Chat here,darling.

Monday, February 2, 2015

Menjual secara online ada caranya.

Sejak kebelakangan ini, saya rasa macam tak berapa nak 'okay'. Macam ada saja yang tak kena. Masalahnya di sini, saya tak tahu kenapa dengan diri saya. Mungkin di sinilah diri ini mula menonjol ke dunia dewasa. *Pft, ayat tak boleh blah. Okay ignore it.
Pada zaman era teknologi ini, ramai orang lebih minat membeli secara online daripada bersemuka. Adakah betul tekaan saya? Kini, orang ramai boleh membeli di Facebook,Instagram dan bermacam-macam lagi website online. Walaupun saya belum pernah beli online, post ini saya nak terangkan teknik menjual di kedai 'maya'. Saya nak berkongsi dengan anda semua tentang apa yang saya dapat dalam seminar.
Yang pertama, website.
Kalau boleh, semua penjual 'maya' perlu ada website. Dalam website itu, sertakan profil diri seperti, nama, nombor telefon, nama syarikat/kedai dan sebagainya. Yang kedua, letakkan yang baik-baik aje dalam website itu. Maksudnya, hanya perkara positif saja yang letak. Jadi tak adalah unsur-unsur negatif. Dan pastikan guna bahasa yang baik. 
Yang kedua, FB Profil (Personal).
Cara nak promo. Contoh saja ya ini.
Sumber gambar: Google Image
Menipu sangatlah kalau kauorang menjual tapi tak ada facebook dok? Dari persepsi saya, kebanyakannya ramai yang dah ada facebook. Yang belum ada facebook, buatlah dengan segera ya. Tiada paksaan di sini. Dalam facebook kauorang, letak status baik-baik. Jangan letak ayat negatif. Ini pun ada kaitan tau. Kalau pembeli usha fb kauorang kemudian tertengok pula status negatif kauorang, kauorang rasa apa diaorang fikir? Renung-renungkanlah. Kalau boleh remove kawan yang selalu post komen negatif.

Yang ketiga, FB Page/Fanpage.
Yang ini memang kena ada sebaik saja kauorang dah ada personal punya.Dalam fanpage itu, terangkanlah pasal info produk kauorang itu.  Lepas itu promote. Kemudian, ceritalah aktiviti di situ supaya fanpage kauorang tu taklah berhantu. Pernah dengar orang buat giveaway/segmen dekat facebook? Hah, apakata kauorang buat jugalah. Barulah pembeli rasa gembira. Insya Allah. Kemudian, kalau ada orang tanya, terus jawab soalan tu segera supaya diaorang tak tertunggu-tunggu. Rajinkan diri hiaskan banner dan sentiasa post ayat-ayat positif.

Kalau ada orang post comment negatif?
PM diaorang. Kemudian baru balas comment.

Yang keempat,Instagram.
Sekarang, instagram dah famous bukan? Makin ramai orang jual barang/produk online dekat Insta? Instagram sangat terlaris dengan jualan online. Bila kauorang dah jual barang/produk, jangan paksa pula suruh orang beli. Kau gila ke apa? Tak pasal-pasal kauorang punya kena blocklist. Rajinkan like gambar orang supaya orang tu akan like gambar kita. Jadi dia akan usha barang/produk kauorang. Pastikan like setiap hari ya. Bukan like hari ini, esok dah dapat pelanggan. NOPE! KESABARAN perlu ada. Kalau ada artis pakai barang/produk kita, hah like jugalah ya. Insya Allah, akan maju. Kepada yang tak ada instagram, buat instagram sekarang. ;)

Yang kelima,Blog.

Nak kata blog ini terlaris pun tak juga. Tapi ada tekniknya jika kauorang nak jual produk/barang online dalam blog. First of all, kauorang memang sukakan penceritaan. Benar? Jadi, dalam post itu, kauorang kena cerita,kan produk kauorang. 
GAMBAR A
Bukan macam dalam gambar A. Kau ingat ini facebook xD ?
Kauorang kena cerita dari A-Z. Nama pun blog,bukan? Kenalah bercerita panjang tapi ayat kena bagi mantap supaya dapat tarik pelanggan :D Contohnya boleh tengok blog kakak ini. Klik sini. KENA RAJIN BLOGWALKING!
Yay, tamatlah tentang teknik menjual ini. Maaflah sebab panjang sangat post ini tapi harap dapat membantu :) Kalau ada typo, pandang tutup sebelah mata saja. :P Kalau nak saya review produk/barang uolls, I akan bantu tapi dalam blog dan fanpage saja. 
Kalau berminat boleh wechat saya: Tadapapapa_ atau whatsapp: 017-3624381 sekarang.
Sumber daripada mentor saya, kak Iera. :)

3 comments:

Nana Liena said...

nice tips.. !
nak online business mmg kena rajin2 la update/post kat fb etc..
tapi tension jga kena ada mcm2 media sosial huhu..rasa mcm dah tak terurus

Miza Idgihat said...

Kalau miza la kan, miza lebih prefer untuk fokus satu je. Takut tak terurus. Kalau banyak pun 2 dah memadai. Jangan tamak XD Moga Allah berkati setiap urusan kita ^_^

Farah said...

Setuju dengan benda-benda ni. Sebabnya, ni salah satu usaha nak tingkatkan visibility business kita.