Chat here,darling.

Monday, January 12, 2015

Puisi - Servant kejam


I'm not so sure ini cerita pendek atau puisi xD hahaha. Lirik lagu pun boleh XD
FYI, servant dan ratu merupakan kembar :3 Lain jantina sama rupa. 
Kau puteri di raja
Aku hanya servantmu
Kita adik-beradik kembar walaupun darjat tak sama.
Atas arahanmu kan ku lindungi dirimu.
Kurelakan diriku menjadi kejam untukmu.

Kita dilahirkan ke dunia penuh aman.
Loceng menara menyambut riang kedatangan kita.
Hanya kerana kepentingan orang dewasa,
Masa depan kita berpecah kepada dua.

Walaupun seluruh dunia
Telah lama kau anggap menjadi musuhmu.
Akanku melindungimu dan teruskan tersenyum keranaku akan bersamamu.
Kau puteri di raja
Aku hanya servantmu
Kita adik-beradik kembar walaupun darjat tak sama.
Atas arahanmu kan ku lindungi dirimu.
Kurelakan diriku menjadi kejam untukmu.

Pada suatu hari aku pergi ke negara jiran.
Ku terserempak seorang gadis yang jelitawan.
Senyuman yang sungguh ikhlas,
Suara yang sungguh merdu.
Ku telah jatuh hati pada pandangan pertama.

Tapi atas permintaan puteri yang dihormati,
Gadis itu harus dibunuh.
Ku tak sanggup melihat engkau menangis dengan rela aku menuruti permintaannya.
Tapi mengapa air mataku jatuh tika ku membunuhnya?

Kau puteri di raja
Aku hanya servantmu
Kita adik-beradik kembar walaupun darjat tak sama.
Menu petang hari ini ialah Bronche.
Kau senyum ketawa seperti tidak bersalah.

Semua orang di negara dalam ketakutan dan kemarahan.
Banyak kerajaan yang berdendam marah kepadamu.
Mengancam untuk membunuh Ratu, untuk meneruskan ke zaman baru.
Tidak lama lagi kerajaan ini akan dihapuskan.
Jika ini mereka gelarkan sebagai hukuman.
Oh Tuhan, izinkan diriku mengambil tempat dia untuk kehidupan adik kembarku.

"Ini bajuku. Ambil dan pakai. Kemudian lari."
"Jangan patah balik, jangan berhenti, jangan bercakap dengan orang."
"Usah kau risau, kita kan adik beradik kembar. Kita kelihatan sama. Jadi mereka tidak akan perasan perbezaan kita."

Aku puteri di raja
Kau seorang pelarian.
Kita pasangan kembar dipisahkan oleh takdir.
Mereka kata kau gadis yang kejam dan hina.
Dan akulah puteri itu yang sama dalam uratnya.

Pada suatu masa di negara yang sangat jauh.
Ada sebuah kerjaan yang aman sentosa.
Pemimpin di kerjaan itu adalah kembarku yang sungguh jelitawan.
Walaupun seluruh dunia
Telah lama kau anggap menjadi musuhmu.
Akanku melindungimu dan teruskan tersenyum keranaku akan bersamamu.
Usah kau risau kerna yang akan dibunuh ialah aku.
Lari dan lari. Senyumlah untuk kali terakhir supaya rohku tenang.

Kau puteri di raja
Aku hanya servantmu
Kita adik-beradik kembar walaupun darjat tak sama.
Atas arahanmu kan ku lindungi dirimu.
Kurelakan diriku menjadi kejam untukmu.

Jika kita dilahirkan semula... Marilah kita bersama semula.
Walaupun aku sudah tiada. Aku tetap akan menjagamu dengan bayanganmu.

4 comments:

Unknown said...

hahaahahaha. puisi apakah ini? ekekeke best best ^^

http://sarahhijabista.blogspot.com/

Shiro Usagi said...

lemme guess

this puisi based on servant of evil XDD

am i right? :D

Syira Lokman said...

SELAMAT MALAM..RINDUNYA NAK BLOGWALKING....LAMA TAK SINGGAH SINI..
JOM TERJAH BLOG SYIRA - PENCARIAN SPONSOR :D

MisakiPureBlood said...

ahaha dah agak dah bila tajuk dia servant kejam..

mesti lagu voaloid-servant of evil..
yg nih faveret lagu Misaki hehe..