Chat here,darling.

Friday, January 31, 2014

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.

Senarai rakan "Segmen Jom Jadi Rakan Blogger Miss Fairytale"

Jom jadi kawan miss fairytale :D I'm wanna know about you. Maklumlah, miss ni masih newbie ^^ Nak tahu blogger-blogger yang lain. Boleh kan ?
Tak join lagi ? Klik banner tuuuu.
1. http://lasenoritalala.blogspot.com/2014/02/segmen-jom-jadi-rakan-blogger-miss.html
2. http://missbaybeeboo.blogspot.com/2014/02/segmen-jom-jadi-rakan-blogger-miss.html
3. http://izzah-norlizah.blogspot.com/2014/02/segmen-jom-jadi-rakan-blogger-miss.html
4 http://everlastingmind.blogspot.com/2014/02/segmen-jom-jadi-rakan-blogger-miss.html
5. http://awansamudera.blogspot.com/2014/02/segmen-jom-jadi-rakan-blogger-miss.html
6. Your turn,dear :) Jom jadi kawan miss :)

Thursday, January 30, 2014

Harap dapat sahabat yang baik.

Sahabat? Actually, memang susah sangat nak cari. Setuju atau tak? Kadang, bila kita dah kenal lama dengan 'kawan' kita, kita mula rapat dan makin akrab. Kadang, segala rahsia pun kita 'share' dekat diaorang kan? Maklumlah , sharing is caring. Baru sweet gituu.

My dad ask to me, "how many friends you have,akak?"

Masa tu, memang miss senyap aje. Berapa kawan yang miss ada pun , miss tak tahu. Kalau nak kata 'kawan' aje tu, memang ramai. Tegur gitu-gitu aje. Tapi kalau kawan akrab tuuu, I dont know.

  Sejak naik tingkatan 4, semua orang pindah. Sorang pindah sana. Sorang pindah sini dan sebagainya. Lagipun, memang miss tak reti nak bergaul. Hanya yang satu kepala dengan miss aje yang masuk air. Hihihi.


Sahabat,
Bukan mudah dicari.
Susah senang,
Pasti ada bersama kita.

Berbeza dengan kawan.

Tika senang,
Tika gembira,
Dia ada bersama.
Tapi bila susah
Kau sendiri yang kecewa.

  Faham tak puisi ni? Kalau tak faham, cuba fahamkan. 

Kadang, miss sendiri tak faham. Kenapa dan mengapa. Langsung miss tak sangka, ada juga kawan yang tikam belakang. Tak percaya! Kawan yang tikam belakang ni , dah wujud dah pun pada zaman sekarang ni. Sebab tu , bila nak pilih kawan, hati-hati. Jangan dok sibuk jaga hati orang, hati sendiri terluka. Bukan terluka aje, diabaikan sekali. Kesian dekat hati kita ni :(

  Apapun, kepada orang yang dah ada sahabat tuuuuu, jagalah baik-baik ye. Jaga ukhwah. Tegur baik-baik. Beruntunglah sikit. :3 

January-february Giveaway 2014 By Nina Shukri

Assalamualaikum

klik banner untuk join...

Akhirnya terlaksana pun giveaway pertama untuk tahun 2014 ni..hadiahnya simple je syaratnya pun simple. Pemilihan pemenang berdasarkan Miss Random and jangan lupa meriahkan January-February Giveaway 2014 By Nina Shukri..

Saya tag empat orang. Mazz , syaz , Zakiah , Anis

Link facebook : https://www.facebook.com/xXlovemelodyXx

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com

Mamaniza sedang mencari 50 bloglist. Jom kawan-kawan, kita join ramai-ramai ^^

Tuesday, January 28, 2014

Cerpen : Hadiah

"Sayang. Tutup matalah,"kata Hairi. Sejambak bunga berserta sekotak sederhana besar,  disusun rapi di belakangnya.
Arina menjungkitkan kening kanannya sambil bercekak pinggang. "For what?"
  Hairi tersenyum manis lalu menyuruh Arina menutup mata.
  "Ish,kau ni Ri! Bagi sajalah."Rungut Fikri.
Hairi tertawa kecil, sejambak bunga dan sekotak sederhana besar dihulurkan kepada Arina."Open your eyes,Rina."
  Perlahan-lahan Arina membuka matanya. Segulum senyuman manisnya dihadiahkan kepada Hairi. Oh my, kalau setiap hari dia bagi hadiah. Seronoknya! Bisik hati Arina. Dia memandang ke arah abangnya,Fikri. Sengihan di bibir Fikri jelas kelihatan. Terus pipinya dicubit manja oleh Arina.
"Thank you,Hairi. Tapi, awak tak bosan ke bagi hadiah dekat saya? Bazir tau duit awak!"kata Arina. Pipinya dikembung.
  Hairi menggeleng. "Mana tahu, hadiah tu untuk kali terakhir."
Fikri menepuk bahu Hairi."Bro, tak baik cakap macam tu. Tak lama lagi, kau tu nak kahwin dengan aku."kata Fikri dengan yakin.
  "Wei, aku tak gay lah!"Kata Hairi sambil mencubit lengan Fikri. Fikri kalau nak bergurau, memang tak bertempat.
"Maksud aku, adik aku.Tersasul. Kau ingat, aku ni selera ke nak kahwin dengan sejenis."tegas Fikri. 
Arina tertawa kecil. Begitulah dia pada waktu petang. Sentiasa ditemani dengan jejaki yang amat dia sayangi,abangnya dan tunangnya, Hairi.
  "Arina, i love you." Arina tersenyum kambing, tatkala Hairi mengucapkan ungkapan yang manis.
Fikri menepuk pipi Hairi. "Kau ni tak sabar-sabar ke? Dah kahwin nanti ucaplah."
  
Hairi bercekak pinggang. "Nak ucap pun tak boleh?"tanya Hairi.
  Fikri menggeleng. "Yang nak kahwin dengan aku tu, adik kau. Bukan kau,bijak!"
******
Setiap hari, mereka bertiga akan pergi kerja bersama-sama. Nasiblah mereka bertiga , kerja di syarikat yang sama. Maklumlah, Fikri akan menggantikan tempat ayahnya, Encik Khairuddin. Lagipun, Encik Khairuddin sudah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.Jadi apa salahnya kalau nak beri anak-anaknya peluang untuk merasa.
 
   Tapi, hari ini tidak sama seperti hari yang sebelumnya. Hari ini, Arina hanya ditemani oleh Fikri. Ditanya kenapa Hairi tidak datang, bahu Fikri terus terjungkit. Lama juga tunggu di hadapan rumah Fikri tadi, tapi batang hidungnya langsung tidak muncul.
   Telefon Fikri berdering dengan kuat diminta untuk diangkat. Pantas Fikri menekan butang hijau pada skrin telefon bimbitnya.
  "Hah! Dekat mana?"Suara Fikri sedikit tinggi.
Arina yang asyik memandang lantai terus mengalihkam pandangannya ke arah Fikri.Raut wajah Fikri ditatap lama. Dia terus mencapai tangan Fikri lalu digenggam erat. "Kenapa abang?"
    "Hairi...."
Arina tersenyum manis. Mesti nak buat kejutan ni.Bisik hati Arina dengan gembira. "Kenapa abang?"
  Fikri menatap wajah manis milik Arina. Hatinya berbelah bagi. Separuh hati suruh kata, separuh hati lagi kata jangan. Sungguh dia tak sanggup melihat wajah ceria Arina bertukar menjadi suram dan murung.
  "Ikut abang ye sayang."Fikri menggusap kepala Arina dengan lembut. Senyuman di bibir Fikri terukir manis. 
"Hairi mesti nak buat suprise kan?" Fikri mendiamkan diri.
******
Kereta yang dipandu oleh Fikri telah pun tiba di destinasi.Arina terkebil-kebil melihat suasana di luar hospital. Lalu memandang ke arah Fikri. "Kenapa datang hospital?"
  Fikri mendiamkan diri lalu melangkah keluar dari kereta.
Mereka mempercepatkan langkah menuju ke wad Hairi. Arina langsung tidak tahu kejadian yang menimpa pada Hairi. Sungguh menyedihkan.
  Sebaik saja melangkah masuk wad Hairi, mata Arina membulat besar. Keluarga Hairi turut memandang ke arah Arina. Digenggam erat tangan abangnya. Fikri yang tidak sampai hati untuk memberitahu Arina, dibiarkan saja Arina dalam kesedihan. 
"ABANG,Hairi kenapa bang?"tanya Arina.
  Fikri diam.
"A...."
  "Giliran Hairi pula untuk dibedah. Tolong beri laluan,"kata jururawat perempuan.
Jantung Arina terhenti seketika.Dibedah? Apa semua ini? Soal hati Arina. Dia terduduk lemah di lantai. Sungguh dia tidak bermaya pada ketika itu. Sungguh dia lemah.
*****
Hampir 3 jam mereka menunggu. Air mata Arina semakin reda. Kepalanya dilentokkan pada bahu Fikri. Puan Zulaika yang berada di samping Arina, mengusap tangan Arina dengan lembut.
  Doktor melangkah keluar dari bilik pembedahan. Encik Johari terus mendapatkan doktor itu. "Bagaimana dengan anak saya doktor?"tanya Encik Johari.
Doktor itu hanya mendiamkan diri lalu menarik nafas sedalam-dalamnya. "Anak encik selamat."
  ENCIK Johari tersenyum manis.Puan Zulaika turut tersenyum.Tapi hanya seketika. "Tapi, sekejap saja dan dia...." Sengaja doktor itu menggantungkan ayatnya.
"Hairi dah tak ada ke doktor?"tanya Arina. Dia merapatkan dirinya dengan Puan Zulaika. Perlahan-lahan kepala doktor itu digeleng.
  Air mata Arina turun dengan laju seperti air terjun.Dia terduduk di lantai sambil menutup mulutnya. Fikri yang terdengar perbualan mereka, terus memujuk adiknya.
  "Hairi dah pergi,bang."
******
Sudah sebulan Hairi pergi meninggalkan Arina. Sungguh dia tak sangka, Hairi akan pergi dulu. Apa daya dia untuk menolak takdir. Arina terpaksa terima dengan ketentuan Ilahi. Walaupun Hairi tiada lagi di sampingnya,dia masih berasa gembira dan bertuah kerana pernah memiliki seorang lelaki yang amat menghargai dirinya.
  "Adik."
Arina memandang ke arah ibunya,Puan Zaitun.Senyumannya dilemparkan. "Arina buat apa sayang?"
  "Tengah melukis,bu."
"Tak kerja ke hari ini?"
  "Off hari ni. Penatlah. Semalam overtime. Hari ni nak rehat."
Puan Zaitun tersenyum manis. "Adik."
"Ye,bu."
  "Minggu depan abang kamu tu nak kahwin. Tak nak siap-siapkan barang perkahwinan untuk dia ke?"
Arina tertawa kecil. "Lah, adik punya barang kahwin kan ada. Gunalah."
Puan Zaitun diam seketika. Ditatap seketika wajah Arina yang asyik dengan lukisannya. "Tak rindu Hairi?"
  Tangan Arina berhenti menari. Terdiam. "Rina rindu dia."
Puan Zaitun mengusap kepala Arina dengan lembut.  "Ini hadiah daripada Hairi."
  Arina terus memandang ke arah wajah ibunya. Hadiah tersebut dicapai dengan elok. "Ibu nak turun bawah ye." Puan Zaitun mengaturkan langkahnya ke ruang tamu.
Arina terus membuka balutan daripada kotak yang besar itu.Penutup dibuka perlahan. "Patung beruang? Bunga lagi? Eh, novel? Tudung? Banyaknya."
  Arina mengeluarkan segala isi yang ada di dalam kotak tersebut. Sepucuk surat terjatuh di lantai. Dia terus mencapai surat tersebut lalu dikoyak perlahan. Perlahan-lahan kertas itu ditarik keluar lalu dibacanya.
Dear Arina,

Assalamualaikum Hairi ucapkan. Moga puteri di sana baik-baik saja. Rina suka tak hadiah yang Hairi bagi? Harap Rina simpan elok-elok tau. Mana tahu, hadiah ni hadiah terakhir yang Hairi dapat bagi. 

  Arina, kalau suatu hari nanti saya pergi. Saya nak awak JAGA DIRI AWAK ELOK-ELOK. Sengaja saya tulis besar-beaar supaya awak nampak. Tak payah pakai kanta pembesar. Uih, rabun sangat tu.

Arina, tinggal seminggu saja kita bakal gelar suami isteri. Tak sabar rasanya nak ada awak selama-lamanya. Hihi, i sayang you banget tau! Hah, bahasa indonesia sudah keluar.
  
  Arina, saya nak beritahu, saya ada kanser barah otak. Dan saya tak pasti saya hidup berapa lama. Kalau saya pergi, harap awak redha dengan pemergian saya. Jaga solat,jaga diri, jaga ikhtilat ye.

  Saya sayang awak. Hairi sayanh Arina.Arina sayang Hairi? Mestilah sayangkan? Hihi. Sampai di sini saja. Byebye.

Tinggal seminggu saja,Hairi dan Arina bakal bersatu, mungkin tak ada jodoh. Manusia hanya mampu merancang tapi perancangan Allah lebih baik baik. Sesungguhnya , dia lebih mengetahui apa yang ada sebelum terjadi.
  Air mata Arina mengalir laju. Surat terakhir yang ditulis oleh Hairi membuatkan dia bertambah rindu. Semoga dia ditempat di kalangan orang-orang beriman.
  "Arina rindu Hairi."
-TAMAT-

Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku


Firman Allah : “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31). Ayat ini khas untuk wanita
Pendapat miss fairytale tentang hijab kepada wanita.
Actually, semua orang tahu kan menutup aurat itu wajib. Kenapa ? Setelah kita akil baligh, kita perlu menutup aurat dengan sempurna.  Kenapa? Sebab memang itu perintah Allah. Kalau kita biarkan aurat kita terdedah sana sini, kauorang sendiri tahu apa yang bakal terjadi? Dan senang-senang aje kauorang dapat dosa.

Contoh :
"Eh,kampung gila kau pakai tudung?"
"Wei, fashion tu dah ketinggalan zamanlah!"
"Daripada kau pakai tudung, baik kau free hair,doh!"
"Buruk gila muka kau,bila pakai tudung."

Miss yakin, mesti ada orang cakap macam tu kan? Abaikan diaorang. Usah dilawan. Buat tak tahu aje atau nak tegur, biarlah gunakan 'bahasa yang baik'. Tak payah nak fikir sangat pandangan orang dekat diri kita. Sebaliknya,fikirkan pandangan Allah terhadap diri kita.

Cuba bayangkan, kalau kita di kelab malam atau pesta tarian. Masa tu pula kita tak tutup aurat. Pakaian seolah-olah 'telanjang' also known as sexy. Tiba-tiba ada bom pula dekat kelab malam tu. Kemudian,bom kedebaboooom! Macam mana nanti kalau orang nak mengecam mayat kita. Sebab pemakaian kita masa tu, sama aje macam orang bukan islam.

Untuk pengetahuan kauorang, pemakaian hijab yang sempurna dapat menyelamatkan diri daripada jatuh ke lembah maksiat. Selain itu, maruah atau harga diri kauorang dipandang tinggi kerana menutup aurat dengan sempurna. Hah,bila dah tutup aurat tu, tolong jaga ikhtilat. Biarlah perhiasan diri kita, disimpan rapi untuk bakal zauj. :)

Mudah-mudahan. Yang baik datang dari Allah, yang buruk, datang dari salah saya sendiri. :)

Hadiah yang saya nak. Er....
1. Tudung bawal.
2. Novel single unavailable.
3. Shawl.