Chat here,darling.

Wednesday, January 8, 2014

Puisi: Lari

we are on the cruise | via Tumblr



Lari
Lari sekuat hati.
Tak payah patah balik
Nanti kau penat.
Kau dapat lelah.
Dia buat bodoh.

Lari
Jangan berhenti
Selagi kau tak dapat
Apa yang kau nak
Jangan berhenti.

Lari
Aku kata lari.
Jangan pandang belakang
Lupakan dia
Dia sudah bahagia.

Lari
Lari laju-laju
Sampai kau berjaya
Lari dari kesedihan.

Lari.
Tak payah dengar rayuannya
Jangan beri lagi peluang.
Dia tak akan hargai.

Lari
Lari daripada keindahan
Lari daripada lakonan.
Kau tak akan kenal
Siapa dia yang sebenar.

Lari
Lari mengejar kebahagiaan.
Kejar selagi kau mampu
Jangan merungut.

Lari.
Dan terus mengejar cinta Ilahi.
Ketenangan
Kebahagiaan
Itu yang kau mahu.

Larilah menuju ke hadapan.
Usah kau pandang ke belakang.
Cinta-Nya lebih besar daripada cinta manusia.

:,( | via Tumblr

3 comments:

Dalila Samsudin said...

hai. um kita kena banned tetiba kat shoutbox awk tak tau kenapa. Nak tnya kalau kita minta transparentkan header je boleh ke? And tlong ltakkan skali kat blog kita (blas kat shoutbox kita) . -serious tak tahu knapa kna banned.

http://dalilamimi-mimiepotpet.blogspot.com/

Dalila Samsudin said...

uih jenuh ah nak komen xD ahaha awk unbanned kita kan boleh. kita nak both. gmbar dgan tulisan. gmbar kita bagi eh ? awk ada twitter tak ? kat situ snang sikit xD ahaha

Dalila Samsudin said...

hahah kita dah mention awk kat twitter ! kita bincang kat sana jelah. sini jenuh. ahaha kita nak simple je mcm yg header lama kita punya (sila buka twitter ^^)