Chat here,darling.

Friday, April 17, 2015

Temuduga seni lukis dan seni reka? Cuak!





Berita baik untuk aku, aku berjaya untuk temu duga seni lukis dan seni reka.Er, terbalik ke? Dekat Uitm Shah Alam. Okay, gembira jugalah masa cek. Mula-mula cek, tak ada pun nama, bila dapat mesej terus cek. Tak tahulah nak rasa gembira ke atau sedih. Langsung tak prepare apa lagi. Tangan dah jadi keras. Tak tahulah besok lembut ke tak T_T Gembira sebab dapat. Sedih dan stress sebab lukisan asyik buruk gilerFrom account stream turn to Art and Design? Oh my God, basic pun ada tu sikit-sikitlah masa form 1-3. Mati-mati ingatkan tak dapat.Menangis tak berlagu aku.

Macam-macam soalan dah bermain dalam otak aku. 
1. Apa soalan dia?
2. Senang tak?
3. Lukis gambar apa nanti?
4. Macamana nak shading?
5. Boleh tak pasang lagu?
6. Speak in English or Malay?
7. Macamana soalan temuduga nanti?
8.  Nak baca apa?
9. Aku tak ambil seni dulu. Macamana nak bagi diaorang portfolio?
10. Kenapa tak bagitahu awal-awal? 
11. Kenapa masa semak tak ada apa-apa pun T_T Memang saya punya last minit ke macamana? 

Yeah, terima ajelah. Main bantai ajelah jawapan aku nanti. Stop  tengok anime untuk sehari ini. Ahhh~ Stress jadinya ni. Wish me luck T_T Yang mana pernah interview pasal seni ni, onegaishimasu~! Bagilah tahu saya :( Yang mana sama course dengan saya dan sama.... tarikh pada esok hari, jemputlah comment. At least, kuranglah rasa gementar ni. Bagilah tips. Ja, mata ne. 

Monday, April 13, 2015

Cerpen - Tawar Hati (PART I)

Titisan air hujan jatuh dari langit.
Perlahan mencair parut luka biru.
Melihat cahaya yang bersinar waktu senja.
Pasti ada yang sedang tersenyum.
  
Sekarang masa berlalu, Aku mencari kekuatan.
Pembohongan yang indah sukar untuk dilupakan.
Terlalu banyak kesakitan yang ku pelajari
Tapi masih juga, menyakitkan.

Engkau pun semakin jauh.
Tiada cara untukku melupakanmu.
Dalam sinaran senja yang sentimental.
Ku mohon padamu, lenyapkannya.
Di dalam hatiku ini,
Lukisan parut yang kau lukis.
Ku tak mampu melangkah ke depan.
Kau tahu ku tak kuat.

"Tolong hilang,lenyapkanlah"
Ku melihatmu dan berdoa.
Tapi mengapa hanya aku memeluk dirimu sungguh erat?

Ku tak kuat!

Sekarang kau sudah melangkah pergi.
Meninggalkan parut dihatiku ini.
Dan berharap aku juga kan pergi.
Meninggalkan memori kau dan aku.

Kau berjanji "tidak meninggalkan ku."
Hanya kebodohanku yang percaya.
Air mataku pun turut mengalir.
Perlahan di pipi, kau pergi jua.

Langit yang biru, Ku cuba bertahan. (Ah...aku kuat.)
Air mataku tetap jua mengalir. (Jangan..Jangan..)
Pegang tanganku dan jangan lepaskan... ( Aku tak kan biarkan kau pergi.)

Kernaku takut kehilanganmu..*maaf.Aku lepaskan kau.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pernah tak rasa bila kau langsung tidak kisah ataupun peduli tentang si dia? Apa yang dia nak buat ataupun akan buat, dibiarkan saja dan tidak buat endah. Dipanggil tetapi tidak layan. Bukan diri ini kejam. Bukan diri ini tiada perasaan. Orang tua-tua kata, jagalah percakapan dan perkataan kerana percakapan dan perkataan itu akan memecahkan rasa terpendam dalam hati. Mungkin gembira atau mungkin yang sebaliknya.
Banyak cerita yang aku nak ceritakan.
Tentang dia.
Tentang dia.
Tentang dia.
Dan tentang aku dan dia.
Siapa sangka orang macam aku ini pernah bercinta dan akhirnya menunggu si dia untuk mewarnakan hati yang kian pudar. Berharap dan menunggu keajaiban yang bakal muncul untuk aku dan dia. Tapi itu hanyalah khayalan dan impian saja. Musnah. Hancur. Kecewa. Sia-sia. Pernah ditanya, akankah aku memberi dia peluang. Mahu saja aku jawab ya tetapi dengan keegoan aku yang tinggi menggunung, jawapan yang terbit nyata hanyalah "tengoklah nanti." Sengaja aku menguji kesetiaannya untuk menunggu kehadiranku. 
Lain dirancang. Lain pula yang jadi.
Tak ada siapa yang suka bila janji dimungkiri. Harapan yang menggunung, hancur musnah. Hati yang penuh dengan rasa harap, sakit tak terkata. Peluang yang diberi, tergantung di tengah jalan cerita. Cerita cinta indah yang diharapkan, semua hanyalah impian saja. Lelaki yang disayangi, diam tanpa kata.  Apabila muncul semula dengan kata-kata, hati si perempuan sakit tak terkata. Menahan rindu dalam diam.  Menahan sakit yang baru saja nak sembuh. Datang tanpa diduga, pergi tanpa meninggalkan kata. Bukan tak sayang. Bukan tak cinta. Hati aku terlalu tawar untuk menerima. Diam aku menunggu. Walaupun perasaan tidak ambil kisah tentang engkau masih ada. Dibiarkan saja di dalam hati.
Benarlah apa yang aku sangka. Aku terlalu berharap tetapi tidak mahu mengaku. Aku sakit di hujung cerita. Samalah macam permainan jenga, kita bina sampai stabil dan perlahan-lahan keluar kan blok itu. Apabila jatuh semua, belum tentu lagi kita nak main semula.
Aku diam membisu. Baiklah, biar aku ceritakan semula.
"Bangun semua."suara Muhammad Hafiz memecahkan suasana sunyi di kelas. "Assalamualaikum dan selamat sejahtera,cikgu!"ucapnya dengan nada tegas. Semua murid tingkatan 4 Anggerik mengucapkan salam kepada guru. Hari ini adalah hari pertama persekolahan Syahirah Aliya. Kini, dia berada di tingkatan 4 dan bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun hadapan.
Suasana di dalam kelas begitu sunyi dan sepi. Biasalah, hari pertama persekolahan,kan? Bukannya kenal sangat pun. Tegur pun gitu-gitu aje. Bukannya rancak sangat perbualan macam tahun-tahun yang lepas. Betul lah kata senior dan cikgu dulu. Bila sudah naik tingkatan 4, tak semua kawan yang bersama kita akan sama kelas dengan kita. Kalau results PMR sama, memang sama kelaslah. Kalau lain, say goodbye to youlah. 
Sebaik saja cikgu meletakkan beg tangan di atas meja, dia mula berdiri tengah di bawah kipas. Jarak dari bilik guru ke blok tingkatan 4 mengambil masa 5 minit. Dengan nak turun tangganya lagi lepas itu naik semula. Kemudian, kena cari kelas lagi. Kalau terlajak naik, kena turun pula. Dengan bawak buku nota dan macam-macamlah barang yang nak dibawa. Sudah tentu mengambil masa.
Semua pelajar tingkatan 4 berasa gembira apabila dapat duduk di blok baru. Kaca mata ditolak naik sedikit. "Baiklah. Nama cikgu, Zaniza. Saya akan ajar kamu semua subjek Sejarah. Kalau kauorang tak lulus subjek aku. Kau tunggu denda nanti."kata Cikgu Zaniza dengan tegas.
Keluhan kecil terbit di mulut Syahirah Aliya. Tak lulus subjek Sejarah kena denda? Gangster betul cikgu ini. Dahlah subjek mengantuk. Rungutnya dalam hati. Bibirnya mengoyakkan sedikit senyuman apabila Cikgu Zaniza memandang ke arahnya. "Faham tak yang belakang tu?"
Er... Baru hari pertama sekolah, dah kena marah. Apakah? Syahirah Aliya mengangguk laju seperti burung berlatuk. Mahu tak mahu, subjek Sejarah kena lulus juga. Suka atau tak suka, kena tempuh sendirilah. Nak berjaya,bukan? Cikgu Zaniza mula bercerita tentang pelajar-pelajarnya tahun lepas. Senyuman yang terukir pada bibir Cikgu Zaniza. Gembiranya bukan main lagi. Mentang-mentanglah subjek kegemaran dia tapi tidak bagi Syahirah Aliya.
Beberapa minit kemudian, Cikgu Zaniza mengarahkan kami untuk memperkenalkan diri masing-masing. Haih, part yang ini paling dia tak suka. Bukan apa, lebih baik cikgu tak payah tahu nama dia. Sebab lama-lama akan kenal juga,bukan? Syahirah Aliya memandang wajah rakan semeja dengannya. "Wei, aku tak suka doh kenal-kenalkan diri bagai."rungutnya perlahan. Mana tahu kot-kot Cikgu Zaniza terdengar. Nahas dikenakan nanti.
"Agaklah. Aku pun tak suka. Malas."Ujar Nur Suhada.
Dalam kelas ini, ada jugalah beberapa orang yang dia kenali. Kalau tak, memang dia tak ada partnerlah nanti. Syahirah Aliya membuka zip bekas pensel lalu mencapai pen biru. Buku nota kecil dibuka lalu melukis doodle ikut suka hati dia. Pada mulanya, dia takut-takut nak lukis tapi bila dah ada bunyi bising sedikit, perasaan berani itu keluar dengan sendirinya. 
"Hah, kau buat apa itu?"tegur Cikgu Zaniza.
Terkejut dibuatnya. "Giliran kau sekarang."sambung Cikgu Zaniaza lagi. Syahirah Aliya tersengih sinis. Cover malu gayanya. "Nama saya Syahirah Aliya binti Abdul Aziz. Panggil saya Ira atau Aliya. Hobi saya suka melukis. Cita-cita .... er... Masih tengah fikir lagi."balas Syahirah Aliya.
"Hah?! Tak fikir lagi cita-cita? Kau tu dah tingkatan empat. Takkanlah kau tak fikir lagi? Ada sesiapa lagi yang tak tahu cita-cita nak jadi apa?"balas Cikgu Zaniza dengan hairan.
Nasib baik ada segelintir yang tidak tahu. Tak pasal-pasal aku kena marah. "Kauorang semua tingkatan empat,bukan? 4 Anggerik,kan? Aliran akaun,kan? Hah, takkan tak tahu lagi. Bila kauorang dah confirm aliran yang kauorang ambil ini maksudnya, cita-cita kauorang mesti ada kaitan dengan akaun tau. Tak kisahlah, businessman ke apa ke. Kauorang dah besar tau. Kena fikir dari dulu lagi. Bila dah naik tingkatan 4 ini, kauorang dah boleh fikir nak jadi apa. Betul tak kauorang pilih aliran ini? Boleh tak kauorang bawa aliran ini? Hah, add math ada tau. Fikir masak-masak. Ini masa depan kauorang bukan cikgu. Cikgu dah jadi cikgu. Cikgu dah ada duit sendiri dah pun. Kauorang pun kena jugalah fikir nak jadi apa. Faham?"jelas Cikgu Zaniza panjang lebar.
Baru hari pertama dah kena ceramah panjang dengan Cikgu Zaniza. Apalah nasib dalam kelas ini.
****

Tuesday, April 7, 2015

Template denim siap #2

Oyasuminasai, minna-san! Ogenki desu ka? Ah, sepanjang cuti ni banyak gila anime yang saya layan. Maigad, sampai tak tahu nak tengok apa dah lepas tu. Rasa macam, 'Kyaaaaaaaaaaaa! Seronoknya. My parent dah tak halang lagi dah nak buat apa. Cool!'  Tapi cuma satu aje mereka tak bagi saya peluang, iaitu keluar / hang out with my friends.I need to do housework, belajar memasak   and blablablabla.  Lama-lama dah jadi biasa. Tapi anime tetap layan. Guys, ada suggestion for anime tak? Yang seram punya like Another. 

Apapun, saya dapat siapkan juga edit blog untuk adik ni.