Chat here,darling.

Saturday, December 12, 2015

PART1 : Keluarnya saka dari realiti.

Keluarnya sang saka dari realiti

25 Ogos 2015. Tarikh yang sangat menakutkan dan mengerikan dalam kehidupan aku. Bukan pada diriku malah berkait rapat dengan keluarga, saudara-maraku. Benda yang selalu kita mengharapkan supaya  dijauhkan daripada diri sendiri tapi, tanpa diduga, benda itu menjelma dalam kehidupan aku. Setiap hari, setiap jam dan setiap saat, aku terpaksa menghadapi benda itu dengan mata kepala aku sendiri.

Jika dahulu, kita marah terhadap seseorang, sudah pasti kita akan sumpah serana terhadap orang yang kita benci atau lebih kepada dendam. Orang tua-tua kata, orang dulu menggunakan saka untuk kebaikan seperti menjaga kebun, padi, lading-ladang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pada zaman moden ini, masih ada juga yang menggunakan saka untuk kepentingan diri sendiri serta membawa keburukan terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Hairan juga aku. Harap saja zaman yang baru nak menuju ke arah kemajuan, tetapi masyarakatnya pula tidak maju-maju.

Kerana tidak puas hati.
Kerana cemburu.
Kerana marah.
Kerana ego.
Kerana dendam.
Kerana terdesak.

Mereka bertemu bomoh atau dukun untuk merosakkan kehidupan seseorang yang mereka tidak diingini.

Kejam.
Tidak berhati perut.

Orang yang berkelakuan seperti tidak akan merasa kesakitan dan kesengsaraan terhadap orang yang dibuat oleh si bomoh/dukun. Mereka hanya ketawa dan tersenyum puas melihat kesengsaraan tersebut. Apabila tiba saatnya nanti, mereka tetap juga akan merasa keperitan serta dipenuhi dengan rasa serba salah.

Dalam cerita aku pula, juga lebih kurang sama saja. Nama samaran aku, Ana,16 tahun. Kesakitan yang membawa kesengsaraan dalam hidupku disebabkan oleh saka. Siapa sangka, saka ini sangat berminat terhadap diriku. Tiada siapa sangka bahawa benda tersebut sudah lama bertapak dalam diriku sejak berumur 2 tahun.

Saka ini berpunca daripada nenek aku. Berdasarkan apa yang doktor paranormal itu kata, Dr.Nizam, setiap anak perempuan yang dilahirkan akan mendapat saka. Sama ada aktif atau tidak, bergantung pada saka itu sendiri. Dulu, aku dan nenekku, tidak rapat. Dia sering memarahiku apabila aku berbuat salah berbanding kakakku,Aida. Nenek aku sangat rapat dengan Aida kerana dari kecil lagi, nenek aku menjaga Aida sehinggalah umur dia mencecah 6 tahun.(Dulu, tadika dekat belakang rumah nenek saja. Sebab itulah Aida duduk di rumah nenek. Jarak antara umur Ana dan Aida adalah 2 tahun.)

Yang menjadi persoalanannya di sini, kenapa saka itu berminat dengan aku? Bagaimana?
Aku buntu.

Sejujurnya, aku takut untuk melihat benda-benda itu dengan mata sendiri. Di mana saja dia berada termasuklah di tandas.  Aku pula seakan-akan dalam mimpi yang tidak ada penghujungnya di akhir mimpi sendiri. Menggigil ketakutan dan lutut aku menjadi lemah terkaku di tempat aku berada. Jika aku berada di atas katil dan benda itu berada di tepi pintu, aku tidak mampu bergerak melainkan menutup wajahku dengan menggunakan bantal serta melelakakan diri sendiri dengan telefon bimbit.
Ibuku mahu saja berputus asa dengan rawatan moden. Walaupun teknologi sains serba canggih, tetapi kenapa tidak dapat mengesan sedikit pun kesakitanku? Aku menatap wajah ibuku yang kesediahan. Riak wajahnya seakan-akan memohon kepada Allah agar dia menggantikan tempatku. Sabar duhai ibu, Allah sedang mengujiku.

Aku pernah dibawa ke hospital berulang-ulang kali kerana demam panasku yang tidak sembuh lebih kurang umurku menjangkau 3 tahun. Adik lelakiku pula, Irfan, menghidap penyakit kulit. Boleh dikatakan, ibu dan ayah aku asyik berulang-alik ke hospital. Dengan kuasa Allah, atas keizinannya, Irfan sembuh dari penyakit kulit begitu juga dengan aku. Walaupun aku sudah sembuh pada waktu itu, Aida berdiri kaku tidak bergerak memandang aku. Wajahnya kelihatan kaget memandang aku. Gelas yang dipegangnya pecah.

Padahal aku hanya senyum melihat kakakku. Adakah senyuman aku menakutkan?
“Ibu…Ayah… Muka Ana…”

Ibu dan ayah bergegas ke dapur. Kakakku berkata, mukaku seakan-akan ditarik sebelah dan hampir menutup mata kananku. Senyumanku yang senget. Aku fikirkan ia akan kekal selamanya.

Patutkah aku senyum sentiasa atau murung untuk menutup kecacatan wajahku?

Ah,pedulikan sajalah.

Aku,Aida dan Irfan bersekolah seperti biasa. Umurku sudah mencecah 14 tahun. Akulah senior untuk sesi petang pada tahun itu. Siapa yang tidak gembira jadi senior? Sayangnya, Allah mengujiku lagi dengan ujian yang lebih mencabar.  Aku hampir 3 kali dimasukkan ke hospital dengan penyakit yang berbeza.

Bayangkan satu tahun itu, kau dapat penyakit berbeza.
Aku terpaksa kuatkan diri.

Pada awal tahun, aku dijangkiti dengan penyakit influenza. Pada pertengahan tahun pula, aku dijangkiti dengan ‘sis’/Cyst yang berukuran 4.8 sentimeter. Pada mulanya, doktor tidak menggalakkan untuk melakukan pembedahan tetapi kerana aku tidak dapat menahan sakitnya,pembedahan dijalankan. Baru saja beberapa bulan pembedahan sis, aku mendapat appendix pula. Sakitnya aku hanya Allah saja yang tahu. Sepanjang tahun itu, ibu aku terpaksa mengambil cuti. Disebabkan itu, Ketua Jabatan ibuku mencabar kesabarannya.

Orang kata,kita yang Melayu mudah lupa. Bila dia sudah menjadi bos, hanya dia saja yang betul. Tapi sebagai pekerja pula, kita sering disumpah seranah dan dimaki hamun. Kenapalah manusia yang berpangkat besar menjadi seperti itu? Aku tidak tahu. Tepuk dada, Tanya diri. Itulah cabaran yang terpaksa ibuku hadapi. Kasihan aku melihat ibu aku. Walaupun ibuku sudah membuat pekerjaannya sehabis baik mungkin, tapi tetap saja tidak dihargai.

Sabar duhai ibu. Allah sedang mengujimu.

Kini, aku berumur 16 tahun.Aku sering saja sakit. Bila sakit, pasti akan dibawa hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Tapi, aku, walaupun sudah dibawa ke hospital, jawapan doktor hanya,”Dia sihat saja. Tidak mempunyai apa-apa penyakit.” Jika benar tiada apa-apa, kenapa dadanya sesak dan sukar bernafas?

Mahu saja aku berkata dia bohong atau tidak mempunyai akal. Aku diam
.
Dengan kuasa Allah, aku disahkan, tulang belakangku bengkok. Patutlah aku selalu sesak nafas dan susah untuk aktif. Tahun ini saja, entah berapa kali aku ditahan wad. Lagi sekali, ibu  dan ayahku berulang-alik ke hospital dari Klang ke Shah Alam dan ke Petaling Jaya.Jawapan doktor tetap tiada apa penyakit.

Orang laim seronok menyambut tahun baru tetapi aku dan keluargaku, takut untuk menyambut kehadiran tahun baru. Hatiku terdetik, entah apa pula dugaan yang bakal aku lalui. Walau bagaimanapun, Allah Maha Berkuasa dan Maha Penyayang pasti akan memberi jalan keluar dan penyelesaian.

Tiga bulan sudahpun berlalu. Proses terapi yang doktor sarankan, tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) membuat rujukan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Berdasarkan doktor yang merawatku mula berasa hairan akan keanehan penyakitku. Aku menatap wajah doktor itu seakan-akan aku boleh membacanya.

Bagaimana?
Kenapa?
Bila?
Punca?
Entah. Kebiasaanya,orang yang mempunyai penyakit tulang belakang bengkok tidak menjejaskan saraf tetapi semuanya itu berlaku padaku. Aku terpaksa memakai tongkat untuk memberikan sokongan terhadap kaki kananku. Deria rasa kakiku sudahpu hilang. Jika terpijak paku,kaca,dan benda-benda tajam, langsung tiada rasa. Walaupun dicubit, dipijak,dihentak, tiada rasa sakit. Walaupun darah keluar sedikit, aku tidak dapat merasai kesakitan. Kerana itu jugalah, aku kerap tidak datang ke sekolah.

Jika sebulan ada tiga puluh hari, hanya 15 hari atau kurang daripada itu saja aku datang ke sekolah.
Ramai yang tahu bahawa aku gadis yang kasar orangnya. Kebanyakan rakan-rakan yang sama tingkatan denganku, kurang senang akan kehadiranku. Ada juga yang menolakku jatuh ke tangga. Ada juga yang menyandang kaki sehinggakan aku tersembam jatuh ke lantai. Walaupun dalam keadaan aku sakit, ada juga manusia yang tidak mempunyai rasa kasihan atau simpati terhadap aku. Nasib baiklah ada tongkat sakti ini, jika ada yang mahu cari pasal dengan aku, kau tunggulah! Siap kau dengan tongkat aku!

Ayahku sering datang ke sekolah untuk mengambil aku. Kelasku berada di tingkat tinggi dan menjadi satu bebanan untuk rakan sekelas untuk memapah aku. Aku tahu, aku telah menyusahkan kauorang, tetapi segala perbuatan kauorang, aku doakan Allah akan membalas dengan kebaikan. Itulah doa aku untuk mereka.

Pernah juga aku berputus asa, tetapi ibuku memujukku agar ku redha dengan ketentuan Allah S.W.T.  Nak disingkatkan ceritanya, ibu dan ayah aku give up dengan perubatan moden. Jawapan mereka tetap sama. Pergi hospital kerajaan jawapan mereka sama. Pergi hospital swasta pun jawapan mereka sama. Bayangkanlah, aku pergi ke hospital sampai ‘tahap tinggi’ punya, iaitu MRI dan akhirnya, jawapan mereka tetap sama.

Tiada penyakit.
Normal.
Kesimpulannya, aku mendapat penyakit orang tua. Kelakar. Kecewa sungguh aku mendengar jawapan itu.
Mahu saja aku marah. Tapi, jika itu jawapannya, aku terima.

Jadi, ibu aku mengambil keputusan untuk berubat secara tradiasional. Rupanya, penyakit yang selama ini aku hadapi berkaitan dengan salasilah keluarga ibuku. Keturunan dan pembawanya.Pada mulanya aku tidak mempercayainya. Jika terlalu taksub, nanti syirik. Tapi ibuku mencuba rawatan alternative setelah mencuba rawatan moden yang hasilnya tetap sama.Jika nak bergantung ubat tahan sakit, sampai bila? Sampai bila aku mahu makan ubat tahan sakit? Aku tak mahu.


Perlahan-lahan, aku menunjukkan sikapku sebenar yang seperti kebudak-budakan. Walaupun usiaku 16 tahun, aku sering memberontakan dan merengek bila kehendaknya tidak dipenuhi. Aku sering muenurut kata hati aku. Allah lebih memahamiku. Rupa-rupanya, aku mempunyai saka yang sangat aktif, saka, keturunan nenek moyang ibuku.