Chat here,darling.

Thursday, January 1, 2015

Novel 1437 - BAB 9

Hey, good night semua ^^ For your information, saya tukar tajuk ;3 hehe, sebab saya tak ingat jalan cerita 7:45 -.- Gomenasai! Hope you like it! Happy new year :D So, apa azam kauorang tahun ini?

“UGH! Bosannya petang ini. Kalaulah aku ada idea nak buat apa sekarang.”Mulut Haris Syazwan menguap besar seolah-olah mengalu-alukan lalat untuk masuk ke dalam mulutnya.Hari masih lagi siang dan sepatutnya pada masa sekarang, dia sudah keluar lepak dengan Danish. Tapi disebabkan pasal kejadian siang tadi, dia batalkan niatnya.
            Botol pink tadi dibelek-belek. Mana tahu kot-kot Airish Humaira tulis nama dia ataupun surat cinta dekat botol. Siapa tahu,bukan? Kalau betul sekali pun, sudah pasti untuk dia. Hehe,perasan sungguh. Haris Syazwan mengangguk seperti bersetuju dengan kata hatinya.Sedang dia mengangkat punggung, matanya tertancap pada bingkai gambar yang terletak kemas di atas meja belajar. Dia mengambil bingkai gambar lalu diusap-usap pada kaca. Dia dan Airish Humaira sewaktu mereka 6 tahun.
            “Syazwan! Cepat tangkap gambar sama-sama. Kita dah nak balik dah ini. Cepatlah!”jerit Airish Humaira sambil berlari tergedek-gedek ke arah Haris Syazwan.
            “Kejap-kejap. Papa tengah setting.”
            “Setting tu apa?”
            Haris Syazwan menjungkit bahu. “Bateri kot.”
Airish Humaira mengangguk seperti menerima pendapat Haris Syazwan. Bercuti di Pulau Langkawi memang menyeronokkan. Pantai yang cantik dan bersih. Nak-nak lagi masa matahari terbenam. Uih,pemandangan dia sungguh menakjubkan. Ciptaan Allah semuanya indah-indah belaka. Sebagai hamba-Nya, kita perlulah bersyukur dengan apa yang kita ada. Airish Humaira tersenyum gembira. Tangannya digenggam erat oleh Haris Syazwan.
            “Cepat,buat dua!Senyum juga.”kata Haris Syazwan. Dia mengarahkan supaya Airish Humaira membuat peace dan senyum. Airish Humaira mengangguk. Tangan kanannya menunjuk nombor dua sambil matanya focus ke arah lens kamera milik ayah,Haris Syazwan.
            “One.Two.Three. Senyum!”
CLICK!
            Airish Humaira saja yang panggil dia Syazwan. Sedangkan keluarganya memanggil Haris atau Ris. Hanya dia saja yang gunakan nama itu. Rindu. Kini, Airish Humaira memanggilnya Haris bukan lagi Syazwan. Aku rindu.
            “Hoi,kau buat apa tercegat dekat situ.”sergah seorang lelaki.
Lamunannya terhenti. Hampir terlepas bingkai gambar dari tangannya. Dia melihat ke arah pintu dan matanya menjamah  Aiman Danish yang sudah tersengih senget. Kenapalah kepala tidak disengetkan sekali? Mahu saja dia menendang atau menumbuk Aiman Danish. Kus semangat! Sabar ajelah kau,Haris oi.
“Kau tenung gambar siapa? Aku panggil kau dua tiga kali, kau tak dengar. Buat dek aje bila aku panggil.”herdik Aiman Danish yang sekian lama menahan geramnya.
“Kau ada panggil aku ke?’
Aiman Danish mengeluh perlahan. ‘Kalau aku cakap kau pekak, nanti kau marah. Kau salahkan aku. Cakap aku pun sama pekak. Kalau tak cakap pula, hati ini panas doh.’rungut hati Aiman Danish.
Haris Syazwan meletakkan bingkai gambar di tempat asal. Jelingan tajam diberikan kepada Aiman Danish. “Hah, kau ada apa datang sini Man? Kan aku kata, aku malas nak keluar petang-petang macam ini. Aku lebih suka duduk dekat rumah. Spend time with my family. Lagipun, melepak bukan ada sangat faedah,bukan?”
“Poyolah kau. Habis sekarang ini kita tengah buat apa? Tengah terbang pakai tuala ke?”
“Kau ajelah terbang. Tuala pun tak mampu nak menampung berat kau yang semakin berat.”
Membulat mata Aiman Danish. Dia tidaklah gemuk ataupun gendut. Biasa-biasa aje. Tidak keding dan tidak terlalu kurus. Ada jugalah isi. Dia boleh dikategorikan dalam kumpulan normal. “Kau buta ke apa? Memang akulah jatuh. Tuala tu ringan. Aku ini berat. Aku datang sini sebab aku jumpa Airish tadi dekat kedai. Dia kata dia nak pergi taman. Kau tak nak follow.”
Haris Syazwan yang tadinya malas nak dengar, terus saja fokus apabila mendengar cerita Airish Humaira.Nampak gayanya, dia ada peluang untuk berjumpa dengan Airish Humaira. Dia memandang sekilas ke arah botol pink. Aku tak boleh bagi lagi. Dekat sekolah baru aku bagi. Cun? Desis hatinya. Haris Syazwan mengangguk seolah-olah setuju dengan cadangannya.
“Apa yang kau angguk?”
“Jumpa Airish Humaira.”
Dia mengambil beg sekolah untuk menyimpan botol Airish Humaira. Sekurang-kurangnya botol Airish Humaira tidaklah hilang atau rosak. Tak pasal-pasal gadis itu menangis kerana kehilangan botol air. Baru botol air hilang. Kalau dia kehilangan boyfriend terutamanya macam dia. Haris Syazwan mula membayangkan wajah cuak Airish Humaira. Wajah yang tidak bersalah itu membuatkan hatinya menjadi geli-geliman. Comel.
Airish!!! Boleh tak kau rasa apa yang aku rasa? Jerit hati Haris Syazwan,lantang. Airish Humaira hanya datang dan pergi saja dalam mimpi dia. Begitu juga di sekolah. Kalau boleh, Airish Humaira nak jauhkan diri daripada dia. Masih marahkah dia dekat aku ini?
Aku bersalah.
“BIAR BETUL PEREMPUAN INI. Tidur tak bertempatlah.”ujar seorang lelaki yang duduk bertentangan dengan Airish Humaira.
Udara yang nyaman. Sejuk lagi dingin membuat Airish Humaira tidur dengan lena. Tidur selepas Asar memang tak elok. Kalau boleh dijauh-jauhkan tapi kalau dah penat sangat memang tak boleh buat apa. Kadang tak rasa penat pun, mata ini mahu saja terlelap. Kaki dia ditendang-tendang. “Woi,perempuan. Bangunlah. Haish, kau buat aku nak lindungi engkau.”
Airish Humaira terjaga.Dia masih mamai seketika. Alis matanya yang melentik mengusik hati lelaki itu. Bibir merah kejambuan itu terkumat-kamit sesuatu tetapi tidak mengeluarkan bunyi. “Kenapa kau kejut aku doh?” ujar Airish Humaira. Dia menenyeh-nenyeh mata dengan tangan kanan. Segar. Hampir tercabut lutut Airish Humaira apabila Aisy Zahrin berada di hadapannya.
“Dah kau tidur sini. Nasib baik aku ada tahu tak? Tak pasal-pasal ada lelaki lain nak duduk sini. Aku pun cakaplah kau itu girlfriend aku. Then, diaorang pun blah.”
Airish Humaira sekadar mengangguk. “Arigatou gozaimasu.”
“Aik,takkan terima kasih aje. Tak nak bayar balik?”
Kening Airish Humaira dijungkitkan sedikit. “Bayar apa?”
Tanpa membuang masa, lelaki itu memberikan ais krim kon kepada Airish Humaira yang di beli sebentar tadi. “Kau dah nampak aku pegang ais krim dan mestilah kau kena bayar balik. Lagipun, makan ais krim masa macam ini seronok. Kembali masa zaman budak-budak dulu,bukan? Main buaian, main kejar-kejar, main lubang ti–”
“Kau ini macam orang dah tua tahu tak? Benda tu boleh cerita dekat cucu kau nanti bukannya dekat aku. Aku tak sudi pun dengar. Terima kasih sebab … belanja aku ais krim. Nanti aku bayar balik”ujar Airish Humaira. Buat pertama kali gadis itu melemparkan senyuman yang ikhlas buat Aisy Zahrin.
Kaku. Aisy Zahrin berasa seolah-olah masa terhenti seketika. Menikmati senyuman daripada budak baru.Sedar tak sedar, perasaan dia semakin pelik. Lain. Tak pernah rasa. Permainan apakah gadis itu cuba sampaikan? “Kau tak payah nak senyum- senyum macam kambing. Aku belanja jadi kau tak payah bayar. Lain kali jangan tidur dekat tempat macam ini. Tak pasal-pasal kau kena culik. Kalau kena rogol ke apa ke – kau tak takut ke? Tak risau ke? Ke kau memang sengaja nak cari jalan ke situ? Kau nak masuk dekat TV atau surat khabar? Terpampang muka  kau dekat situ. Burukkan nama aje.”kata Aisy Zahrin dengan panjang lebar.
Sebaik saja Airish Humaira mendengar kata-kata Aisy Zahrin, dia mengangguk sebagai tanda faham. “Risau juga kau dekat aku.”
Aisy Zahrin bangun dari tempatnya. “Kau jangan nak perasan yang aku risaukan kau. Aku Cuma bagitahu kau apa yang patut sebab kau itu anak dara. Lainlah kalau kau itu ada badan berketul-ketul. Tak ada siapa pun nak hairan. Orang nak culik kau pun terfikir banyak kali. Dia ingat kau Hulk. Padahal, Hulk warna hijau. Sudahlah, jangan balik lewat sangat. Aku balik dulu.”
Aisy Zahrin terus beredar meninggalkan Airish Humaira seorang diri. Kata-kata lelaki itu membuatkan dia tertawa kecil. Ada ke patut kata badan berketul-ketul macam Hulk. Agaknya penculik itu pun tak reti nak membezakan. Pelik juga dengan Aisy Zahrin. Sekejap perangai dia baik, sekejap perangai dia buruk. Kalau buruk, buruk sangat. Kalau baik, asyik menafikan. Aisy.Aisy.
Matanya terpejam sekejap kemudian dibuka perlahan. Dia membaca semula sinopsis the wicked by step. Kalau bukan disebabkan presentation dia, rasanya buku ini takkan pernah tersentuh wei. Nak baca pun, baca buku rujukan aje. Teruk benor perangai. Jangan tiru perangai begini ya,adik,adik. Nak berjaya kena jadi kuat ᕦ(ò_óˇ)ᕤ Barulah kita bersemangat nak belajar. ᕙ(⇀‸↼‵‵)ᕗ Aicececeh!
 Berdentum kuat earphone milik gadis itu merelakan lagu  Where do broken heart go yang dinyanyikan oleh One Direction untuk menghilangkan rasa bosannya. Sesekali kepalanya terangguk-angguk kecil sambil mulutnya terkumat-kamit seperti miming. Langit yang dihiasi dengan awan serta ditambah dengan cahaya matahari sungguh kelihatan cantik. Perfecto! Kalau buat photoshoot dekat taman ini woah! Memang terbaiklah aku kata. Desis hatinya.

Airish Humaira menikmati suasana petang di taman. Ramai kanak yang berlari berkejaran. Ada yang melompat-lompat. Ada yang bergayut-gayut. Airish Humaira tersenyum seorang diri. Sekejap saja masa berlalu. Pejam celik pejam celik. Umurnya sudahpun mencecah 17 tahun. Semakin lama umur semakin meningkat. Semakin lama semakin banyak halangan dan cabaran yang perlu Airish Humaira tempuhi. Suka, duka itulah lumrah. Kadang kita di atas dan kadang kita di bawah. Sebagai hamba-Nya, hidup biarlah dalam kesederhanaan dan tidak putus mohon rahmat dan berkat daripada Yang Maha Esa.
Kita tak pasti umur kita panjang atau pendek. Tapi apa yang pasti, ajal pasti ada. Selagi nyawa ada dalam badan. Selagi jasad bias bergerak-gerak. Nikmatilah sehingga kau puas. Tapi ingat, bukan jalan yang salah. Ibu pernah pesan, dunia ini tidak pernah adil dan tiada apa pun yang senang dalam dunia ini. Apa yang penting ialah semangat yang tinggi dan tidak putus asa. Walaupun kadang-kadang rasa nak mengalah tapi tak mungkinlah kau mahu hidup dalam keadaan susah,bukan?
Airish Humaira mengeluh panjang.
Sebaik saja dia menutup buku, Haris Syazwan dan Aiman Danish berdiri di hadapan. Pantas langkah mereka diorak menuju ke meja Airish Humaira. Sengihan mereka berdua sudah tampak pada wajah. Dengan hati yang penuh rasa gementar, Airish Humaira cuba mengoyakkan bibir dengan senyuman. Dia sengaja menekan-nekan pada skrin telefon kononnya dia sedang sibuk bermesej atau berwhatsapp dengan orang lain padahal dia hanya menekan butang ‘home’ → message’ ‘exit’ dan berulang kali. Kejap buka application itu, kejap buka application ini dan diakhiri dengan menekan butang exit.
Relaks.
Senyum.
Hembus nafas perlahan-lahan.
Achoooo! Tak sempat hembus nafas betul-betul, terbersin pula. Sudahlah kuat pula itu. Aiman Danish mengurut-urut dadanya dek kerana terkejut dengan serangan kecil daripada Airish Humaira. “Uish,kau ini Rish. Kau bersin macam budak lelaki bersin. Cubalah bersin tu comel-comel sikit. Bersin kau macam nak keluarkan bom tahu dok? Kalau bersin saja tak apa tapi jangan kau bersin dengan kentut sekali.”
Membuntang mata Airish Humaira mendengar kata-kata yang kurang enak didengar.Senyuman ini hah terpaksa dibuat-buat senyum kalau tidak nanti, mereka akan fikir yang dia sombong. “Amboi-amboi, suka hati kau aje cakap macam itu kan? Nanti ada juga yang kena gedebik dengan aku nanti. Mulut itu kalau kena cili merah nak-nak lagi yang pedas punya. Fuh, memang puas hati aku.”kata Airish Humaira geram. Dia menekan butang volume untuk perlahankan suara.
Kening Aiman Danish bertaut sejenak sambil menjungkit bahu. Dia hanya mahu bergurau dengan gadis yang disukai oleh Haris Syazwan. Tanpa berfikir apa, Haris Syazwan terus duduk di hadapan Airish Humaira dengan sengihan seperti minta sesuatu. Ah, tolonglah. Aku boleh naik gila dengan kauorang bila sengih-sengih macam ini. Nampak sangat macam ada maksud yang tersirat. Bisik hati Airish Humaira
“Um.. Airish,kau masih marah dekat aku ke?”
“Tidaklah. Kenapa?”balas Airish Humaira hairan.
“Oh tidaklah. Aku ingatkan kau marah.”
Airish Humaira menggeleng laju. “Taklah. Lagipun, aku dah lupa pasal benda itu. Jadi, tak payahlah risau sangat ye? Aku okey aje ni hah.”balas Airish Humaira tenang.

Haris Syazwan mengetap bibir. Rasa malu dan berdebar datang secara serentak. Mun bibirnya tetap mengoyakkan senyuman bahagia. Perlahan-lahan dia menghembuskan nafas. Dia cuba sedaya-upaya untuk mengawal perasaan gementar. ‘Wei,bro! Apahal kau tiba-tiba jadi macam ini? Airish aje pun bukannya bakal bini kau. Ayoyoyo, dei macha. Cool lah sikit.’Pujuk hatinya.

“Jadi, apa yang kau nak?”soal Airish Humaira.

“Um..Aku rasa aku kena balik dululah. Nanti mak aku marah pula.”celah Aiman Danish sambil menggaru pipi yang tidak gatal.

Terkebil-kebil mata Airish Humaira mendengar ayat Aiman Danish. “Eh, takkanlah. Kita baru aje sampai bukan? Takkan kau dah nak blah. Janganlah macam ini,Nish!”ujar Haris Syazwan.

            Ehhh…! Jangan-jangan Aiman Danish nak tinggalkan aku dengan Haris berdua dekat sini. Nononono. No way. Bisik hati Airish Humaira panik. Mana mungkin pertemuan begini berlaku lagi. “Hah,aku pun dah nak balik. Lagipun dah nak dekat pukul 6:50 dah ini. Nanti mak aku bising pula. Bye-bye.”
            “Eh.. Kauorang.. Kalau macam itu aku pun nak baliklah.”

KEHININGAN MALAM sungguh dingin apabila hembusan nafas yang ditiup oleh angin  menyeramkan jiwa manusia. Dada langit yang terbentang luas. Diwarnakan dengan warna hitam serta disinari dengan cahaya bulan dan jutaan bintang yang menghadirkan rasa bahagia dan tenang pada setiap insan. Ciptaan Allah yang unik dan tidak dapat diucap dengan kata-kata yang panjang lebar. Cukuplah sekadar mengucapkan Alhamdulillah sebagai tanda seorang hamba mensyukuri nikmat-Nya.

Masihkah kau ingat terhadap kaum-kaum yang terdahulu? Kaum Ad diberi nikmat tanah yang subur dan kemewahan hasil tanaman tetapi mereka kufur dan menolak ajaran Nabi Hud a.s.Mereka dibinasakan dengan angin putting beliung yang memusnahkan diri dan  harta. Kaum tsamud dianugerahkan kekayaan dan kemewahan hidup tetapi mereka angkuh dan menuduh Nabi Saleh a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar yang kuat dan gempa bumi yang dahsyat.

(Sumber rujukan dari P.A.I. Tingkatan Empat – Manusia perlu bersyukur)

Kegelapan malam yang hitam pekat menimbulkan pelbagai persoalan dalam minda. Apa? Bagaimana? Kenapa? Mengapa? Siapa? Persoalan yang jauh daripada sangkaan seseorang penghuni di bumi sehinggakan mata tidak dapat lelap dengan sempurna. Namun begitu, perkara ini dihiraukan saja dan menjalani kehidupan seperti biasa. Bunyi riuh-rendah di bilik Fakhrul Ameer menyapa gegendang telinga Airish Humaira

Airish Humaira beristigfar banyak kali dalam hati. Kalau kena baling dengan periuk dekat muka abang ini memang syok gila wei! Bentak hati Airish Humaira. Dia mengurut-urut dada menyuruh hatinya bersabar dengan perangai gila abangnya. Kena faham yang Fakhrul Ameer pun stres juga. . Perasaan ingin geram membuatkan dia membuka langkah.

“Fakhrul Ameer!”

Pintu bilik diketuk bertalu-talu. Sakit jari telunjuk dek ketuk banyak kali. Ish, bertuah punya abang. Cubalah kalau dia ketuk sekali tu pintu sudah dibuka atau bagilah respon ke apa ke? Ini tidak, menjerit-jerit macam orang gila. Dia cuba memulas tombol pintu. Klik! Tak berkunci. Sengihan sinis dilemparkan pada tombol.

“Ya Allah, abang! Bertuah punya abang. Bilik bersepah-sepah.” Airish Humaira terus menanggalkan headphone yang terletak kemas pada kepala Fakhrul Ameer. Seorang doktor mempunyai bilik yang bersepah dan berselerak dengan kertas,pensil. Ish! Macam-macamlah.

“Ini hah, apa ini. Kertas berterabur. Seluar dalam itu, kenapa ada dekat lampu tidur? Ingat romantik? Baju itu. Seluar…. Haih, dia ini kan, abang bukan budak kecil lagi. Tunjuklah contoh yang baik dekat adik! Kus semangat. Ya Allah, memang nak kena sekeh. Bak sini MP3 awak itu. Kalau abang tak bersihkan, adik takkan bagi!”sambung Airish Humaira.

Fakhrul Ameer menggeleng. “Takmau.Takmau. Adikkan, adik abang yang baik. Cantik. Manis. Pandai lagi. Apa kata kalau, adik aje yang kemas bilik abang iya?”

Airish Humaira menggeleng laju. “Adik bukan bibik abang! Ingat apa? Kali ini tak payah nak harapkan bibik. Boleh sakit kepala bibik nak kemas-kemas bilik abang ini,tahu tak?”

Fakhrul Ameer tersenyum meleret lalu mencuit hidung Airish Humaira. “Sebab tu abang sayangkan adik. Jadi, kemaskan iya. Abang nak makan. Sudah lapar.” Fakhrul Ameer mengusap-usap perut. Dia mengenyit mata sebagai hadiah terima kasih kepada Airish Humaira. Dia membiarkan Airish Humaira membebel sehinggalah bayangannya hilang dari pandangan
.

“Buruk betul perangai!”bentak Airish Humaira.

2 comments:

Cik Hani said...

wah.. hani minat gile komik2 ni.. boleh selalu singgah sini

Sulyani Ghazali said...

wah ada bakat buat novel. gud luck yee :)