime suggestion. Tak ada idea nak tengok cerita apa.

Tuesday, February 10, 2015

Novel: 1437 - BAB 10 - Part 1


Ayoyoyo, kepada yang sedang menunggu bab seterusnya, terima kasih ye  Sibuk sikit sebab dah start kerja  hahaha. Maaf sebab pendek :( Tunggukan part yang kedua. 
Bunyi alarm yang menjerit-jerit memecah kesunyiaan yang dingin lantas mengejutkan Airish Humaira. Mahu saja dia membaling  telefon bimbit ke arah dinding  supaya tidak lagi mengacaunya dibuai mimpi indah. Tapi, kerana sayangnya terhadap telefon bimbit itu, dia terus mengubah fikiran. Tangannya pantas mengambil telefon bimbit lalu mematikan alarm.Mulutnya menguap kecil. Sesekali dia mengeliat malas ke kanan dan ke kiri. Perlahan-lahan dia mengesot turun dari katil dan membuka pintu biliknya. Airish Humaira memandang ke arah pintu bilik abangnya terbuka luas. Cahaya lampu menusuk masuk ke dalam biliknya.
            "Rish, kenapa tercegat di situ? Tak reti nak bersiap ke?" ujar Fakhrul Ameer.
Airish Humaira mencapai getah rambut merahnya lalu diikat dengan kemas. "Nak pergi mana abang?" Airish Humaira.
Fakhrul Ameer tersengih menyenget. Matanya mengecil melihat Airish Humaira menyoal soalan bodoh kepadanya. Lupa, dia sendiri pun tidak memberitahu. "Oh, lupa nak bagitahu semalam. Abang nak ucapakan terima kasih kerana menjadi ‘bibik’ abang yang tak dibayar gaji. Yang kedua, bilik abang sudah nampak kemas dan cantik. Bagus. Abang suka. Ketiga, sebagai ganjarannya, abang nak bawa adik pergi ke tasik. Maklumlah, SPM nak dekat dan semestinya adik akan stresJadi, sebelum muka adik berkedut seribu apa kata kita bersenam.” Begitu panjangnya penerangan Fakhrul Ameer sehingga boleh membuat drama bersiri. Ada juga terselit sindiran.

Airish Humaira menjeling ke arah Fakhrul Ameer. "Kalau ye pun cik abang, tak payahlah nak kata muka adik berkedut seribu. Saya masih muda dan kuat. Lainlah macam abang. Kalau panggil muka berkedut pun sesuai sangat.”

Fakhrul Ameer menggosok kasar kepala Airish Humaira. "Habis, adik ingat, adik akan muda sampai ke tua nanti? Jangan nak perasanlah. Tu hah, jerawat pun dah tumbuh dekat muka ada hati nak kata orang. Cermin dirilah!”

Hah,apabila pertandingan sindir menyindir sudah berlangsung secara tidak rasmi, memang meletuplah jadinya. Perlian abang itu kaw-kaw gilalah. Dia sendiri tak tahan. Macam manalah nak lawan abang ini balik? Kalaulah dia ada doraemon bersama poket itu, macam-macam dia nak minta. "Ala, abang ini. Setakat jerawat ini apalah sangat. Boleh hilanglah wei. “balas Airish Humaira dengan malas. Tangannya mencapai tuala.

"Eh budak ini. Melawan saja tahu."kata Fakhrul Ameer.
Airish Humaira tersengih nipis. “Ala, ini pun adik belajar daripada abang. So, siapa suruh ajar adik abang yang bukan-bukan. Jadi, abang kenalah tanggung sendiri. Chill lah beb.” Geram tak terkata. Hah, nah rasakan ayat-ayat perli itu. Memang khas untuk abang. Bila tak cakap, dia kata bisu. Bila bersuara, dia kata melawan (menjawab,menjawab) katanya. Tangan ke bahu. Sudah tu, aku nak buat apa? Terbang ke langit?

SINARAN CAHAYA MATAHARI mula memancarkan cahayanya. Angin dingin pagi mencerkam tubuh Airish Humaira. Haih, rasa menyesal gila sebab tak pakai jaket tebal. Ini semua abang punya fasal lah. Ajak dia keluar last minute sehinggakan terpaksa memakai tudung sarung tanpa oning untuk KALI PERTAMANYA. Tudung dahlah hitam, ditambah dengan t-shirt lengan panjang dengan seluar track; warna hitam juga. Haih, jadi lembaga hitam siang aku hari ini.

Nasiblah kulit dia tidak hitam. Rasa bersyukur tak terhingga walaupun kulit taklah putih melepak tapi sekadar warna kuning langsat, Alhamdulillah. Tehee :P Buat apalah nak putih-putih, bila malu nanti susah nak cover muka sis! Bukan nak perli ke apa, fakta ye. Tapi memang confirm kauorang cantiklah. Tak apa, warna kulit tak penting pun. Yang penting itu adalah hati awak itu. Kalau hati cantik confirm yang tak cantik jadi cantik. Semua ciptaan Allah cantik-cantik belaka. So, don't blame yourself.

Lagu Clouds yang dinyanyikan oleh One Direction dibiarkan berdentum-dentum kuat macam tanah nak runtuh daripada headphone di telinga. Mulutnya terkumat-kamit melagukan baris kata walaupun miming. Terasa diri ini seperti penyanyi yang profesional bersama headphone. Bila buka aje headphone, suara yang dilontarkan macam suara katak. Hancur. Apabila lagu sudah terpasang kuat sehinggakan tiada bunyi lain selain lagu, ditambah pula volume sampai tahap maksima confirm tak dengar. Bila orang panggil, memang tidak akan menyahut.

Lama Fakhrul Ameer berdiri di hadapannya sambil bercekak pinggang.  Riak wajah tegang Fakhrul Ameer ditatap lama.Mulutnya turut sama terkumat-kamit mengeluarkan ayat tapi apa yang Airish Humaira fikir adalah, abangnya sedang menyanyi atau mungkin juga menyuruh gadis itu berlari. Kakinya teragak-agak nak berlari. Mana tidaknya,abang dia masih lagi terkumat-kamit. Tidak mungkin Airish Humaira mahu meninggalkan Fakrul Ameer bersendirian KECUALI apabila lelaki itu mengajak lumba lari. Itu lain ceritalah.

PAP!

Serta-merta mata Airish Humaira mengerdip laju. Sengihan sinis dihadiahkan kepad Fakhrul Ameer. Sengaja Airish Humaira menanggalkan headphonenya lambat-lambat. Bukan dia tidak tahu yang abangnya akan berceramah. Pendek atau panjang, relakan ajelah.  "Kau ini kan, telinga kalau dah bersumbat. Satu apa pun kau tidak akan dengar,bukan? Membazir air liur abang saja bercakap dengan kau. Syok sendiri abang kau ini. Nanti kalau awak tak dengar satu hapak nanti, menyesal tak sudah. Abang dah kata, jangan pasang volume kuat-kuat."
"Alahai, barulah ada semangat nak berlari."


"Hah, menjawab-menjawab! Kurangkan volume tu. Kalau tak, abang buang headphone itu nanti."kata Fakhrul Ameer,geram. Rengusan kecil terbit dari mulut gadis itu. Mukanya mencebik dan berlari laju meninggalkan abangnya.

Sentaplah itu. Fikir Fakhrul Ameer dalam kepalanya.

DUP DAP DUP DAP, jantungnya seperti mahu tercabut keluar. Airish Humaira membuat senaman ringan dan menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum simbol ‘OK’nya ditunjukkan. ‘Bukan main laju abang aku ini lari. Macam pelesit pun ada jugalah. Memang padanlah dengan ketinggian dia plus kaki panjang. Dan semestinya dia bukan sama tinggi dengan Lee Kwang Soo. Hihi.’ Bisiknya,sekadar di dalam hati. Tak pasal-pasal bergaduh pasal ketinggian.

            “Ada ke patut….. suruh berlumba sampai ke… -mah?” Tercunggap-cunggap lelaki itu berkata. Mahu saja dia rebahkan dirinya di atas jalan raya di hadapan rumahnya. Silap masa, dia sudah ‘jalan’ di situ.

            “Lepaklah. Adik pun… penat jugak. Abang jugak yang ajak berlumba. Nasib… tak jauh.”
              Fakhrul Ameer tersenyum hambar. Pandai betul adiknya menjawab sekarang. Ada saja jawapan untuk setiap soalannya. Sabar ajelah aku ini. Terasa penat, lenguh dan lelah rasanya. Macamlah aku ini sudah tua kerepot. Rungutnya dalam hati. Peluh yang merintik di muka disapu dengan sapu tangan.

DERINGAN TELEFON berbunyi, memecahkan keheningan sepi. Nama Haris Syazwan terpampang jelas di telefon Iphone kepunyaanya namun hatinya berkira-kira sama ada untuk angkat atau biarkan saja. Kalau tidak diangkat nanti pasti ada kata-kata berbaur sangka buruk. Ah, benda lepas tak usah dikenang!

            Haris Syazwan is calling…

            “Assalamualaikum.”

Airish Humaira spontan menyapa lelaki yang berada di hujung talian. Biarpun lelaki itu merupakan sebahagian dalam hidupnya namun status sebagai kawan masih lagi kuat. “Ada apa telefon aku ni? Masa aku tengah sibuklah kau nak telefon aku. Masa aku free, phone pulak senyap.”

Tertawa kecil lelaki itu dibuatnya. Terkejut dengan leteran yang baru saja dia dengari. “Waalaikummusalam. Manalah aku tahu bila masa kau free, bila masa kau tak free. Aku bukannya duduk sebumbung dengan kau pun. Lainlah kalau aku dah memang sebumbung dengan kau kan?”

Ada juga rasa terkejut sikit dengan suara garau yang menegurnya. Selama ini, suara dia tidak garau macam sekarang ini. Airish Humaira memusingkan 360 darjah pensil mekanikal berkali-kali. Haiya, gaya macam bercakap dengan ‘balak’ aje. “Tak ada maknanya sebumbung-sebumbung. Sekarang kau cakap aje, apa yang kau nak? Aku tengah siapkan karangan. Tak pasal-pasal idea aku hilang disebabkan kau. Kalau idea aku hilang nanti, aku salahkan kau dan kau… aku merajuk seminggu dengan kau.”

“Buruk betul perangai kau. Kau buat karangan eh? Yang mana eh cikgu suruh buat?”

“Bertuahnya kau. Kau salin ke tak doh? Ke… kau salin atau kau salin lepas tu kau buang? Hish, pasal kebaikan teknologilah.”

“Oh… Yang itu ya. Apa kata kau bagi aku idea sikit.”

Wajah Airish Humaira berubah menjadi tegang. Pantang bila ada orang mintak idea masa dia buat karangan. “Kau buatlah sendiri. Tak kuasa aku nak bagi idea dekat kau doh. Penat-penat aku perah, lepas itu kau selamba aje nak minta. Minta maaflah banyak-banyak.”

“Kedekut gila kau ini doh. Dengan aku pun kau kedekut, mana boleh macam ini.”

Airish Humaira menjuling mata ke atas. “Who cares?That’s your problem.” Dia mengeluh perlahan. Tak baik juga kedekut bab-bab pelajaran ini. Tak pasal-pasal tak berkat. Betulkah tekaan aku ini? “Okay fine.Aku bagi isi lepas itu kau pandailah huraikan sendiri. 1) Mempercepatkan kerja seseorang. 2) Berhubung dan berkomunikasi. Kau salin ke tak?”

“Salin.”

“3)Membantu pembelajaran. 4)Menjimatkan masa. 5)Meningkatkan pengeluaran. Seterusnya pandai-pandailah kau ubah ye? Aku nak sambung buat  karangan. Byebye.” Belum sempat Haris Syazwan berkata, Airish Humaira sudah mematikan talian tersebut. Memang padan muka kaulah,Ris. Tak kuasa aku nak menghuraikan untuk kau. Bibir gadis itu menggariskan sengihan nipis.

Krik…Krik…Krik…

Okay, itu aku saja nak tambahkan effect.

Mangkuk yang berisikan keropok super ring sudah selesai dinikmati bersama-sama dengan otak yang berkerja keras memerah idea. Tinggal beberapa ayat saja untuk menghabiskan karangan Bahasa Melayu. Woah, terseksa juga nak buat karangan ini. Tak mahulah copy paste daripada Internet. Tak mencabarlah masa nak buat karangan. Lepas itu,  kalau ada pula yang seakan-akan sama dengan karangan Internet punya, tak pasal-pasal Cikgu Zuraidah bertukar menjadi harimau atau mungkin raksasa.

Lagu One Direction sengaja dikuatkan, hendak menutupi kesepian di bilik. Airish Humaira hanya tersenyum tanpa dipinta. Bila difikirkan semula ketika bertemu dengan Haris Syazwan, rasa nak tergelak pun ada. Geli juga rasa hati ini bila dikenangkan. Kelakar. Mata dia beralih ke arah  cermin tingkap. Terlihat susuk-susuk tubuh yang kecil atau mungkin sedikit tegap dari pandangan matanya, Airish Humaira jadi kaget. Nampaknya ada orang yang mahu menjadi ‘stalker’ kepada dirinya. Macamlah dia itu retis femes dekat asia ini. Lainlah kalau muka dia ini macam artis-artis korea,bukan? Hah, itu lain ceritalah. Ini setakat muka macam…. budak-budak hingusan, rasanya lupakan sajalah niat itu.


“Rish… Ada orang nak jumpa…”

Giveaway Shawl by Izzara Exclusive!


Dengan bangganya, saya kembali 'aktif' untuk join giveaway/segmen yang dianjurkan oleh para blogger. Yang mana invite saya or tag saya, Insya Allah, jika tidak sibuk saya akan join :) Disebabkan saya sedang bosan giler pada malam ini, jadi saya mengambil keputusan untuk join GA yang dianjurkan oleh si blogger ini. 

Katanya, shawl-shawl dia cantik. Tak percaya? Tengoklah banner itu, bukan main cantik dan anggun kepada si pemakai itu. Adakah anda peminat 'setia' shawl? Sekarang bermacam-macam fesyen shawl yang sedang hangat di pasaran. Termasuk juga dengan shawl pada gambar itu. 

Katanya lagi, dia hanya memilih seorang saja pemenang :( Jika ada rezeki, adalah dan juga, dia akan memilih lima blogger bertuah untuk beli shawl ini dan diberi diskaun sebanyak RM 10 jika membeli tudung izzara exclusive. So, of course lah you all terlepas daripada kos penghantaran. *dah macam topik ekonomi dah. uhuk uhuk. Result tak lama lagi. Uhuk uhuk.*

Hadiah dia sangat menarik dan membuatkan saya sendiri tertarik untuk join :)
Tamat pada 19 februari dan pemenang akan diumumkan pada 28 februari. Apa tunggu lagi? Jemputlah join,babe!
Si cantik dan si comel yang kena tag:

Monday, February 2, 2015

Menjual secara online ada caranya.

Sejak kebelakangan ini, saya rasa macam tak berapa nak 'okay'. Macam ada saja yang tak kena. Masalahnya di sini, saya tak tahu kenapa dengan diri saya. Mungkin di sinilah diri ini mula menonjol ke dunia dewasa. *Pft, ayat tak boleh blah. Okay ignore it.
Pada zaman era teknologi ini, ramai orang lebih minat membeli secara online daripada bersemuka. Adakah betul tekaan saya? Kini, orang ramai boleh membeli di Facebook,Instagram dan bermacam-macam lagi website online. Walaupun saya belum pernah beli online, post ini saya nak terangkan teknik menjual di kedai 'maya'. Saya nak berkongsi dengan anda semua tentang apa yang saya dapat dalam seminar.
Yang pertama, website.
Kalau boleh, semua penjual 'maya' perlu ada website. Dalam website itu, sertakan profil diri seperti, nama, nombor telefon, nama syarikat/kedai dan sebagainya. Yang kedua, letakkan yang baik-baik aje dalam website itu. Maksudnya, hanya perkara positif saja yang letak. Jadi tak adalah unsur-unsur negatif. Dan pastikan guna bahasa yang baik. 
Yang kedua, FB Profil (Personal).
Cara nak promo. Contoh saja ya ini.
Sumber gambar: Google Image
Menipu sangatlah kalau kauorang menjual tapi tak ada facebook dok? Dari persepsi saya, kebanyakannya ramai yang dah ada facebook. Yang belum ada facebook, buatlah dengan segera ya. Tiada paksaan di sini. Dalam facebook kauorang, letak status baik-baik. Jangan letak ayat negatif. Ini pun ada kaitan tau. Kalau pembeli usha fb kauorang kemudian tertengok pula status negatif kauorang, kauorang rasa apa diaorang fikir? Renung-renungkanlah. Kalau boleh remove kawan yang selalu post komen negatif.

Yang ketiga, FB Page/Fanpage.
Yang ini memang kena ada sebaik saja kauorang dah ada personal punya.Dalam fanpage itu, terangkanlah pasal info produk kauorang itu.  Lepas itu promote. Kemudian, ceritalah aktiviti di situ supaya fanpage kauorang tu taklah berhantu. Pernah dengar orang buat giveaway/segmen dekat facebook? Hah, apakata kauorang buat jugalah. Barulah pembeli rasa gembira. Insya Allah. Kemudian, kalau ada orang tanya, terus jawab soalan tu segera supaya diaorang tak tertunggu-tunggu. Rajinkan diri hiaskan banner dan sentiasa post ayat-ayat positif.

Kalau ada orang post comment negatif?
PM diaorang. Kemudian baru balas comment.

Yang keempat,Instagram.
Sekarang, instagram dah famous bukan? Makin ramai orang jual barang/produk online dekat Insta? Instagram sangat terlaris dengan jualan online. Bila kauorang dah jual barang/produk, jangan paksa pula suruh orang beli. Kau gila ke apa? Tak pasal-pasal kauorang punya kena blocklist. Rajinkan like gambar orang supaya orang tu akan like gambar kita. Jadi dia akan usha barang/produk kauorang. Pastikan like setiap hari ya. Bukan like hari ini, esok dah dapat pelanggan. NOPE! KESABARAN perlu ada. Kalau ada artis pakai barang/produk kita, hah like jugalah ya. Insya Allah, akan maju. Kepada yang tak ada instagram, buat instagram sekarang. ;)

Yang kelima,Blog.

Nak kata blog ini terlaris pun tak juga. Tapi ada tekniknya jika kauorang nak jual produk/barang online dalam blog. First of all, kauorang memang sukakan penceritaan. Benar? Jadi, dalam post itu, kauorang kena cerita,kan produk kauorang. 
GAMBAR A
Bukan macam dalam gambar A. Kau ingat ini facebook xD ?
Kauorang kena cerita dari A-Z. Nama pun blog,bukan? Kenalah bercerita panjang tapi ayat kena bagi mantap supaya dapat tarik pelanggan :D Contohnya boleh tengok blog kakak ini. Klik sini. KENA RAJIN BLOGWALKING!
Yay, tamatlah tentang teknik menjual ini. Maaflah sebab panjang sangat post ini tapi harap dapat membantu :) Kalau ada typo, pandang tutup sebelah mata saja. :P Kalau nak saya review produk/barang uolls, I akan bantu tapi dalam blog dan fanpage saja. 
Kalau berminat boleh wechat saya: Tadapapapa_ atau whatsapp: 017-3624381 sekarang.
Sumber daripada mentor saya, kak Iera. :)

Sunday, February 1, 2015

Lirik Lagu- Stickybug

Tell me kalau nak guna lirik ini.


Short version aje.


Katakan kau cintaku
Katakan kau cintaku
Kerna aku tak perlu yang lain lagi.
Baby,katakan kau cintaku agar aku tak lupa
Kerna hanya dirimu yang kuperlu.

Can I just say something,
Tentang perasaanku?
Ku malu dan pendam.
Suka dalam diam.
Ku suka suaramu.
Tiap butir bicaramu.
Tak mahu terlepas.
R E C ku record.

Can I tell one more thing,
Tentang pengakuanku?
Ku suka wajahmu.
Kau comel dan charming.
Senyumanmu ku cair.
Buatku berdebar.

Can I take your picture?
And keep it in my mind...

Ku mahu bersamamu hingga pakai gigi palsu.
Kau dan aku bersama berpegangan tangan.
Aku mahu jadikan mimpi dan impianmu tercapai.
Oh Stickybug I want to stay right here by your side

Katakan kau cintaku
Katakan kau cintaku
Kerna aku tak perlu yang lain lagi.
Hey,katakan kau cintaku agar aku tak lupa
Kerna hanya dirimu yang kuperlu.