Keluarnya sang saka dari realiti
25
Ogos 2015. Tarikh yang sangat menakutkan dan mengerikan dalam
kehidupan aku. Bukan pada diriku malah berkait rapat dengan keluarga,
saudara-maraku. Benda yang selalu kita mengharapkan supaya dijauhkan daripada diri sendiri tapi, tanpa
diduga, benda itu menjelma dalam kehidupan aku. Setiap hari, setiap jam dan
setiap saat, aku terpaksa menghadapi benda itu dengan mata kepala aku sendiri.
Jika dahulu, kita marah terhadap seseorang, sudah
pasti kita akan sumpah serana terhadap orang yang kita benci atau lebih kepada
dendam. Orang tua-tua kata, orang dulu menggunakan saka untuk kebaikan seperti
menjaga kebun, padi, lading-ladang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pada
zaman moden ini, masih ada juga yang menggunakan saka untuk kepentingan diri
sendiri serta membawa keburukan terhadap diri sendiri dan juga orang lain.
Hairan juga aku. Harap saja zaman yang baru nak menuju ke arah kemajuan, tetapi
masyarakatnya pula tidak maju-maju.
Kerana
tidak puas hati.
Kerana
cemburu.
Kerana
marah.
Kerana
ego.
Kerana
dendam.
Kerana
terdesak.
Mereka bertemu bomoh atau dukun untuk merosakkan
kehidupan seseorang yang mereka tidak diingini.
Kejam.
Tidak
berhati perut.
Orang yang berkelakuan seperti tidak akan merasa
kesakitan dan kesengsaraan terhadap orang yang dibuat oleh si bomoh/dukun.
Mereka hanya ketawa dan tersenyum puas melihat kesengsaraan tersebut. Apabila
tiba saatnya nanti, mereka tetap juga akan merasa keperitan serta dipenuhi
dengan rasa serba salah.
Dalam cerita aku pula, juga lebih kurang sama saja. Nama
samaran aku, Ana,16 tahun. Kesakitan yang membawa kesengsaraan dalam hidupku
disebabkan oleh saka. Siapa sangka, saka ini sangat berminat terhadap diriku.
Tiada siapa sangka bahawa benda tersebut sudah lama bertapak dalam diriku sejak
berumur 2 tahun.
Saka ini berpunca daripada nenek aku. Berdasarkan
apa yang doktor paranormal itu kata, Dr.Nizam, setiap anak perempuan yang
dilahirkan akan mendapat saka. Sama ada aktif atau tidak, bergantung pada saka
itu sendiri. Dulu, aku dan nenekku, tidak rapat. Dia sering memarahiku apabila
aku berbuat salah berbanding kakakku,Aida. Nenek aku sangat rapat dengan Aida
kerana dari kecil lagi, nenek aku menjaga Aida sehinggalah umur dia mencecah 6
tahun.(Dulu, tadika dekat belakang rumah nenek saja. Sebab itulah Aida duduk di
rumah nenek. Jarak antara umur Ana dan Aida adalah 2 tahun.)
Yang menjadi persoalanannya di sini, kenapa saka itu
berminat dengan aku? Bagaimana?
Aku buntu.
Sejujurnya, aku takut untuk melihat benda-benda itu
dengan mata sendiri. Di mana saja dia berada termasuklah di tandas. Aku pula seakan-akan dalam mimpi yang tidak
ada penghujungnya di akhir mimpi sendiri. Menggigil ketakutan dan lutut aku
menjadi lemah terkaku di tempat aku berada. Jika aku berada di atas katil dan
benda itu berada di tepi pintu, aku tidak mampu bergerak melainkan menutup
wajahku dengan menggunakan bantal serta melelakakan diri sendiri dengan telefon
bimbit.
Ibuku mahu saja berputus asa dengan rawatan moden.
Walaupun teknologi sains serba canggih, tetapi kenapa tidak dapat mengesan
sedikit pun kesakitanku? Aku menatap wajah ibuku yang kesediahan. Riak wajahnya
seakan-akan memohon kepada Allah agar dia menggantikan tempatku. Sabar duhai
ibu, Allah sedang mengujiku.
Aku pernah dibawa ke hospital berulang-ulang kali
kerana demam panasku yang tidak sembuh lebih kurang umurku menjangkau 3 tahun.
Adik lelakiku pula, Irfan, menghidap penyakit kulit. Boleh dikatakan, ibu dan
ayah aku asyik berulang-alik ke hospital. Dengan kuasa Allah, atas keizinannya,
Irfan sembuh dari penyakit kulit begitu juga dengan aku. Walaupun aku sudah
sembuh pada waktu itu, Aida berdiri kaku tidak bergerak memandang aku. Wajahnya
kelihatan kaget memandang aku. Gelas yang dipegangnya pecah.
Padahal aku hanya senyum melihat kakakku. Adakah
senyuman aku menakutkan?
“Ibu…Ayah… Muka Ana…”
Ibu dan ayah bergegas ke dapur. Kakakku berkata,
mukaku seakan-akan ditarik sebelah dan hampir menutup mata kananku. Senyumanku
yang senget. Aku fikirkan ia akan kekal selamanya.
Patutkah aku senyum sentiasa atau murung untuk
menutup kecacatan wajahku?
Ah,pedulikan sajalah.
Aku,Aida dan Irfan bersekolah seperti biasa. Umurku
sudah mencecah 14 tahun. Akulah senior untuk sesi petang pada tahun itu. Siapa
yang tidak gembira jadi senior? Sayangnya, Allah mengujiku lagi dengan ujian
yang lebih mencabar. Aku hampir 3 kali
dimasukkan ke hospital dengan penyakit yang berbeza.
Bayangkan satu tahun itu, kau dapat penyakit
berbeza.
Aku terpaksa kuatkan diri.
Pada awal tahun, aku dijangkiti dengan penyakit
influenza. Pada pertengahan tahun pula, aku dijangkiti dengan ‘sis’/Cyst yang
berukuran 4.8 sentimeter. Pada mulanya, doktor tidak menggalakkan untuk
melakukan pembedahan tetapi kerana aku tidak dapat menahan sakitnya,pembedahan
dijalankan. Baru saja beberapa bulan pembedahan sis, aku mendapat appendix pula.
Sakitnya aku hanya Allah saja yang tahu. Sepanjang tahun itu, ibu aku terpaksa
mengambil cuti. Disebabkan itu, Ketua Jabatan ibuku mencabar kesabarannya.
Orang kata,kita yang Melayu mudah lupa. Bila dia
sudah menjadi bos, hanya dia saja yang betul. Tapi sebagai pekerja pula, kita
sering disumpah seranah dan dimaki hamun. Kenapalah manusia yang berpangkat
besar menjadi seperti itu? Aku tidak tahu. Tepuk dada, Tanya diri. Itulah
cabaran yang terpaksa ibuku hadapi. Kasihan aku melihat ibu aku. Walaupun ibuku
sudah membuat pekerjaannya sehabis baik mungkin, tapi tetap saja tidak
dihargai.
Sabar duhai ibu. Allah sedang mengujimu.
Kini, aku berumur 16 tahun.Aku sering saja sakit.
Bila sakit, pasti akan dibawa hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
Tapi, aku, walaupun sudah dibawa ke hospital, jawapan doktor hanya,”Dia sihat
saja. Tidak mempunyai apa-apa penyakit.” Jika benar tiada apa-apa, kenapa
dadanya sesak dan sukar bernafas?
Mahu saja aku berkata dia bohong atau tidak
mempunyai akal. Aku diam
.
Dengan kuasa Allah, aku disahkan, tulang belakangku
bengkok. Patutlah aku selalu sesak nafas dan susah untuk aktif. Tahun ini saja,
entah berapa kali aku ditahan wad. Lagi sekali, ibu dan ayahku berulang-alik ke hospital dari
Klang ke Shah Alam dan ke Petaling Jaya.Jawapan doktor tetap tiada apa
penyakit.
Orang laim seronok menyambut tahun baru tetapi aku
dan keluargaku, takut untuk menyambut kehadiran tahun baru. Hatiku terdetik,
entah apa pula dugaan yang bakal aku lalui. Walau bagaimanapun, Allah Maha
Berkuasa dan Maha Penyayang pasti akan memberi jalan keluar dan penyelesaian.
Tiga bulan sudahpun berlalu. Proses terapi yang
doktor sarankan, tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Pihak Hospital Tengku
Ampuan Rahimah (HTAR) membuat rujukan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berdasarkan doktor yang merawatku mula berasa hairan akan keanehan penyakitku.
Aku menatap wajah doktor itu seakan-akan aku boleh membacanya.
Bagaimana?
Kenapa?
Bila?
Punca?
Entah. Kebiasaanya,orang yang mempunyai penyakit
tulang belakang bengkok tidak menjejaskan saraf tetapi semuanya itu berlaku
padaku. Aku terpaksa memakai tongkat untuk memberikan sokongan terhadap kaki
kananku. Deria rasa kakiku sudahpu hilang. Jika terpijak paku,kaca,dan
benda-benda tajam, langsung tiada rasa. Walaupun dicubit, dipijak,dihentak,
tiada rasa sakit. Walaupun darah keluar sedikit, aku tidak dapat merasai
kesakitan. Kerana itu jugalah, aku kerap tidak datang ke sekolah.
Jika sebulan ada tiga puluh hari, hanya 15 hari atau
kurang daripada itu saja aku datang ke sekolah.
Ramai yang tahu bahawa aku gadis yang kasar
orangnya. Kebanyakan rakan-rakan yang sama tingkatan denganku, kurang senang
akan kehadiranku. Ada juga yang menolakku jatuh ke tangga. Ada juga yang
menyandang kaki sehinggakan aku tersembam jatuh ke lantai. Walaupun dalam
keadaan aku sakit, ada juga manusia yang tidak mempunyai rasa kasihan atau
simpati terhadap aku. Nasib baiklah ada tongkat sakti ini, jika ada yang mahu
cari pasal dengan aku, kau tunggulah! Siap kau dengan tongkat aku!
Ayahku sering datang ke sekolah untuk mengambil aku.
Kelasku berada di tingkat tinggi dan menjadi satu bebanan untuk rakan sekelas
untuk memapah aku. Aku tahu, aku telah menyusahkan kauorang, tetapi segala
perbuatan kauorang, aku doakan Allah akan membalas dengan kebaikan. Itulah doa
aku untuk mereka.
Pernah juga aku berputus asa, tetapi ibuku memujukku
agar ku redha dengan ketentuan Allah S.W.T. Nak disingkatkan ceritanya, ibu dan ayah aku give up dengan perubatan moden. Jawapan
mereka tetap sama. Pergi hospital kerajaan jawapan mereka sama. Pergi hospital
swasta pun jawapan mereka sama. Bayangkanlah, aku pergi ke hospital sampai ‘tahap
tinggi’ punya, iaitu MRI dan akhirnya, jawapan mereka tetap sama.
Tiada penyakit.
Normal.
Kesimpulannya, aku mendapat penyakit orang tua.
Kelakar. Kecewa sungguh aku mendengar jawapan itu.
Mahu saja aku marah. Tapi, jika itu jawapannya, aku
terima.
Jadi, ibu aku mengambil keputusan untuk berubat
secara tradiasional. Rupanya, penyakit yang selama ini aku hadapi berkaitan
dengan salasilah keluarga ibuku. Keturunan dan pembawanya.Pada mulanya aku
tidak mempercayainya. Jika terlalu taksub, nanti syirik. Tapi ibuku mencuba
rawatan alternative setelah mencuba rawatan moden yang hasilnya tetap sama.Jika
nak bergantung ubat tahan sakit, sampai bila? Sampai bila aku mahu makan ubat
tahan sakit? Aku tak mahu.
Perlahan-lahan, aku menunjukkan sikapku sebenar yang
seperti kebudak-budakan. Walaupun usiaku 16 tahun, aku sering memberontakan dan
merengek bila kehendaknya tidak dipenuhi. Aku sering muenurut kata hati aku.
Allah lebih memahamiku. Rupa-rupanya, aku mempunyai saka yang sangat aktif,
saka, keturunan nenek moyang ibuku.
9 comments:
Ya Allah, seramnya (T-T)
Vivi when you gonna come back :'(
Get yourself the best fitness band under 2000 in india with good quality and facility. Buy now the best fitness tracker. Get yourself the best device best fitness band under 2000 in india to achieve your fitness goal. Get the best device in India. best fitness tracker under 2000
If you're expert in anchoring, apply for anchoring jobs in India, modelling jobs,
freelance acting jobs, stylist jobs, makeup artists jobs and so on. acting auditions
Grab the best microwave oven. Get grill, best convection, grill microwave oven in India
under 5000, 10000, 15000. best microwave oven under 10000
New digital marketing classes in Aurangabad with well-certified teachers. Learn from basic to advance 100% practical training.
Buy the best wearable fitness tracker in India under 5000 and get the best key features among
all other fitness bands. best fitness band under 3000
This is my first time i visit here. I found so many entertaining stuff in your blog, especially its discussion. From the tons of comments on your articles, I guess I am not the only one having all the leisure here! Keep up the good work. I have been meaning to write something like this on my website and you have given me an idea
Latest Ind Govt Jobs
Post a Comment