Chat here,darling.

Tuesday, December 16, 2014

Novel 1437 - Bab 2

Yay, badan aku dah mula sakit! Akulah Airish Humaira yang bijak katanya, meniarap buat kerja sekolah di atas lantai. Memang syoklah bila nak duduk tu. Pergh,perit wei! Terasa lenguh satu anggota badan. Cepat-cepat dia mengemas buku sekolah,buku conteng dan segala bukulah. Bersepah-sepah buku,kertas,pen, pemadam,correction tape dan segalalah di atas lantai biliknya. Ini baru buat kerja sekolah, kalau dapat assignment ? Kalau dapat kertas projek untuk bermillion-million ? Makin bersepahlah biliknya macam kandang kambing! Kandang kambing pun bersih.
 
Ketika dia asyik mengemas buku dan perkakasnya, dia terjumpa kotak muzik di bawah katil. Apabila penutupnya dibuka akan ada seorang puteri dan seorang putera menari di atas platform yang berwarna hitam itu. Hatinya berbunga kerana kotak muzik Kristal itu ada di tangannya sambil memerhatikan dua anak patung menari berpusing.

“Bila kita sudah besar nanti, kita menari sama-sama macam ini ya.” - Haris Syazwan.

            Pada mulanya, gadis itu memang tampak gembira. Tetapi apabila kata-kata Haris Syazwan yang menerjah masuk ke dalam ruang fikirannya, dia termenung sendiri. Hatinya bercampur aduk dengan persoalan tentang ‘perasaan’.‘Cinta,cinta,cinta. Boleh jadikan aku ini bodoh sebab fikir pasal mamat tu!’rungut hatinya.

            Nak campak, sayang. Nak hentak, lagilah. Nampak sangatlah dia ini sayang sangat pada kotak muzik. Menurut Haris Syazwan, kotak muzik ini ialah hadiah yang diberikan oleh Puan Diana, ibunya. Menurutnya lagi, ini hadiah sebagai tanda persahabatan dan pertemuan kami semasa berada di London. Kelakar sungguh. Mereka ke sana sebab bercuti manakala  keluarga dia pula ke sana kerana ada hal kerja. Bukan sebulan dua tapi dua tahun. Setelah itu, barulah pulang ke Malaysia. Gilalah!

            “Airish Humaira, saya tak nak awak kena buli dengan kawan-kawan. Walaupun awak sekolah dekat sana tapi saya cuma holiday. Saya akan lindungi awak sampailah masa saya dekat sini expired.”- Haris Syazwan.

            Airish Humaira tersenyum apabila teringat kata-kata Haris Syazwan.Tidak mengapalah Airish Humaira. Ini baru saja permulaan yang kecil bukannya besar sangat pun. Kau sendiri boleh handle perkara ini,bukan? Small matter ajelah,Rish. Airish Humaira memilih untuk berdiam. Dibiarkan saja kenangan dia dan Haris Syazwan berlalu sepintas jalan.

Hanya mainan dunia.

            Airish Humaira merebahkan dirinya sementara menunggu azan Subuh berkumandang. Bangun pagi seawal pukul lima bukanlah perkara asing bagi Airish Humaira. Dia sudah dididik untuk bangun awal walaupun sebenarnya dia bukan morning person.

Telefon bimbitnya berbunyi dari tadi sehinggalah dia mahu membawa diri ke dunia realiti. Beep beep sana, beep beep sini. Kalaupun dia vibrate phone, belum tentu lagi vibrate tu silent dan memang confirmlah dia berbunyi whitsle atau kadang berbunyi harmonics. Handphone yang aku pakai inilah yang jadi peneman aku ketika aku gembira,sedih,kecewa,gemuruh dan sebagainya. Bukan nak kata aku tak boleh hidup tanpa telefon bimbit. Siapa kata aku tak boleh hidup tanpa telefon bimbit?

Setiap kali aku nak belajar, handphone ini memang tak habis-habis menggoda aku. Letaklah sejauh mana pun, tangan aku ini rasa ‘gatal’ saja nak main handphone. SPM nak dekat pun masih tidak sedar diri.  Kalaulah aku ada super power yang boleh buat aku control diri aku, kan bagus. Tapi jangan bermimpilah.

Selimut hello kitty ditarik sehingga menutupi wajahnya. Cahaya telefon bimbit menerangi keadaan dalam selimut.  Walaupun penghawa dingin sudah ditutup, udara sejuk masih menyengat tubuhnya.

2000+ Whatsapp dari 3 perbualan.
10 + messages from Kik.
1 mesej belum dibaca.

Kelakarnya.

Memang sahlah semua mesej ini daripada group. Group kelas,group anime,group sendiri dan.. satu lagi aku tidak pasti. Noti yang terpampang di skrin telefon ditekan. Matanya dikecilkan sedikit untuk mengecam nombor tersebut.

“Macam pernah nampaklah nombor ini. 012 –”

Dia menurunkan selimutnya dari tubuh lalu bersandar malas ke arah dinding. Matanya memandang sekilas ke arah jam dinding kemudian berpaling ke arah skrin  semula. Muncul lah pelbagai nama di fikiran. Kadang, nama yang tak pernah ada dalam list kawan pun disebut.

Ibu jarinya menekan mesej tersebut. Belum sempat dia membaca, nombor yang tidak dikenali itu menelefon dirinya. Terkejut dibuatnya. Angkat ke jangan, angkat ke jangan. Kalau tak angkat, nanti sampai sekolah kena marah pula sebab ada hal penting. Kalau angkat, dengan siapa pula aku bercakap?

“Hello?”sapa Airish Humaira sebaik saja menekan punat hijau di skrin.
“Hello. Masih kenal saya?”soal lelaki itu di hujung talian.
“Awak siapa?”
“Cubalah teka.”
“Tak ada masa saya nak teka siapa awak. Cepatlah bagitahu, siapa ini. Kejap lagi nak azan.” Kata Airish Humaira dengan nada geram.

“Ala,awak rasa saya siapa?”

‘Kau ini kan. Sudahlah bengong! Aku tanya elok-elok , dia main-main pula. Eii, mamat ini kalau aku jumpa, aku sepak atau pijak kaki dia. Sakitnya hati aku.’hati Airish Humaira merungut geram. “Tak payah main-main boleh tak? Dahlah. Cakap dengan alien memang macam ini. Tak reti nak jawab soalan. Bye.”

Airish Humaira memilih untuk mematikan  panggilan tersebut. Kalau makin dilayan, makin  merepek mamat tu nanti. Memang membuak-buak amarahnya nanti. Jadi, pagi-pagi yang indah ini, dia kenalah sentiasa cool walaupun semalam Aisy Zahrin merosakkan ceritanya!

***
Seusai saja membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh, Airish Humaira sibuk membetulkan  tudungnya. Sudah beberapa kali dia meniup-niup ke atas tetapi masih tidak terbentuk. Geram dibuatnya lalu dia mengambil keputusan untuk mengabaikan saja personalitinya. Dia mencapai begnya lalu menutup lampu bilik.

            Satu per satu Airish Humaira  menuruni anak tangga. Keluhan dilepaskan. Perasaan itu harus dia buang sejauh yang mungkin. Apa yang penting sekarang ini – dia kena berfikiran positif dan ceria.

Sebaik saja tiba di anak tangga keempat terakhir, dia terus melompat sambil membuat gaya Superman! Abangnya,Fakhrul Ameer yang melihat adik perempuannya melompat seperti Superman sudahpun membuntangkan matanya. Tangannya mengusap-usap di dada dek terkejut dengan perangai pelik adik perempuannya hari ini. “Airish!”

Airish Humaira tersenyum dan memeluk Fakhrul Ameer dengan selamba. Kucupan hangat di pipi abangnya disapa lembut. “Good morning,abangku sayang.”

Fakhrul Ameer ternganga. Baginya, perubahan yang terlalu ketara terhadap adiknya sangat menakutkan. Mana pernah adiknya memeluk dirinya melainkan kalau dia sendiri memberi hadiah atau barang yang gadis itu mahukan. Ini adalah satu mimpi ngeri bagi lelaki itu.

Airish Humaira kemudian berlari ke dapur mengambil sebiji buah epal merah. Setiap pagi, ibunya akan membasuh buah epal merah kerana dia tahu, anak bongsunya sukakannya. Selepas membaca bismillah, dia terus mengigit buah epal perlahan-lahan.

Ayahnya, Encik Johari terkebil-kebil melihat ‘puteri’ kesayangannya. “Ya Allah, Airish. Bertuah punya budak. Makan gelojoh macam budak-budak. Ini anak dara siapa pula ini? Uih, terkejut ayah tengok perangai kamu hari ini. Mari sini, minum air. Siapalah yang kahwin dengan anak dara berperangai macam ini.”kata Dato’ Johari. Dia menuangkan air kosong ke dalam gelas.

Airish Humaira tersenyum lalu mencapai gelas yang dituangkan air oleh Dato’ Johari. Gulp!Gulp!Gulp! “Uih, kalau bab-bab kahwin ini,yah. Kalau lelaki itu sanggup dengan gaya lompatan Superman Rish tadi, Rish terima. Now, Airish rasa segar dan bersemangat.”

Airish Humaira terus bersalam dengan ibu,ayahnya. Fakhrul Ameer yang berdiri seperti tunggul, menunggu gilirannya. “Aw, abang besar adik. Meh,peluk sikit.”kata Airish Humaira sambil mendepakan tangannya. Fakhrul Ameer tersengih seperti kerang busuk lalu memeluk adiknya.

            Dato’ Johari merenung wajah anak perempuannya. “Airish, ada sesuatu berlaku pada kamu ke? Pelik sangat ayah tengok kamu macam ini. Tiba-tiba saja bersemangat macam nak marathon. Sakit ke sayang? Kita pergi klinik ya, takut-takut kamu demam panas. Itu yang perangai yang entah apa-apa jadi dekat kamu.”

            Airish menggeleng laju. “Mana ada,yah. Rish sihat. Tengok tangan Rish. Ada muscle macam John Cena tapi kecil ajelah tak besar. Rish okay aje cuma hari ini tiba-tiba aje ada semangat nak pergi ke sekolah. Takkan nak tengok puteri kesayangan ayah ibu masam mencuka macam raksasa,bukan?”

            Ibunya hanya menggeleng kepala dengan ayat yang diujarkan oleh puterinya. “Waduh-waduh. Rish ini kan. Ayah kamu cakap beberapa patah aje, yang kamu jawab melebih-lebih kenapa? Membebel mengalah ibu.”

Dato’ Johari tertawa kecil. “Dia membebel ikut kamu juga. Dari pagi sampai malam,mana nak berhenti membebel. Sampai nak tidur pun, ada aje cerita yang awak nak cerita.” Isterinya mencubit lengan suaminya. Kurang asam betul.

“Mhm, okay cukup. Airish nak pergi sekolah dululah. Dah lewat dah ini. I love you all.”balas Airish Humaira. Dia melambai tangan ke arah keluarganya seperti lagak gaya ‘diva’. Duh, gedik pula dia hari ini.

“Hati-hati.”
*****

Monday, December 15, 2014

Novel 1437 - BAB 1

Novel terbaru yang bakal saya tulis. Novel lain tu abaikan sebab lack of ideas. I'm sorry okay? Saya akan letak di sidebar saya :)
BAB 1
“Hairan betul aku dengan si Haris Syazwan tu. Dulu, bukan main rapat lagi dengan Aisy Zahrin tu. Uih, makin menjadi-jadi pula.”kata Muhammad Adam.

Ya,betul. Dulu, Aisy Zahirin dengan Haris Syazwan memang rapat sejak sekolah rendah lagi. Itu orang katalah.For your information, aku masih lagi `budak baru’ dekat sekolah ini. Terpaksa pindah sekolah lagi sekali yang entah kali yang ke-berapa. Bukan seronok pun tukar-tukar sekolah,tukar-tukar Negara. Ulang-alik macam orang gila. Bawa beg bagasi sana sini. Percayalah, daripada suka terus tak suka.

                “Ala,kau. Yang kau sibuk sangat pasal diaorang buat apa? Kau pergi belajar sana. Exam nak dekat dah. Kau tu budak tip-top, kalau dapat nombor tercorot – malulah wei!”kata Airish Humaira.

                “Kau ini pun, aku baru aje syok-syok nak bercakap dengan kau. Kau pula menghalau aku. Kurang asam,betul budak ini.”kata Muhammad Adam.

Muhammad Adam mula mencebik. Jelingan mautnya menyapa ke mata Airish Humaira. Geli hatinya tatkala Muhammad Adam menjeling ke arahnya. Sudahlah comel wajahnya, tambah pula dengan IQ yang best. Mana tak melting pelajar-pelajar perempuan dekat sekolah ini?

Muhammad Adam, sahabat karib Airish Humaira sejak dari tadika lagi. Sama tadika, sama sekolah rendah,sama sekolah menengah jangan kata sama universiti atau sama tarikh perkahwinan sudahlah. Walaupun Muhammad Adam budak yang tip top kata orang, tapi perangainya seperti kebudakkan apabila melayan karenah Airish Humaira. Tetapi bezanya dirinya di sekolah dan di rumah, Airish Humaira tahu lebih daripada kawan-kawan baik Muhammad Adam.

Amacam? Pelik,bukan?

                “Alahai,Adam. Kau macamlah tak tahu aku. Tak pasal-pasal girl –”
                “Adam! Awak buat apa dengan perempuan ni? Siapa dia ini?” soal Tengku Fakhira,teman wanita kepada Muhammad Adam.

Airish Humaira sudah tersenyum senget. Baru saja dia nak menyambungkan perkataan ‘girlfriend’ tetapi sudah muncul di depan matanya. Kalau dah jodoh tak ke mana. Sama-sama padanlah. Mata gadis itu menjeling ke arah Airish Humaira sambil bercekak pinggang.

                “Kan aku dah kata.”
                “Apa yang kau kata dekat boyfriend aku ni hah? Kau siapa?”soal Tengku Fakhira.

 Eh, budak ini. Suka hati aje dia ini. Aku tampar juga nanti kang. Omel hati Airish Humaira. Dia merengus kasar sehinggakan Muhammad Adam tertawa kecil. Entah apa yang kelakar pun tak tahu. Boleh pula dia ketawa masa girlfriend dia tanya. Bukan nak back up aku ke apa – tapi dia ketawa! Ish, tak boleh tahan aku dibuatnya.

                “Apa yang awak ketawa? Perempuan ini siapa?” soal Tengku Fakhira.

Muhammad Adam menggeleng. Dia sudah masak dengan perangai teman wanitanya. Busybody lagi. “Perempuan ini spare part girlfriend I. Nanti bila break up, saya cari dia ajelah. Nama dia Airish Humaira. Harap awak tak marah.”kata Muhammad Adam dengan selamba.

                “Apa?! Adam! Awak ini kan.. Hei,perem –”

                “Tak payahlah risaulah Tengku. Aku bukannya nak jadi spare part dia pun. Tak ingin aku. Aku, Airish Humaira. Kawan,Adam.”jelas Airish Humaira.

                “Kawan ke spare part?”soal Tengku Fakhira.
                “Kawan.”

Kemudian, mata Tengku Fakhirah melirik ke arah Muhammad Adam yang asyik tersengih seperti kerang busuk. Bibirnya sudah muncung ke depan seperti burung belatuk. Haih, mulalah drama romantik selepas tamat sesi persekolahan. Dekat mana? Depan mata aku ini hah. Terpaksalah aku melarikan diri sebelum ada pergaduhan berlaku.

                “Rish, nanti aku text kau.”

Airish Humaira mengangguk.

Gadis itu perlahan-lahan menuruni anak tangga lalu menuju ke arah loker buku. Disebabkan homework yang cikgu bagi itu banyak sangat, dia terpaksa membawa buku teksnya pulang ke rumah dan meletakkan beberapa buku untuk digunakan keesokkan hari.

“Hey,budak yang tak seberapa nak baru.”sapa seorang lelaki yang bersebelahan dengan lokernya.
Airish Humaira menjeling ke arah lokernya. Nak jelling dekat lelaki tu, pintu loker pula yang halang. Lagipun, jelingan aku ini ‘mahal’ dan ‘limited edition’ aje. Lelaki itu mengetuk-ngetuk pintu lokernya sebelum Airish Humaira menutup.

                “Kau nak apa?”soal Airish Humaira sebaik saja menutup pintu loker.
Lelaki itu merenung wajah Airish Humaira sebelum mengenyit mata. “Wow,wow. Jawablah elok-elok sikit. Kau kenal tak aku ini siapa,budak baru? Awak itu budak baru, bukannya budak yang dah lama sekolah sini. Poyo je.”

Airish Humaira membisu. Tidak sangka lelaki di depannya Aisy Zahrin. Terus tangannya menekup mulut. Jantungnya  berdengup kencang. Renunangan ‘harimau’  yang sememangnya layak untuk Aisy Zahirin, merenung ke arahnya.

                “Bukakan pintu loker untuk aku.”ujar Aisy Zahrin, kunci dicampakkan ke lantai.
Bibir diketap geram. Kau ingat aku ini bibik kau nak kena buatkan kerja untuk kau? Airish Humaira mengukir senyuman sinis. Belum sempat membuka mulut, buku matematik di tangannya dirampas lalu dicampak ke lantai.

                “Ish, kau..”Airish Humaira berdengus kasar.

                “Aku dah kata, tolong bukakan pintu loker untuk aku. Susah sangat ke? Haish, kau memang cari masalah kan,budak baru?”

Merah padam, merah menyala dibuatnya kedua-dua belah gadis itu. Hatinya langsung tidak tertarik dengan senyuman manis milik Aisy Zahrin malah lelaki itu sudah memalukan Airish Humaira di khayalak pelajar.Senyuman yang sengaja dibuat-buat membuatkan hati Airish Humaira membuak-buak melawan amarahnya.

                “Hei, budak baru. Kau itu, tak lama lagi nak SPM. Apa kata kau dengar saja cakap aku.”
Airish Humaira berdengus kasar lalu menurut perintah lelaki itu. Macam dungu,macam orang bodoh,macam hamba yang tidak rasmi. Gadis itu terus membukakan pintu loker untuk Aisy Zahrin. Dia terpaksa menahan sebak di dada serta menahan amarahnya. Kalau tidak, makin parah situasinya. Pelajar-pelajar lain hanya 
membuat tidak endah dan ada juga melihat aksi drama kami. Entah genre apa yang sesuai, I’m not sure.

                “Hah,kan elok macam itu. Kau layak jadi kuli aku,budak baru.”
Airish Humaira mendiamkan diri.

                “Buku teks awak ke?” suara garau milik seorang lelaki yang berada di belakangnya.
Airish Humaira menoleh ke arah belakang. Matanya tidak berkelip. Terkedu. Mulutnya separuh terbuka .Matanya bertaut dengan lelaki dan jelas mukanya  menunjukkan riak wajah terkejut. Wajahnya,matanya, gayanya,renungannya. Lelaki itu sangat familiar pada suatu ketika dulu. Lelaki  itu pernah menerjah ke hatinya. Lelaki itu menguntum senyuman manis buat Airish Humaira.

                “Airish?”
                “Haris?”

Semua orang tahu bahawa mereka berdua tidak lagi mempunyai hubungan ‘kawan baik’ atau ‘sahabat’. Ramai juga yang tertanya-tanya sebab-sebabnya. Aisy Zahrin menepuk-nepuk tangannya. Sempat lagi dia melemparkan senyuman sinis ke arah Haris Syazwan. “Cinta pandang pertama sudah berputik ya? Ah,sudahlah. Menyampah pula aku tengok budak baru bercinta dengan Haris Syazwan. Macam bermimpi pula aku.”

                “Aisy, kau buli orang lagi?”soal Muhammad Adam.

                “Ish, apa ni,Aisy! Cukuplah! Kau selalu kacau line kitaorang. Sudah-sudahlah.”celah Tengku Fakhirah.

                “Budak baru pun kau nak buli jugakah?” soal Haris Syazwan.

                “Ramainya pahlawan yang nak selamatkan kau. Kelakarnya.”sindir Aisy Zahrin.

Kaki Airish Humaira terus bergerak keluar dari situasi itu. Dia rasakan dunia seperti tidak adil. Baru beberapa minggu pindah di sini,sudah ada yang buat hal dengannya. ‘Ah, bencinya jadi diri aku ini kadang-kadang. Rasa macam tak adil. Baru saja nak lupakan ‘cinta monyet’ aku dengan Haris Syazwan tapi kenapa? Kenapa dia sama sekolah dengan aku? Kenapa aku dengan dia? Kenapa Adam tak beritahu aku?! Aku stress sangat-sangat’. Rungutnya dalam hati.

Sebuah keluhan berat terbit dari mulut Airish Humaira. Dia ingatkan kes buli membuli sudah tidak wujud apabila dia berpindah semula ke tanah air. Jangkaannya salah. Kes buli membuli tidak akan pernah luput malah mungkin akan berterusan jika pihak kuasa tidak mengambil tindakan yang tegas. Gadis itu mengambil keputusan mendiamkan diri sepanjang perjalanannya untuk sampai ke rumah.

Ramai kata ‘seronok’ bila jadi dirinya. Ada juga yang teringin nak jadi dirinya. Kalau dirinya sudah tidak sanggup menghadapi cabaran apatah lagi si pengganti. Mungkin kadang dia membenci dirinya kerana istilah ‘peluang’ tidak pernah ada untuknya. Ada saja sebab-sebab yang munasabah untuk dirinya. Jika dia mengelat sekalipun, sedikit pun tidak mengubah.

                “Airish!”

Langkah Airish Humaira automatik berhenti dan menoleh ke belakang. Airish terus memandang ke arah wajah gadis yang ‘kurang sopan’ terhadapnya tadi. Tengku Fakhirah ialah seorang gadis yang kuat membebel dan boleh dikategorikan ‘mulut murai’.  Nak jadikan cerita ini lebih menarik, Airish Humaira dan Tengku Fakhirah bakal menjadi ‘kawan’ atau mungkin ‘lawan’.

                “Kau….Adam?”

Airish Humaira tersenyum. “Ada apa? Aku tak bawa pun teman lelaki kau. Tak payahlah risaulah.” Airish Humaira tersenyum nakal. “Oh, kau dengan Adam kawan sejak tadika?”soal Tengku Fakhirah untuk kepastian.

                “Ha’ah sebab tu kitaorang rapat. Lagipun, keluarga aku dengan dia sama-sama kenal. So.. Jangan risaulah.”

                “Oh.”

Diam. Senyap. Tidak bersuara. Hanya mata saja berbicara. Tengku Fakhirah menjeling ke arah Airish Humaira. “Jadi, kau kenal lah Haris Syazwan?”

Airish Humaira terpinga-pinga tatkala mendengar soalan yang ‘cuak’ untuk dirinya. Kenal atau tidak? Jawapannya bermain di minda. Kalau kata tidak kenal, mana mungkin Haris Syazwan menegurnya. Airish  Humaira mengangguk seperti mengiyakan. Jam tangan dikerling sekilas sebelum mulut Tengku Fakhirah dibuka. Cermin mata yang tergantung pada batang hidung ditolak sedikit agar tidak terlorot jatuh.

                “I need to go now. See ya!”

Tengku Fakhirah terus mencapai tangan Airish Humaira. “Sebagai tanda maaf aku, aku belanja kau makan. Boleh?”kata Tengku Fakhirah. Ikutkan hati dia memang nak buat dek aje dengan Airish Humaira tetapi rasa serba salah kerana menuduh yang bukan-bukan membuatkan dirinya berasa tidak selesa. Bukan selalu dia membelanjakan duitnya sebagai tanda maaf. Inilah kali pertama gadis itu membelanjakan duitnya sebagai tanda maaf.

                “No need. Tak payah susah-susah. Aku boleh masak sendiri dekat rumah.”

                “Kau itu baru balik sekolah, lepas tu kena masak untuk makanan sendiri. Mesti penat,kan? So, apa kata kalau aku belanja kau? Kali ini aje.”rayu Tengku Fakhirah.

Hatinya berbelah bagi. Separuh kata ikut ajelah. Separuh lagi kata baliklah. Mahu tak mahu, suka tak suka. Kalau orang sudah belanja takkan nak tolak,kan? ‘Uih, rezeki. Tak payah susah-susah suruh bibik aku masak.’ Omel hatinya. Ceh, masak sendiri konon, balik rumah, bibik yang masak. Airish,Airish.

Tuesday, December 9, 2014

Tempahan template dan header siap :D #1


Morning everyone. I swear, I kinda bored today and dunno what to do T_T Can I cry now? Lulz. Tempahan untuk edit template, header anda full template (coding) masih dibuka. Tiada bayaran dikenakan. Edit just for fun ajo :3 Heeee. Byebye



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKjU5wVEeJEh4fgVUo14z-R8GxMDiXwztFtNSIsI2Q6TPgd3iL3ISt0zg_kiMjcrl6xn-HkftFTkqvaW6bdMJVUIZAWSP3t2AXQ47UvHo93j4jq1Fmn0ddjlYldBeHqJ_41i9NV40ehO1k/s1600/1.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiulQ96TAneVkv7Vp3KX4oHNxvz4dOkAw2Dt7Zu2GP1Fz3O6yM_4nJZ4zkRPi2JARr0PvhHTd2WA0WIF4Hmbj46e9sZSyo8uuDadh_uQw7z4TZ6YKB5gJ-3pfn4Ut4lmmCFprJRn6ON_2yR/s1600/Untitled-5.png

Saturday, December 6, 2014

Jangan suka sangat

Your crush : I like you.
Girl : *Blush*
- And your heart will be like this. -
Your heart: OMG! Am i dreaming? He likes me >< Oh my oh my~ Blablabla...
Your crush : Ah, I don't like you.
Girl: ...........
Your heart: You think, you're perfect,huh? Blablablabla...

Okay, selamat malam semua. Ah~ I don't know what to do lah this night. Kalau memanjang layan anime pun tak boleh juga. Sakit belakang den nak melayan. Okay, this entry is about " Jangan suka sangat." which most about someone like you whether  he likes you sincerely or just for fun. First of all, I warn you. Don't trust so much what s(he) said to you. Saya share dari pengalaman sendiri. Sengaja nak cari penyakit. Last kali, memang padan muka dengan diri sendiri. 

Don't jump into conclusion, you're thinking that he likes you a lot, whereas he just want to play your heart. When someone like you, just ignore it. Because you don't know what will happen next. Duh, for what you nak bercinta? Tak mati pun kalau tak bercinta also known as bercouple.

Like I said before, let's being ego and selfish with this person. And heyyyy! I'm not jealous okay. I repeat it again, I'm not jealous. There's no need I need to be jealous with you. Think back. Do you believe with true love? Of course you will say yes. True love, saya tak berani cakaplah sebab I'm still single.  If he truly loves you, he shouldn't minta couple dengan you. Dia mungkin buat sesuatu untuk you tanpa pengetahuan you. Sebagai contoh, dia berdoa.



Couple bertahun-tahun, belum tentu berkahwin. You nampak saja dia baik. Diri sebenar dia, you tahu ke? Saya tak bermaksud saya ini baik. Memang baik tu, out of listlah kot. Trust me, selama awak bersama dia, dia tu cuma berlakon aje. Depan awak lain, belakang awak lain, luar lain, dekat rumah lain. Semua lain. Even you know him/her berpuluh tahun pun, you still didn't know the real one. Never. Orang yang tahu perangai sebenarnya, keluarganya. Dan of course Si Pencipta lebih mengetahui. 

Don't say, I didn't say,I didn't warn you XD Since we're still too young to know about love right? Enjoy with your life and ignore with stupido love that can kill your feelings and leave a deep scar.

LOVE,
C.Violet.

Wednesday, December 3, 2014

Move on dan ego?


Good morning,guys. Well, this topic maybe kinda weird to you. But I just write randomly post whether you like or not, hope you guys don't get bored :) And finally i realized what love is.. Bila dah move on, baru kauorang nampak.Well you will say to me; tak habis-habis cinta. Tak habis-habis cinta. Tak habis-habis rindu dan blablabla.

Nah, I'm not going to say about lovely couple di luar sana. I just don't really care about it. Because I'm too young to be in love. Bila dah tiba masanya,dan sesuai dengan situasi saya. Apa boleh buat kan?

What is Ego to me? Ego to me wasn't not yang pentingkan diri sendiri dalam semua hal. Gila ke apa nak buat macam tu? Orang lain pun boleh naik menyampah,naik angin, sakit hati dan sebagainya lah. Pendek kata , selfish not sell fish. Duh, ego di sini saya nyatakan tentang perasaan. 

My ego is most about love feelings dekat lelaki.  I just don't really care if they're like or love me secara diam-diam atau terbuka and i don't want to know. Bukannya saya tak bernafsu dan saya tak kata semua lelaki sama, depends on the individuals lah kan?

Saya lebih rela tak ada perasaan cinta dekat lelaki. You don't care? But if you have a feeling someone likes you then s(he) reject or left you when you need him/her the most. Does it waste your time?
Semua benda melayang. Janji pun tinggal macam tu aje. I'm not a teacher but I just feel want to share to you but mostly for girls.. So, I hope it's okay. 

Tiada perasaan dekat lelaki yang belum kauorang pasti itu adalah lebih bagus daripada ada perasaan. Bila you dah bercinta, mulalah nak bermanja. Oh gosh , saya tengok tv, newspaper and juga apa yang saya nampak. Sayang you dekat dia tu, banyak mana aje? Kekal ke? Dia tu, betul-betul sayang dekat you ke? 
Oh come on lah, lupakan aje cinta monyet bagai. 
Move on:


Bila dah putus, senang ke nak lupa? Sembang kencanglah awak boleh lupa dia. Walaupun dah bertahun dengan dia, bila bertembung just like a stranger.  Rasa macam kekok nak start berkawan balik. Belum tentu bila awak tegur dia balas,kan? I feel you.
Move on adalah satu cara yang paling susah. Tak senang and I admit it
So,now. Jadilah ego dengan lelaki atau pendek kata, jual mahal. It's better. Walaupun awak suka dia, buanglah perasaan tu sejauh yang mungkin. Jika dia sukakan awak, jangan terlalu gembira. 
Suka dan sayang boleh berubah dalam sekelip mata.

 

Yang mana putus cinta tu, jangan duduk berkurung. Masalah takkan selesai bila kauorang bersedih macam berkabung pula. Now lemme teach you how to smile properly. Tengok cermin sekarang. Now say, satu. Tiada senyuman kan? Now say, dua. Masih tiada? Now say, tiga/kimchi . Dah adakan? Praktislah setiap hari.


If you asked me, macamana saya move on. Anime yang tarik saya ke dunia mereka. They're always make me smile and laughing macam orang gila. Next, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah. Dia tahu lebih dan segala-galanya tersurat dan tersirat.
Love,
Violet.

Tuesday, December 2, 2014

Liebster Award

Jom SIGN UP 8 share :)
I just don't know ini kali ke-berapa. But, jawab ajelah. Memandangkan tengah bosan XD
From : Syahril
1. Nickname zaman sekolah apa?
  • Syu, Tisu.
2. Tolong tanya Rapunzel kejap brapa panjang rambut dia?
  • Dia kata, dia malas nak ukur.
3. Kalau korang dapat superpower, korang nak superpower yang mana? Apa yang korang buat dengan superpower tu? 
  • Superpower root XD Haha.  Saya nak superpower yang boleh baca fikiran orang. So, senang sikit nak tambah idea untuk cerita.
4. Ada seketul bom dok betul-2 depan mata korang. Apa yang korang nak buat?
  • Mestilah lari. Takkan nak main dengan bom. :3
5. Tinggi brapa?
  •  160 cm. 
6. Kalau anda ditakdirkan duduk dalam bas sempit yang penuh dengan orang yang ketiaknya yang "harum semerbak kasturi", apa yang korang buat?
  •  Sabarkan separuh daripada iman? :)

7. Korang ada nampak orang kena electric shock. Nak tolong orang tu ke tak?
  •  Er, *fikir balik masa kursus PCA* Gosh, kalau terdesak, kena tolong. *walaupun diri sendiri takut*
8. Bangun dari tempat yang korang duduk, pusing tiga kali, belok kanan tiga langkah, empat langkah ke belakang, enam langkah ke depan, lima langkah ke kiri. Ambik benda yang ada kat depan mata lepas tu. Apa yang korang ambil?
  •  Bantal bucuk ._.
9.  Ada phobia tertentu? Kalau ada phobia apa?
  •  Tonitrophobia. Dari kecil sampai sekarang, tak boleh hilang.
10.  Suatu hari anda bangun sebagai seorang zombi. Apa korang buat lepas tu?
  •  Tidur balik.
11.  Benda yang paling gila pernah korang buat?
  •  Setakat ini, masih baik-baik lagi.

Monday, December 1, 2014

I'm Back

Hello, evelibady (everybody). What's up? How have you been? Finally, i can update my blog today. Weeeee. I'm so excited today. Lol, but not too much. After SPM for this year, Ahhhh~ Full with surprises . It's true. It's full with KBAT and my brain kinda stuck. ಥ_ಥ Gosh, I spend my time with memorize just like crazy and sikit aje yang masuk?! What the cutie paper asked to me. I'm dying~ Okay, story of SPM is end at here. Don't asked me about SPM.o(╥﹏╥)o

Moga ajelah result yang diimpikan tu dapat. Amin!

I miss to edit my blog. It has been a while i left this blog and looked like no one want to visit mine. Nevermind. So, cuti pun dah start. Saya sendiri pun tak tahu nak buat apa walaupun dah ada rancangan. ლ(́◉◞౪◟◉‵ლ I just don't know when it will start selain daripada buat novel(Tak hantar lagi. Masih tersimpan dalam microsoft word). Duh, memandangkan cuti sekolah sudah lama bermula. So, apa perancangan kauorang? Holiday?

PROLOG
"Sayang, I just want to say sorry." kata Khairul. Kepalanya ditundukkan sedikit.
  Wajah Syeris turut berubah. Keningnya dijungkitkan sedikit. Tiba-tiba saja, dia berasa tidak sedap hati. Anak matanya menyinggah sebentar ke anak mata Khairul. Ditatap pula wajah Khairul yang tidak seceria dulu. Lama. Terlalu lama, dia menjelajah ke dalam anak mata Khairul. Dia juga berharap, semoga dia dapat membaca isi hati Khairul. Tapi, itu semua mimpi. Tidak mungkin manusia dapat meneka isi hati seseorang.
  "Kenapa,Khai? Saya ada buat salah ke?"tanya Syeris. Suaranya diperlahakan.
  "Tidaklah."
Perbualan mereka berdua, kembali senyap. Bunyi air menggamatkan suasana di taman. Mata Syeris masih lagi tertumpu pada wajah Khairul. Dia menongkat dagu lalu membuangkan pandangannya ke arah kanak-kanak yang bermain di situ. Keluhan perlahan dilepaskan. Adakah Khairul mahu memutuskan hubungan yang sudah lama mereka berdua impikan? Bagaimana mana pula dengan janji-janji Khairul yang ingin bahagiakan Syeris?  Dia merngeluh untuk kedua kalinya.

 By the way, this is my new story. and i will update it on Wattpad.Novel - Luka Hopefully, you guys suka. As I told you before, cerita peluang never update again. I'm so so sorry. Okay? I don't know what to say. So, byebye.

Awak nak saya tulis cerita "Luka" tu dekat sini jugakah? O: